Wednesday, March 25, 2009

Kalau saya jadi PM


Hari ni tader entry gambar la.. esok-esok ye...
hari ni entry berangan.
Saya baca blog kak Silversarina, one of the entry tu dia ada tulis kalaulah dia jadi PM, (refer kepada senario politik tanahair)

wah berangan kan percuma, saya pun berangan la..kalau saya jadi PM apa saya nak buat...dari segi politik malas le kan nak ulas, sbb politik ni kotorla..geli ai tau. saya nak berangan benda-benda yang saya nak ubah kalau saya jadi PM..hiks..mari berangan occay..

Ada dua benda penting yang saya akan ubah dengan penuh diktatornya..hahah sungguh permerintahan kuku besi la kan.

Ok, dua benda itu ialah

1. Bidang pendidikan
Salurkan banyak peruntukan, bagi kemudahan lengkap di sekolah, sediakan guru berkualiti, cikgu-cikgu ni lepas dah abeh grad pun, bukan terus serap jadi cikgu tetap, 2@3 tahun pertama tu cikgu percubaan je.. selepas 3 tahun baru dia boleh decide samaada nak terus jadi cikgu, atau nak berhenti. Kalau dia jadi cikgu terpaksa sebab emak bapak suruh, maka dia jadi cikgu yang tak ikhlas. (oh tiba-tiba teringat cikgu Bean, apa habaq la dia)

Pastu pasal PPSMI tu, kaji balik, logik memang logik ajar Maths dan Science dalam BI, Dr. M masa dia buat camtu, sbb dia pandang jauh, pandang depan, tapi dia tak tengok masa skrng. Budak-budak yang nak belajar ni reti ke BI, dah la Maths dan Science dua subjek susah, kena faham baru boleh buat, bukan boleh main hafal macam sejarah dan geografi tu. Kalau cikgu ajar dalam BI depa tak faham..

Maka..kalau gue sebagai PM, gua akan make sure, bebudak kecik-kecik ni dari tadika ada asas BI, ingat la kan..orang kampung dok Jeniang, Sik, Pendang, Kodiang, Ulu Tembeling, Jengka, Felda Sg. Koyan, Mana depa ni ada Smart Reader, mana ada Q-Dees, mana ada KUMON, mana ada Children Islamic Center, Aulad Genius.. tadak..depa tak dak semua tu, jadi sebegai PM gue akan pastikan tadika KEMAS, PASTI, TABIKA PERPADUAN tu hanya ada cikgu cikgu berkualiti je, basic penting ooo.. bila depa ada basic BI surelah tak kesah belajar Maths dan Science dalam BI. Kampung ulu mana sama macam anak-anak orang duk Bukit Kiara, duk Damansara, TTDI, yang mana aku pernah baca blog sorang cikgunya, ajar BM pun kena translate dan terangkan dalam BI, sebab anak melayu sendiri tak faham term-term dalam BM. Mak Pak orang kampung mana reti nak speaking, ater kalau udah pandai matematik pun emak apaknya (takat kira darab tolak bahagi tu retilah depa sikit-sikit) tapi kalau udah term-term semua dalam BI, mana reti mak paknya nak ajar anak-anak depa ni.

Jadi sebagai PM, saya akan pastikan anak-anak kecil nilah pelapis, sediakan mereka dengan communication english yang baik. Maka matlamat untuk full PPSMI akan dapat dicapai 3-5 tahun akan datang, dalam tempoh tu, kita punya cikgu yang terror, idaklah cikgu ajar maths dan Science speaking henglish versi kedah, kelantan, terengganu or sabah or sarawak. Matlamat untuk PPSMI tu bagus, tapi pelaksanaan harus disertai perancangan. Sepupu saya cikgu Rafidah yang sbl ni bertugas kat Lembah Klang, bertukar balik kedah, mengajar di sekolah kampung, di Merbok, kata dia ajar dalam BM pun tak faham, ni pulak nak ajar dlm BI, lagi depa tak masuk kelas. Ya mungkin Kak Idah boleh ulas ye dalam blog dia. eheheh apa lagi kak Idah sila beri ulasan sebagai soorang guru matematik.

