Saturday, August 23, 2008

Alesya keluar dari inkubator


Alhamdulillah..
Semalam 22082008, Nur Alesya Qhaisara sudah tidak duduk dalam incubator lagi.. dia sudah duduk dalam baby cot..Oh! sunggul comel dia tido berbedung, balut gitu.. dan dia sudah pakai gaun pink yang comel itu..eheheh of course beso bebeno untuk dia.

Semalam kami pergi, laju je kami menghala ke inkubator yang dia duduk sebelum ini, cepat-cepat nurse panggil..ehhh akak sini, dia dah duduk sini...
Alahai...seronoknya tengok dia tido dalam baby cot tu, ermm dia boleh rasa kot mama dan babah sampai, terus la dia bukak mata luas.. and menangis..ishkk manja sungguh.. and macam biasa, aku akan angkat dia dan menyusukan dia.. sekarang bukan main laju dan kuat dia menghisap, sampai tersedak-sedak.. ishkk.. seronok rasanya dapat angkat dia dan menyusukan dia.

Kasihan juga memandang ibu-ibu baby prem yang lain, yang tak berpeluang menyusu badan, just dpt pegang dan belai baby dalam inkubator saja. Kalau boleh menyusu, dapatlah keluarkan untuk dia belajar menyusu dan peluang inilah nak peluk dan kiss pipi baby, gerammm!!! Aku dulu masa Najmi memang tak faham konsep susu dan penyusuan ni, so susu cepat kering, and aku tak dapat sangat nak menyusukan dia, so dapat pegang-pegang dia dari inkubator je. Aku faham perasaan ibu-ibu yang just dalam belai anak dari dalam inkubator saja, samalah macam aku rasa masa Alesya masih pakai tube dulu, sedih je tengok dan bila pandang ibu lain yang menyusukan baby mereka, aku sedih je, dan tak sabar nak tunggu Alesya boleh menyusu. Alhamdulillah, aku sudah melalui pengalaman menyusukan dia.. INDAH!!!

Hari ini 23/08/2008, anak buah aku Zaid, kenduri, menyambut pengantin perempuan, Zaid ini anak Kak Na, my cousin, Kak Na ni dulu lama dia tinggal kat Terengganu, tapi sekarang dah pindah ke Damansara, best Kak Na dah pindah sini, i have no problem untuk tempah baju or langsir soon..sebab Kak Na ni pandai menjahit, ni pun dah booking nak tempah baju untuk raya, eheheh orang lain mana ambil dah, tapi Kak Na sudi menjahitkan..lega... So kami ke Damansara hari ini meraikan pengantin, and of course la sebagai tokei cupcakes, aku sponsor cupcakes kan.. Tapi sedihnya wedding cupcakes ni aku tak sempat beli fresh flowers, so mintak le bebudak ni belikan.. Ampeh, diaorang beli bunga orkid yang dah cerai-cerai ni, hahahha beli kat India yang buat kalung tu..muehehehhe sabau je la.. aku pesan beli bunga kekwa kaler purple, means, yang bertangkai la..untuk aku gubah letak kat tingkat paling atas, tapi diaorang beli orkid cenggitu..kalakar betul, dah tak der masa, maka hentam je la gitu pun...

kira bolehlah kan..
Photobucket

Selamat Pengantin Baru Dr. Zaid dan Dr. Nur Aishah..
Photobucket

Photobucket
Ehehe bila tengok doktor comei macam Aishah ni teringatlah doktor muda dan kecik macam ni le yang 'menjahit' perut aku masa bersalinkan Alesya, walaupun ada doktor senior yang guide, tapi aku cuak je..ermm dan betul pun, jahitan tak kemas, bila dr. J check balik, uhuhu ada benang tak kemas di potong..ishkkk doktor J guntingkan semula, dia takut kena infection kat situ.

Okeh...dan tadaaaaa untuk julung kalinya..Alesya di paparkan dalam pelbagai aksi yang sempat kami snap...
enjoy the pic..

Photobucket

Photobucket

and this is our favourite...arghhh masa taip dan tengok pic ni..aku rindu Alesya..huwaaaa rindduuuuuu
Photobucket

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino