Ini pertemuan kali ke 3 adik dan abang.. so happy la si abang, ehehe tengok dagu si abang, bersagat, sebab terjatuh semasa bermain berlari dengan sepupu sepapat dia masa kat rumah kenduri kat Damansara itu hari. Kami kata abang Najmi dah berjanggut.
Aku agak stress lately ni..ntah, banyak benda buat aku stress, nak cerita pun tak tau nak cerita apa aku stresskan hahaha... Mungkin agak penat, ulang alik hospital, office, rumah, buat cupcakes lagi..ermm tak per cupcakes minggu ni last, next week puasa, and time to rileks..
Alesya dah nak reach 1.6kg, tadi sipi je lagi nak 1.6kg, berat dia 1.595kg. And Alesya kena cucuk hari ni, cucuk yang 5 serangkai tu, cian dia...mesti demam, tadi tghari aku pegi, dia nyenyak tido, kata nurse badan dah mula dedar..alahai sayang..be strong adik... jangan sampai turun berat udahlah..moga alesya tak demam yang kuat, risau nih...
bila stress bekalan susu badan drop..ayooo tak semeriah dulu, sedih sangat sebenarnya.. aku pump macam biasa, and Alesya pun feeding juga, tapi tak banyak susu macam dulu dah, erkk dulu pun tak banyak, sekali pump dapat dalam 2-3oz je, sekarang nak dapat 1oz lebih pun susah. Sampai aku rasa kesian nak suruh Alesya menghisap, takut dia penat menyedut. stress part ni, sampai menangis, how i wish nak breastfeed (BF) dia sampai 6 bulan at least, tapi..ermmm looks like kita kena beli stok susu S26 la babah. I am sure tak cukup punya untuk Alesya, dah la dia prem, nanti dah keluar rumah, dia kena push and work hard untuk paksa susu keluar, wish that ada miracle yang boleh kembalikan susu banyak kembali. Dah makan lobak, dan makan cekur manis, MMT pun minum juga, maxolon pun dah ambil, tapi susu dah mula nak kering.
Darling pujuk kata syukurlah mama, at least dah dua bulan lebih Alesya dapat susu ibu sepenuhnya, bila emosi kacau begini, memang akan effect pengeluaran susu kan..but tell me macam mana aku nak cool nih... kalut je aku rasa, hati meronta-ronta nak kasi bf kat dia, tapi susu tak banyak.. ermmm.. gila ni emosi kacau, aku suka saat menyusukan Alesya, indah dan aman melihat dia dalam pelukan, indah dan nikmat melihat dia terlena kekenyangan selepas disusukan.. aarghh tulis ni sambil nangis..syooohh...jangan tumpah air mataku..
Stop la cerita bab stress, buat tambah stress je karang..
Rutin aku agak penat seminggu ini. Tengahari pegi hospital feeding alesya, balik 4.30 pegi sana lagi... and kalau tader tempahan cupcakes, malam pun aku pergi jugak. Penat kan.. penat badan and penat mengisi minyak, kejap je isi dah kosong semula, tapi apa lah sangat duit minyak tu abeh, berbanding kebahagiaan menatap wajah Alesya, and Alesya dah banyak berjuang untuk terus hidup memberikan kebahagiaan kepada kami, so this is the time for me to pay her back. Baby lain geng-geng Alesya dah nak keluar dah..Alesya masih di wad, ermmm berat dia naik mmg slow sangat, adakah kerana dia full susu badan? i have no answer.. sebab budak lain minum susu hospital laju je aku nengok naik beratnya. ermm mungkin dia kuat menangis kot berat dia lambat naik.. apa pun biarlah lambat, asalkan dia sihat sudahlah.. itu yang penting.
Kalau aku kenangkan dia yang sudah lama di wad, hati jadi sedih je.. tak sabar nak dia balik ke sisi kami, tapi kalau sudah lebih dua bulan aku boleh bersabar, takkan seminggu dua lagi aku tak boleh sabar kan... Dugaan ini kena redha.. Bersyukur kepada ALlah dia sihat takder masalah.
Tapi Alesya ni memang murah rezeki, belum keluar wad lagi, dia banyak dapat gift, dari kengkawan office, dari kawan-kawan blog, and pembaca blog. one of my blog reader, membuatkan aku terharu, bila tadi tiba satu parcel pos laju dari Sabah, rupanya Khadijah dari Sabah mengirimkan hadiah yang sungguh cute untuk Alesya, aku upload pic kemudian.. And Shuhaily, my blog reader juga, sudi meminjamkan pump susu Spectra eletrik tu, Alhamdulillah makin selesa pump susu, terima kasih juga... And petang nanti one of my forum members akan jumpa untuk kasi buah longan kering untuk direbus minum airnya bagi membanyakkan susu badan. Insya-ALlah will try, and harap inilah jalan yang Allah bagi untuk kembalikan susu badan ni.. aminn...
thanks semua kerana menjadi kawan-kawan saya yang sangat hebat...