Tuesday, August 12, 2008

Welcome back to the office


Semalam 11/08/08 aku dah masuk kerja semula..Welcome back.. setelah lebih 3 bulan aku mc and cuti bersalin, malasnya hendak masuk kerja.. Cerita lucu di pagi hari..disebabkan sudah lama tak pegi office, aku boleh terlupa, lepas hantar Najmi ke sekolah, aku boleh patah balik ikut jalan menghala balik ke rumah, sampai ke depan Alamanda dah, baru aku teringat...hari ni aku kena pegi office..ehehehe makanya aku terpaksa lah melalui jalan jauh sikit untuk ke office, sebab takder tempat nak u-turn kat situ. hahahaha ampeh je kan..

Dah masuk office, aktiviti pertama sekarang ialah pump susu dulu, dah settle, aku on laptop, cuba connect ke internet, alahai, tak dapat connection, terpaksa call staff ict untuk datang tengok apa hal laptop ni tak leh connect. Bila staff ICT tanya extension phone aku, boleh aku terlupa.. kena tengok kat business card aku pulak untuk make sure kan..ahahaha, teruk betul.. rupanya network card dalam laptop ni rosak, so kena tukar laptop baru, aduhh leceh bila tukar menukar ni, nak kena back up file, tapi tak sempat save link-link website favourite aku, alahai..ada beberapa blog yg terlupa dah urlnya..selalu aku save dlm faovurite je.

Cupcakes
Last week aku announce dah terima tempahan cupcakes semula, Alhamdulillah ramai dari pembaca blog ini order, rezekilah kan.. terima kasih kepada yang order, minggu ni pun ada order, hujung minggu pun ada, minggu depan pun ada.. ALhamdulillah, rezeki dari Allah, orang kata berbuat baik kepada ibu bapa, rezeki murah..Alhamdulillah, masa kecemasan, arwah abah sakit dan meninggal, kami balik kampung dengan bajet yang limited sangat. Kemudian mengorek segala saving untuk bantu emak apa patut di kampung, bila balik semula ke sini memang aku berkira-kira segala perbelanjaan kerana bajet yang ada memang ngam-ngam untuk belanja yang perlu sahaja. Tapi Alhamdulillah, Allah dah ganti balik semua rezeki yang kami hulurkan kepada emak tempohari.

Begitulah biasanyakan.. kena tanam dalam diri, berbuat baik dengan orang tua tak rugi, itulah aku dok pesan kat adik-adik aku ni, nak murah rezeki jangan abai emak abah, sekarang abah tak ada, tinggal emak sahaja kita nak berbakti semasa hidup ini. Sekarang dah ada ahli keluarga baru, si Adik Alesya, kena asingkan budget untuk diapers dia, soon baby sitter dia, and so far dia masih BF, harap-harap stok susu mama ni mencukupi untuk dia lepas dia keluar wad nanti, kalau tak cukup dengan sedihnya terpaksa lah bagi susu formula jugak.

Lepas Alesya keluar wad nanti, aku terpaksa ambil cuti panjang lagi untuk menjaga Alesya, kerana kami tak mau hantar dia ke baby sitter lagi, and kami pun tak sanggup berpisah lagi dengan dia kalau nak hantar dia balik kampung, tunggu sehingga dia hampir nak keluar wad, aku akan discuss dengan boss, darling kata kalau ada rezeki dia dapat 'habuan' dari company dia, boleh la consider untuk aku ambil cuti separuh gaji. Keja gomen ini untungnya ada peluang ambil cuti separuh gaji, cuti tanpa gaji untuk menjaga anak. Cumanya dalam keadaan sekarang pendapatan bersama ni amat penting, kalau sorang tader income susah jugaklah, tapi harap-harap habuan tu boleh dapat segera, bolehlah aku apply cuti separuh gaji soon, penting untuk aku menjaga baby Alesya, at least sehingga berat dia 4-5kg untuk dihantar ke pengasuh.

Susah hendak jaga baby pre mature ni (prem) kena orang yang sabar, diaorang hendak menyusu 3-4oz pun ambil masa sejam or lebih kekadang, aku risau orang lain tidak cukup sabar untuk melayan dia begitu. Masa Najmi dulu, kami bersyukur sangat, dapat pengasuh macam Mak Cik Yam dan Pak Cik Sabri di Cheras dulu, diaorang jaga Najmi macam darah daging mereka sendiri. Cik Yam tidokan Najmi siap beriba dan mendodoikan dia. Masa tu Cik Yam belum ada cucu, jadi Najmi memang menjadi tumpuan saja. Susah nak cari pengasuh macam tu, sampai mati aku kenangkan jaga Cik Yam dan Pak Cik Sabri. Malah diaorang lebih sabar dari aku.

Najmi
Lama tak cerita pasal Najmi, kang merajuk dia asyik cerita adik dia je, last exam itu hari, kan ke dia dapat markah kira bagus jugak la..semuanya A, kecuali pendidikan seni dia dapat B, markah dia semua over 92%, kecuali BI dia dapat 85%, ehehe kitaorang pun feeling la kot-kot dia dapat nombor 10 ke bawah.hiks..sekali masa pegi amek report card, dia dapat no 15..nah amek.. sentap emaknya.ehehe, tapi mama tak le frust sebab markah-markah dia tidaklah terukkan..and aku tanya cikgunya budak yang dapat no.1-5 tu semua markah seratus ke? Cikgu dia kata macam tu la lebih kurang, beza markah tak banyak. Bijak-bijak budak sekarang kan, persaingan sesama diaorang sengit.

Pehtu aku sesaja provok Najmi kata aku frust dia dapat no.15, then dia menjawab "Allaa mama, nanti kalau kita darjah 6, periksa UPSR, bukan ada nombor, dia kira dapat 5A je, kira oklah kita dapat 5A ni," Adoilah sabaq je la aku dengarkan jawapan dia. Harap-harap next exam dia dapat baiki result dia, and tahun depan maintain dalam kelas 1 Alamanda lagi, jangan turun kelas sudah, mau babah ngamuk nanti. Perjalanan masih jauh anakanda ku yang tampan, harap-harap dia boleh belajar dengan baik, sebab kalau disuruh belajar di rumah kejap je dia mengantuk dan tido terus. Nak paksa-paksa kang dia boring lak, baru darjah satu, bagi dia enjoy pegi sekolah dulu and enjoy belajar, tahun depan kena pantau lebih sikit. Dalam pada tu, tahniah juga buat Najmi sebab dia dah naik English level 4 kat Smart Reader Kids yang dia continue English programme tu, kira dah lulus la ujian level 3 itu hari. Harap-harap dia suka belajar dekat situ, and nak continue lagi next year. Ye lah dia pun dah biasa dengan teacher-teacher kat situ, sejak tadika lagi, jadi dia mudah belajar.

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino