Semalam petang saya hendak deliver cupcakes kepada dua orang kawan, satu untuk Zaimah (Viruspadu) saya hantar ke parcel E tempat keja hubby dia, dan destinasi seterusnya ialah ke Perbadanan Putrajay* untuk hantar pada Intan.
Dalam bonet Mr. Grey tu, kerusi row ke tiga tu sudah diturunkan, so bonet jadi luas, tapi ada stroller Alesya disitu.. saya malas untuk alihkan dari bonet itu, mengambil jalan mudah, saya letak atas kerusi di row kedua, tempat duduk penumpang.
OK semuanya baik-baik sahaja, Zaimah punya cupcakes saya letak masking tape kat bontot cup tu, konon tanak kek bergerak. kang comot. Semuanya masih ok..sampai dah masuk Putrajaya, depan trafik light kat klinik Medivron ni, ada satu budak lelaki muda belia sesangat, leka berborak dengan kawan dia, atas motor, dia leka sampai dah masuk ke lane saya lane kiri, saya terpaksa hon, bila hon, dia panik, lagi laju dia masuk lane saya, bukan terus ke kanan dia, maka saya kena emergency break, bila break mengejut, kotak kek untuk Intan telah terbalik..huwaaaaaaaaa saya berhenti tepi jalan, budak lelaki tu patah balik motor, walaupun dia arah bertentangan, dia cabut.. siot je... uhuks..abeh kek tu terbalik..sedey giler....dah janji ngan orang nak hantar, tiba-tiba terpaksa call bgtau kes sedih itu. dan saya janji akan buat balik esok, dan akan hantar pada Intan awal pagi esok..iaitu hari ini.. Kerana tak mau alihkan stroller Alesya padahnya saya menyesal, kalaulah saya letak kotak cucpakes kat situ, sure selamat.. tak terbalik kan..
Intan inilah kek yang terbalik itu
Kek Zaimah selamat.. Alhamdulillah.. lega..
Intan, inilah rupanya cupcakes yang telah terbalik itu ni pic sebelum saya bawa masuk ke dalam Mr. Grey
Ini pulak yang telah saya buat semula.. petang tu jugak bakar semula, and malam tu deco, mujur cream yang ada ngam soi lor..kalo tak lambat le keja meks, nak ayak gula, nak pukul cream la..
dan ini pulak order yang selamat suci tak terjejas kerana berada dirumah semasa kejadian.. :-) love-love theme..
uhuks..tamatlah kisah sedih saya.. apa pun Intan pun dah selamat terima cupcakes tu, dan Najwa telah gembira menyambut birthday dia. Dan saya pun dapat kurma dan air zam-zam dari Intan yang baru pulang dari Mekah. Tima kasih Intan ye...
OKlah...cerita hari minggu nan silam, gila punya tak up to date kan saya, suka ati je nak buat entry macam rojak.. tah hapa je..
ni story kami pegi tgk hot air ballon minggu lepas, sangat kecewa tau, Sabtu, jam 7 pagi saya pegi konon nak beli tiket nak naik belon, sampai je tiket dah abeh, walaupun katanya tiket mula di jual jam 7 pagi, rupanya pukul 5.30 pagi dah ada orang beratur pegi.. sabau je la.. balik rumah semula, esoknya baru saya ngan family pegi.
ok ni picnya,
Baby Q, macam biasa dengan senyum simpul dia..adoii cair ai tauuu hiks.. tau dak baju dia tu reganya cuma RM2.90 sajork..serius..kat kedah, ada satu kedai mananya G-Mart, bapak punya murah barang kat situ, tesco pun kalah tau.. Kalau kurang kuat iman, memang saya shopping gaun-gaun baby yang cun-cun buat lenjan pakai harian, gaun ropol-ropol dengan kain cotton baru RM5.90 tau.. Baby Q pakai baju rm2.90, and head band dia tu RM3.90, wah rendah maintance je anak ai ouls..
Walau bergaya dengan barang-barang murahan, pun ramai photog yang berkeliaran kat pesta tu dok hala kamera kat dia. Wah.. tetiba glemer, ada sekali bibik dukung dia, ada dua tiga orang chinese camereman/woman group hala camera muncung panjang-panjang kat dia, pastu dia gelak, alahai lagi ramai hala kamera kat dia.. hiks..macam teringin je nak tanya u all ada website ke? kasilah url saya nak tengok..ahaks..
0 Komen:
Post a Comment