Kenapa ibu-ibu di Bandar menyokong PPSMI, sebab anak-anak mereka dah pandai BI, bial dah pandai BI, bukan takat belajar Maths dan Science dalam BI tader masalah, suruh belajar medic pun dah boleh sebab dah faham basic kan.. Kenapa anak depa terrer BI, sebab diaorang dah sediakan anak-anak dari kecil, seawal 3-4 tahun dah masuk tadika aliran Inggeris, emak bapak sendiri bijak pandai, terrer english, maka tak der masalah kan, so that itu yang kita kena prepare kat anak-anak orang kampung jugak, baru adil kan.

ok perkara kedua ialah
2. Perubatan
Alahai, yang ni sedih ooo.. terutama di Bandar Kecil, bandar besar pun kalau pegi Hospital Besar tu tau le ko hazabnya camner. Masa hamilkan Najmi, dari duduk kat hospital swasta best-best (erkk best ke duk spital) kena naik ambulan dari Cheras ke GH hazab occay, naik ambulan, tghari rembang, jalan jam, stuck, saya duk dalam ambulan nak termuntah. dan bila saya masuk je spital, nangis-nangis saya, sedih sangat, teruknya keadaan di wad kelas 3 itu. merayu-rayu mintak pindah wad, tapi tak der kosong kata, kena tunggu patient lain discharge baru dapat masuk, itu pun dah ada waiting list nak masuk, sampai udah saya tak dapat masuk wad, sampai diberanakkan. Oh no tak mau pi dah..

Oh..sebagai PM, saya akan guna kuasa diktator saya, tambah polis trafik, ada polis yang tugasnya escort ambulan, (kat bandar besar macam KL ni rasanya perlu ada)elllehh kalau kita ada polis escort VVIP takkan tak boleh escort ambulan, bawa orang sakit yang perlu segera dipindahkan hospital. Ada kawan saya terberanak dalam kereta sebab stuck dalam jam kat KL, gila seh dia nak beranak jam pagi-pagi time org keluar pegi opis, keluar rumah pukul 7 pagi, stuck dalam jam. terberanak dalam kereta, and kemudiannya laki dia terpaksa berhenti tepi jalan minta tolong orang ramai, last-last ada lak polis trafik lalu, polis yang escort sampai hospital. so hospital kita patut ada polis escort ambulan, clearkan jalan.



Tambah doktor/ nurse. hospital, tambah kemudahan, ini idaklah asal nak bersalin anak tak cukup bulan, incubator tak cukup la, ventilator tak cukup la.. pakar kanak-kanak cuti la..maka kena naik ambulan pegi beranak tempat lain. Banyak kes la..Pastu dah banyak doktor, boleh doktor tu bergilir bertugas kat wad, kat klinik, ini idak, pagi jam 8 pagi round wad, pastu pukul 11 baru turun pegi klinik, maka orang yang tunggu kat klinik tu hazab menanti berjam-jam, sebab doktor tak turun-turun lagi. (oh tiba-tiab i miss my Dr.J).

Pastu sebagai PM, saya akan force medical insurans. Jadi tak kira le keja gomen ke, keja swasta ke, ko masuk spital gomen free katanya. ni saper keja swasta, kalau beranak kat putrajaya, mahal ooo, walau spital gomen, tapi spital ni consider hospital pakar, maka kena bayar tau..mujur saya keja gomen, itu pun kena bayar gak, tapi tak mahal la..puluh-puluh ringgit je, and alesya dulu kena RM90 ringgit je, bayar duit dia 'bermalam' di hospital, sehari seringgit, kos perubatan free, ada parent kena bayar riban-riban tau.. ini tidak ADIL... eheheh sebagai PM, saya akan wujudkan insurans perubatan ni, memang sekarang ni ada, banyak, tapi bukan kemestian, suka ati je la.. maka kita boleh buat force macam insuran keter tu. so tiap kali pegi spital, or masuk spital, ada insurans akan cover. ala..minimum payment murah-murah udahlah..sepuluh ringgit ke sebulan.. terpulang pada kemampuan kita kan..

Erkkk oklah itu jer dua perkara penting yang saya akan jadi rejim kuku besi kalau saya jadi PM... eheheheh saya bilang kalau... ye kalau...
ulang lagi..kalau ye.... tak salahkan berangan...

kalau korang jadi PM apa korang nak tukar dan ubah?? sila beri komen anda...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino