Friday, March 06, 2009

Happy Birthday Najmi


Hari ni birthday Abang Najmi.. 6.3.2009
Macam semua dah tau, 8 tahun lepas si abang lahir pre-mature jugak,
30 minggu, dengan berat 1.215kg, lebih 200 gram dari adik..

ALhamdulillah menjaga abang dari kecik sampai dah 8 tahun, tak der masalah besar, masalah sikit-sikit biasalah kan.. And membesar jadi notti-notti boy, biasanya, bulan lepas abang buat rekod baru, dia patahkan play gym si adik, mmg langsung jahanam. Babah marah, mama pun marah. End up dengan rasa bersalah, abang kata, ambil la duit tabung dia beli mainan baru adik, bila kami buat-buat nada kesian kat adik tak der benda nak main. Ehehehe..

Akan menjadi stok-stok umat hati kering tak jiwang-jiwang nanti. Anak sapa tatau.. like father like son..opsss tapi bertanggungjawab, he really sayang oooo kat adik dia. Good boy

Mama nak tulis panjang pun tak boleh, sbb sebok, ni la pic abang last week, ambik dia dari sekolah (pakai baju biasa, ada latihan sukan) last week kitaorg balik ke rumah lalu ikut depan PICC, rupanya krew pengambaran KL Evolusi Drift II tengah shoting, so nampak je deretan kereta-kereta drift ni, mamat kecik ni gedik sangat, suruh berhenti dia nak amek gambar... eheheh lps kami berhenti, ramai pulak org lalu lalang berhenti bergambar. Pelakon-pelakon filem ni takder, depa duk kat tempat lain tengah makan. Dapatbergambar dengan keter pun jadilah.. ermm tu la aksi dia kalau nangkap gambo..tangan buat peace je.. lantak ko la abang..


ni gambar dah lama, tak masuk-masuk blog lagik.. ok, ni pic nasi lemak jagung kukus.. resepi tak yah le senang je.. tanak nasi macam nak buat nasi lemak biasa, cuma kurangkan air sikit, bila beras dah kembang sikit, kaut dan masukkan dalam periuk kukus, kukus sampai nasi masak, amat sedap occay, sbb nasi dia berderai and tak basi, masak malam esok pagi pun boleh makan lagi tau.. tak yah boh peti ais. Jagung tu pakai jagung tonkol ye jangan pulak korang pakai jagung dalam tin, melampau occay!!


Yang ni pulak buat tart, tart tuna, pastry dia sedap, wangi dan rangup, macma biasa i kan suka derhaka pada resepi, resepi asal suruh boh buttercup sejuk, mak pinat boh majerin cap felda tu.. oh sangat suka itu majerin tau, sbb wangi.wat karipap ke..pastry tart camni.. siok.. malah kalau buat donut pun sedap, wangi.. nanti mak pinat tempek resepi sbb resepinya dok dalam file resepi kat umah. bahan ingat, sukatan tak ingat, dalam pada tu sempat la korang pegi beli acuan kuih tart dulu kan..hiks.. takkan jadi tart ni kalo takder acuan kannn..kan..


ni lak takkan tak kenal?? kuih cara la kan.. i kan ada mak ayah mertuaku di rumah, so petang-petang memang saya buat minum petang, best keja gomen, balik 4.30 ptg, (masuk 7.30pg) opis dokek jo.. 4.45 ptg dah ada kat umah, solat asar, masuk dapur buat minum petang sambil masak utk makan malam.. so saya buat minum petang yg sempoi saje, janji ada benda dikunyah,

Kuih cara manis,

1. 10 helai daun pandan (blender tapis jadi satu mug air pandan)

2. Tepung gandum dalam 1 cawan

3. Telur sebiji

4. Santan 1 Cawan

5. secubit garam

Cara : Blend semua bahan tu masuk dalam blender, tambah air sikit, jangan pekat sangat, kang kuih cara korang keras, tak sedap, mak pinat first time buat kuih cara beberapa zaman nan silam tahap boleh baling dinding sebab keras. hiks.. jadi kalau anda gagal, jangan putus asa.

Cara berlauk pulak, sama gak cam atas tu, cuma tak payah boh air pandan, just letak pewarna kuning sajork, takder pewarna kuning, hentam je la boh kunyit.

untuk lauk tu, saya buat sempoi punya, ayam kisar ramly tu, tumis bawang putih and bawang merah, then masuk serbuk kari dalam sesudu, bancuh ngan air sikit, pastu masak le sampai naik minyak, pastu masuklah ayam kisar tu, masuk garam gula sikit, udah le.. buat le kuih cara tu then sudukan daging tadi dalam tepung kuih cara tu..

And macam biasa la kan... kalau takder acuan kuih cara tu, mako..tak yah le korang terliur dan berangan nak buat, sila beli acuan dulu ye.. kalau dekat-dekat rumah saya, boleh pinjam-pinjam je ye.. umah mak pinat aneka acuan ade.. ehehehe

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino