Sunday, August 17, 2008

Nur Alesya Qhaisara 70 hari


Kalau ikutkan perkiraan manusia, Alesya sepatutnya dilahirkan semalam 16 Ogos, tetapi perkiraan Allah lagilah hebat kan..pada tarikh semalam Alesya sudah pun berusia 69 hari, dan hari ini sudah 70 hari Alesya hadir dengan penuh debaran. Disaat doktor decide emergency ceasarian pada 9/6, aku suspen, kali ini aku dapat lihat kelahiran Alesya, kerana aku bius separuh sahaja, so aku nampak bila doktor keluarkan Alesya dari perut, dan ditepuk2 dengarlah suara dia yang agak nyaring bagi baby prem, aku hendak menitis air mata kala itu, syukur, anak aku bersuara.. Kemudian doktor bisik, baby ok, kita bawa dia NICU untuk jagaan rapi. So far good kata doktor tu. Aku lega.

Hari-hari berikutnya, Alesya berjuang untuk hidup, dia kuat. Walau di satu ketika, condition dia agak kritikal, tapi masih stabil, dan dia terus kuat untuk memberikan kebahagiaan kepada kami. Saat di mana beratnya menurun dari 1kg semasa dilahirkan sehingga turun 802 gram, adalah saat di mana air mata aku cukup murah untuk keluar kala memandang dia berjuang itu, dengan tiub pernafasan, dengan tiub susu, menangis pun tak bersuara, tersekat dengan alat oksien di kerongkong. Namun, berkat doa ibu bapa, doa saudara mara dan kawan-kawan.. Alhamdulillah, doa ikhlas kita, Allah sudah makbul, kini sudah 70 hari, dan kini berat dia makin naik, sehingga semalam beratnya 1.390kg. Insya-ALlah minggu ini harap naik lagi sehingga 1.4kg, minggu depan dan seterus-seterusnya naik dan naik sehingga 1.8kg, dan Insya-Allah Alesya akan kembali bersama mama, babah dan abang.

Hari Jumaat malam, 15/8, selepas menghantar cupcakes yang diorder pelanggan, aku terus ke hospital dengan si Abang, babah ada company dinner malam tu, aku pergi dengan tujuan menghantarkan baby wipes dia yang kehabisan, ingat nak sekejap sahaja, rupanya masa aku pergi dia terjaga, dan nurse minta susukan dia. Happy sangatlah aku, dan selesai Alesya dibalutkan, dihulurkan pada aku, terus aku bawa dia ke bilik menyusu, si abang menanti di luar wad, sempat aku panggil si Abang tunjukkan adiknya, dan abang peluk dan kiss adik, macam nak menitis air mata aku tengok keikhlasan si abang yang pertama kali memandang adik, dan mencium adiknya. Macam tak nak lepas dia pandang adik, dan aku pujuk supaya dia tunggu semula dia luar, aku hendak menyusukan adik. Abang pergi sambil tertoleh-toleh ke belakang tak puas memandang dan cium si adik, tapi aku tak berani lama-lama takut doktor marah pula.

Macam biasa, Alesya baby prem yang sedang belajar menghisap, dia pandai menghisap, walau agak lama dia menyusu, selesai menyusu, Alesya diletakkan kembali dalam incubator, dan aku keluar berjumpa si Abang, abang sudah masam muka kerana dia bosan menanti lama di luar, sudah muncung merajuk. Aku memujuk abang, aku cakap kat abang.

"abang adik cakap abang encem,"

Dia marah, kata dia "mana adik boleh cakap."

Aku cakap, "Ye, mama tanya adik, adik dah tengok abang ye..adik rasa abang tu ensem tak? kalau adik rasa abang ensem, adik senyum kat mama, pehtu adik senyum kat mama, itu maknanya dia bagitau mama abang ensem la,"

Muka dia kembali ceria
"ye ke mama, adik senyum ye,"

pehtu aku auta lagi aku kata "haah, mama tanya lagi adik, adik sayang abang tak, kalau adik sayang abang adik kelipkan mata, pehtu adik kelip-kelip mata kat mama, itu tanda dia sayang abang,"

dan terus dia tak masam, senyum dan senyum, dan cakap, "bijak adik abang ni.."

hehehe, tak susah pun nak kembalikan senyuman dia. katalah adik dia puji dia, mesti dia suka..dan dia pun tak lah rasa dia tersisih kan.. Dan malam tu dia tunggu babah balik sebab nak ceritakan dia dah tengok adik, dan adik cakap dia ensem, tapi babah lambat balik, dia sudah tertido, esoknya bangun awal-awal lagi dia cari babah sibuk cerita dia dapat kiss adik, dan adik senyum kat mama kata dia ensem.

And semalam, kami ke hospital lagi, babah dan Najmi tunggu di tempat parking je, sebab diaorang nak tengok bunga api dari PICC, mama naik atas, Alesya tengah menangis, nurse kata ambil la kak, susukan dia, dia lapar tu. Wah very happy.. Nurse kata tunggu kejap saya lapkan dan bersihkan dia dulu, so nurse lapkan, bersihkan badan dia, pakaikan losyen semua dan dia hulurkan pada aku, dan Alesya menyusu sungguh, mungkin kelaparan, dan kebetulan susu agak banyak semalam, kerana siangnya aku dan meratah sayur lobak putih tu, kerana risau susu berkurang dua tiga hari lepas, so aku try petua makan sayur lonak putih. Alhamdulillah, susu kembali bertambah, mungkin laju dia menyusu, sampai tersedak dia menyusu, suspen kejap aku. Dan dia menyusu sehingga dia tertido..aduh..bahagianya dan indahnya... Rasa macam hendak dia terus tido dalam pangkuan je. Rindunya...

Inilah picnya Alesya yang menyusu.. tengok pipi dia makin tembam kan..

Photobucket

dan ini dia yang sudah kekenyangan, dan tertido..aduh..sayangnya hendak melepaskan dia semula.. balik rumah aku teringat-ingat dia..uhuhuhu.rindunya..
Photobucket

p/sLagu yang sedang berkumandang kat blog sekarang ialah Sebelum Cahaya-dari Letto..aku suka sangat lagu ni, dengarlah beratus kali pun still mendayu-dayu, dan liriknya aku membayangkan aku memujuk adik Alesya dengan lagu ni, lirik sangat cantik, seolah-olah aku memujuk dia supaya kuat...

Alesya, cinta hati kami-babah, mama dan Najmi..
meh kita nyanyi sama-sama meh..

Sebelum Cahaya-Letto

Ku teringat hati

Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Chorus:

Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta
Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta

Chorus

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino