Wednesday, August 20, 2008

Apabila kita diuji, ingatlah ada yang lebih hebat ujian dariNya


Membaca blog FAJAR salah seorang daripada ramai adik-adik aku diinternet ini, yang kami mula kenal sejak hari pertama Najmi duduk dalam kereta sorong di KLCC, Fajarlah menolak kereta sorong Najmi semasa kali pertama aku outing dengan geng jurnal pada kali pertama tahun 2001, kemudian habis belajar Fajar menjadi pensyarah, seterusnya terasa baru je kami meraikan majlis perkahwinannya di Melaka, kemudian dia berangkat ke bumi Glasgow menimba ilmu lagi, dari anak satu kini sudah dua, dan kini kami sama-sama diuji.

Kalau aku rasakan ujian aku melahirkan Alesya pada kandungan 30 minggu sahaja, dengan berat 1kg, dan seterusnya memandang Alesya berjuang untuk hidup dengan linangan air mata, dengan pandangan telus penuh kasih sayang, dengan belaian dan sentuhan, agar dia tahu walaupun dia tidak ada disisi aku, tapi kasih aku tetap mengalir ke dalam tubuh badan dia, dan doa aku sebagai ibu tidak putus untuk dia. Kalau aku rasa aku cukup berdebar dan melalui hari-hari menantikan Alesya melepasi tempoh kritikal dengan cukup sengsara, tetapi rupanya ujian itu jauh lebih kecil dari apa yang Fajar lalui. Kehadiran Amir Yusuf selang beberapa minggu sahaja dari Alesya rupanya lebih mendebarkan. Dengan usia semuda itu, Amir Yusuf sudah menjalani satu pembedahan dan masih memerlukan rawatan dan rawatan lagi kemudian.

Kalau aku rasa aku perlu kuat, Fajar lagi perlu lebih kuat kerana dia perlu beri kekuatan kepada si ibu Amir untuk terus kuat. Fajar..akak doakan Fajar terus tabah.. Insya-ALlah anak-anak kita akan membahagiakan kita, bak kata teman Fajar, kalau hari ini kita menangis kerana anakanda kita, siapa tahu di suatu hari nanti kita berbangga dan berbahagia memiliki mereka. Insya-Allah..

Kita selalu terlupa, kadang-kadang tanpa sedar kita tidak bersyukur. Aku sendiri begitu. Di kala aku bersedih kerana tidak mampu menghabiskan tempoh kehamilan ini sehingga 9 bulan, aku terlupa ada insan yang langsung tak berpeluang untuk hamil. Kala aku bersedih kerana baby di NICU, aku lupa bersyukur ada orang langsung tidak ada zuriat untuk dipandang dan dibelai. Kala aku bersedih melihat kiri kanan pesakit di wad bersalin tempohari mengendeng baby mereka dan menyusukan baby mereka, aku lupa bersyukur ALlah panjangkan nyawa aku setelah bertarung melalui tempoh kehamilan berisiko tinggi kata doktor iaitu pre-eclampsia, aku lupa bersyukur ALlah panjangkan umur aku untuk melihat bayi kecil itu. Tetapi..Alhamdulillah, the momment aku rasa begitu menjengah, aku cepat-cepat ingat ALlah dan ingatkan diri, syukur Pnut dengan apa yang telah Allah beri. Apa kau hendak lagi..

Aku sudah diberi seorang suami yang baik, yang menjaga aku dengan baik, walaupun ada kala kami bertelagah, biasalah suami isteri kan.. aku punya rumah untuk berteduh, punya dua anak, sepasang lagi, lelaki dan perempuan. Maka sujudlah pada ALlah, dan ucapkan syukur atas pemberian ini. Jangan lalai. Jangan kenangkan sedih orang lain ada 4-5 anak, aku dua pun dah serik, dan doktor mintak aku fikir lagi kalau nak pregnant lagi, fikirkan risiko yang aku kena lalui lagi, jangan pnut, kau jang kenangkan hal remeh begitu, kenangkan orang yang tak ada anak langsung, betapa mengharap dan menginginkan, aku sudah dua kali diberi peluang itu, kenapa aku perlu rendah diri dan sedih memandang orang yang diberi keindahan yang lebih? Ya aku perlu bersyukur atas semua yang telah ALlah beri.

Semalam semasa aku sedang menyusukan Alesya tengahari, aku berbual dengan seorang ibu yang anaknya juga di NICU kerana jaundis, dalam berbual, dia ceritakan susu badannya banyak sehingga meleleh-leleh kalau lambat diberi pada baby, katanya katil untuk ibu di NICU penuh, jadi dia kena berulang alik dari presint 11 ke hospital di presint 9 menyusukan baby, katanya dia tak pernah perah, dan pernah pump dan dia tak tau. Tanpa sedar aku berkata, "bestnya susu banyak, jeles saya tengok,"

Tiba-tiba akak ni menyedarkan aku, "jangan macam tu dik, syukurlah, ada orang langsung tak keluar susu badan, langsung tak merasa anaknya air susu ibu, adik ada juga walau tak banyak, tapi cukup untuk mengenyangkan baby,kalau adik pun berpeluang mengandung sampai 9 bulan mungkin susu adik lagi banyak dari akak, adik dapat mengandung 7 bulan lebih pun ada susu badan, baguslah tu," terus aku rasa betapa bodohnya aku berkata begitu, patut aku kata, "saya pun harap-harap susu badan saya banyak macam susu akak, dapatlah saya menyusukan anak sepenuhnya nanti," Syukur aku sentiasa berjumpa dengan orang yang selalu menyedarkan aku.
Dan aku bersyukur Alesya makin sihat dan kuat, semalam beratnya sudah 1.420kg... go adik go... lagi 400 gram lagi adik... minum elok-elok, jangan kuat menangis tau...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino