Showing posts with label Alesya. Show all posts
Showing posts with label Alesya. Show all posts

Tuesday, October 21, 2008

Konvo UPM


Sibuk dan penat

Cuti hujung minggu yang MAHA penat. Rudi bgtau aku last minute ajak saya join adik beradik dia bukak gerai kat tapak konvo UP*, very the last minute occay, maka aku pun kelam kabut jugak prepare apa patut, all the preparation hanya dibuat pada hari Jumaat, Jumaat malam jugak bakar segala cuppies penat tapi seronok..boleh dpt duit belanja juga sikit...hahah boleh buat modal shopping pegi langkawi nanti. ye kengkawan minggu depan saya pegi langkawi tau.. ada urusan rasmi seri paduka baginda tau.. Tak la banyak, tp takat saya nak benda berbajet rendah lepas la.. tapikan jauh di sudut hari, doa agar kompeni encik suami cepat-cepat bayar kenaikan gaji dan tunggakan yang ada, banyak-banyak supaya saya dapat habuan juga nanti...hahaha

Jadi CIk Gaban yang sudah pandai memandu, sila freekan masa anda untuk membawa saya ke kedai Idaman Suri..takat Hj. Ismail Group tu tanak la..dah banyak kali pegi..hahaha
Photobucket

Sejak adik saya Wani a.k.a Mak Su ada kat rumah, saya tak lah kelam kabut sangat, order cuppies pun boleh tahan masuk, dan dia dah boleh diharap membantu di small bakeri saya.. (ehhh tulis saya pulak..eheheh oklah lepas ni nak tulis saya pulak je la..comei sikit membaca..ahaks..)

Saya dalam proses mengajar adik saya baking membaking, and akan hantar dia untuk kursus produk sejuk beku... Adalah perancangan masa depan kami..Insya-ALlah, moga ALlah bantu, dengan doa emak... Kami sudah tiada abah untuk doakan kami, hanya kami saja kena berdoa untuk dia..Jadi moga murahlah rezeki kami..

Mak Su pandai jaga baby Q tau, mueheheh boleh buat menantulah kiranya...eheheh saya umur dia pun jangan harap saya terrer jaga baby, nak dukung pun kekok. Tapi Mak Su pandai jaga baby, siap mandikan lagi. Dan Mak Su pun seorang yang gila kamera...

ok mari kita lihat hasil kegedikan Mak Su dan Alesya tanpa saya sedar, eheheh diaorang posing ke main ek..time saya pegi kerja..

mentang-mentang kamera tak pakai filem, bukan main diaorg snappy-snappy ek..
Oh Ya..baju baby Q kali ini di taja oleh Mak Ngah..tima kasih Mak Ngah..(adik mama)
Photobucket

Akhirnya berjaya Mak Su merakamkan pic-pic Alesya gelak...
Photobucket

Mak Su kata, ajak abang ambil gambar sekali, tapi abang tak nak..Abang dah besar, dia dah maleh posing, hahah bertahun-tahun asyik pis dia je kat blog mama, harus sekarang giliran adik jadi duta blog mama.

EH baby Q glamer tau..masa kat tapak konvo UP* tu, ada group Wani and the gang (bukan wani Mak Su, wani lain tau..) Wani and the geng tegur saya kat gerai, "eh ni kak pnut kan?" haah diaorang kenal i occay..so terus mereka laju menerpa ke baby Q berposing bagai..eheheh.

Ini pulak pic Mak su sedang jadi protege mama, untuk mendeco cuppies..
Photobucket

Semalam rushing pegi kedai Manjaku kat Bangi, konon nak beli diapers dan susu Alesya yang kehabisan, babah pegi kedai aksesori tukar lampu, lampu depa tak menyala, ingatkan lama la...mama pun round-round tengok-tengok baju..tengok je occay... tiba-tiba babah masuk dan sound.. "lama lagi ke? dah 20 minit tunggu dalam keter" Erkkkk kantoi beb...mama tengah pilih gaun untuk Alesya..hiks... ingatkan nak dendiam je beli...sekalik kantoi...

dan inilah gaun yang mama baru TERbelikan untuk Alesya. Sesuai kan pakai dengan cekak rambut yang riben purple yang mama buat itu hari kan... and suka tau baju ni ala-ala 2 in 1 gitu, and boleh mix and match, jaket kecil yang cover tu boleh juga pakaikan dengan t-shirt sleeveless and sarung jaket tu kat luar..hahahah musti comel anak daraku..muahahah perasan syok sendiri mama

taadaaaaaaaa ini baju yang terbeli ittew..sampai rumah cepat-cepat cabut harga..kang takut kantoi lagik..sekalik, buang dalam bakul dalam bilik tido..bahan bukti ada pulak..hahahah erkkkk mahal sikit je babah...bukan mahal banyak...uhuhu...
Photobucket

Saya tanya si Abang, abang..abang marah tak mama belikan baju untuk adik? abang cemburu tak? abang nak tak mama belikan baju? jawab abang

"tak nak la mama, kita dah ada baju raya dah, bukan pakai sangat, mama belikan keter hot wheel je boleh? eheheh ok son.. eehe and abang dapat keter hotwhell RM4 satu cukup buat abang happy...

Oh ya lupa nak cerita..Alesya pandai tau..hari Sabtu, seharian saya tinggalkan dia kat rumah dengan Tasha, anak buat, bila malam saya peluk dia..cakap-cakap dengan dia, kesian dia kena tinggal dengan mama..kesian dia tak der mama siang tadi..tiba-tiba dia buat muka MAHA sedih dan bergenang air mata...terus saya pun sama naik menangis...owhhh very queen of drama... Uhuhu pengubat penat lelah mama dua beradik ni...sejuk hati...

Camner la orang gamak buang anak hidup-hidup...yang dah mati pun tetap kejam.. And due to banyak masalah masa pregnant, Alesya may be adalah our second and last kot.. doktor J tak advice untuk pregnant lagi...to much risk kata dia..aku ikut je la..walau berangan nak lagi sorang dua..uhuhu cepat-cepat bersyukur dengan dua anugerah yang ada...tanak lupa diri... So kami berdua plus si abang nak enjoy every momment membesarkan dia..ehehe kalau boleh biar lambat-lambat dia besar pun tak per...

Itu sebab dalam kesibukan berniaga dua hari itu, saya macam rasa bersalah je tinggal baby lama-lama dan si Abang. Hari Ahad malam, hujan lebat, kami balik dari berniaga, and nampak basikal si Abang tidak di simpan di tempat sepatutnya...babah memang particular bab tu, babah dah hangen dalam kereta, terpaksa mama sabarkan babah. mama cakap, rileks babah, seharian kita tinggal anak-anak, biar kita balik mereka happy, jangan marah-marah...nanti anak-anak rasa sedih..and babah manage to control itu temparature yang sudah naik..ehehehe..cayangggg babah... and Najmi dan babah masih boleh menikmati makan malam semeja..dan babah tanya dengan elok kenapa tak simpan basikal kat tempat basikal? and jawapan Najmi, dia letak kat porch kereta, sebab senang dia nampak dari dalam rumah kalau orang nak curi..mueheheheh...tah hapa je si abang ni menjawab..

Friday, August 01, 2008

Susu untuk Alesya


Kami ucapkan ribuan terima kasih atas doa dan ucapan takziah dari kawan-kawan semua, tak kiralah melalui blog, sms atau melalui yahoo messenger.. semuanya saya amat hargainya..begitulah kala sedih ada saja teman yang berada di sisi.. Syukur pada Allah kerana berikan aku kawan-kawan yang baik semuanya... terima kasih kerana menjadi kawan aku... semua-semuanya walaupun ada antaranya tak pernah bertemu muka.

Life goes on.. Moga kami adik beradik dapat terus berbakti kepada emak.

Ramai bertanya perkembangan Adik Alesya

Alhamdulillah our little miracle Nur Alesya Qhaisara anugerah Allah yang hebat itu makin sihat. semua wire-wire dah tak ada..cuma ada tiub untuk minum susu je..itupun mesti tak lama lagi off, sebab Alesya sangat hebat menghisap, sampai berdecit-decit bunyinya. Cuma belum masa doktor off tube tu, kerana takut dia akan tersedak bila minum sendiri, soon dia akan menghisap sendiri. Aku menantikan saat untuk menyusukan dia direct. Moga susu badan akan terus banyak untuk aku merasa nikmat menyusukan baby.

Alesya minum 16cc susu setiap 2 jam, kata nurse Alesya sangatlah pandai meragam sekarang. Kalau lambat je bagi susu dia menangis-nangis meminta susu. Pernah sekali aku ada di situ, dia menangis non stop, mulanya ingatkan dia tak selesa basah, dah tukarkan diapers, masih menangis, dia mengantuk tapi tanak tidur, menangis je, aku dah suspen, tanya nurse, nurse kata dia tengah lapar la tu. Menang iya, lepas kasi je susu, terus dia tido, tak peduli dah mamanya usap kepala dia, usik tangan dia, usap kaki dia, tidur terus.

Kata nurse, dia sorang je minum susu 2 jam sekali, baby lain semua 3 jam sekali. Aku tanya kenapa? sebab dia kuat meragam ke? Tak, kata nurse tu..kata nurse baby pre-mature lain tader ebm (susu ibu), kalau ada pun sikit je, Alesya banyak susu ibu, dia dapat susu ibu 100%, susu ibu ini cepat hadam, baby berak pun elok, bila susu mudah hadam, itulah baby cepat lapar. Itu sebab dia sorang je kena bagi susu 2 jam sekali. Ooo gitu rupanya... Nurse siap tanya aku amek supplement apa banyakkan susu badan, sebab kata dia biasanya baby prem ni memang ibunya kurang susu badan. Aku cakaplah aku join forum susuibu.com, baca info, and amek milk maid tea, serta pil ASI (jamu indon) untuk banyakkan susu badan. Aku pump setiap 3 atau 4 jam.

Masa balik kampung seminggu pun, dalam kelam kabut, aku disiplinkan diri, pump setiap 4 jam, dapat juga berbekas-bekas susu dalam peti ais emak, kemudian kami balik letak susu dalam bekas polistren putih macam orang pegi memancing bawak tu, letak ais batu banyak-banyak travel kedah - perak, singgah rumah emak mertua di Perak, letak dalam peti ais beku, mujurlah ada peti beku tu.. kemudian travel balik putrajaya bawa susu setong tak sempat amek gambar susu dalam tong tu, sampai putrajaya dah pukul 10 malam lebih, terus ke hospital simpan dalam peti ais hospital.. Huh..mencabar sungguh usaha untuk menyusu badan baby prem ni, maklumlah baby tak ada, kenalah pump untuk merangsang pengeluaran susu.

Dan paling penting, semangat. Kena kuatkan tekad, baru ada jalan, kalau tak kuat semangat, mesti susu ni dah kering kalau tidak diransang. Berkat kesungguhan. Alhamdulillah, sudah hampir 2 bulan, Alesya terus menerima susu badan.

ni pic bekalan stok susu Alesya di hospital, ni susunya sebelum kami pulang ke kampung itu hari, separuh peti ais ni dia punya aje. eheheh separuh tingkat atas tu memang dia punya semua, dan pic bawah tu pun dia punya juga,

Photobucket

Photobucket

Alesya makin sihat dan kuat, cuma berat badan dia masih slow kenaikkannya. Dan Alesya selepas melepasi tempoh kritikal, dia sekarang baru nak recover. Aku tak maklumkan sebelum ini, ada satu tahap tu, berat dia drop sampai tinggal 800 gram sahaja, hanya tinggal tulang dan kulit saja. Sedih melihat dia begitu, tapi seperti aku kata, Alesya adalah miracle dari Allah, dia kuat semangat, dan kini Alhamdulillah hari ini Insya-Allah Alesya akan naik 1.1kg ++ sebab berat semalam sudah menghampiri angka itu.

Dan Alesya akan terus kuat dan sihat, dan membesar di hari-hari akan datang. Mungkin lagi sebulan dia perlukan untuk mencapai berat 1.8kg seperti yang doktor inginkan sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah. Sabar ye mama...

And semalam setelah 53 hari Alesya dilahirkan, itulah satu tarikh di mana pada usia dia 53 hari, aku dapat memeluk, mencium dia, dan mendakap dia dalam pelukanku. Ya Allah aku rasa hendak menangis kala itu, kalau takder nurse di situ mungkin aku akan menangis gembira. Sebak dan terharu. Sebelum ni dia di ventilator, penuh wayar berselirat, hanya dapat disentuh dan dibeli sahaja, sekarang dia dalam inkubator, walau tanpa wayar berselirat, tapi dia tidak boleh dikeluarkan sesuka hati. Kebetulan semalam masa kami pergi time nurse hendak lapkan baby, tukar bed sheet dia, lap inkubator, dan baby dikeluarkan, dan itulah saatnya nurse hulurkan Alesya untuk aku pegangkan sementara dia bereskan kerja-kerja mengemas inkubator Alesya.

Sebelum nurse hulurkan pada aku, aku sudah bagitau babah, aku hendak mintak nurse aku nak peluk dia. Belum sempat aku minta, nurse yang memahami itu, hulurkan baby Alesya pada aku, dan detik itu, 31 Julai 2007, setelah 53 hari Alesya hadir, aku dapat peluk cium dia, babah pun sama, babah kucup dahinya, dan berselawat sekali lagi aku sebak sebenarnya tapi cover-cover sebab nurse ada depan. Masa nurse tu nak ambil dia semula, aku macam nak cakap, nak pegang lagi la nurse..tapi apakan daya, Alesya perlu duduk dalam inkubator semula, kerana dia perlukan suhu yang panas untuk tubuh badan dia.

Dapat pegang sekejap pun membawa aku sampai termimpi-mimpi aku peluk dan menyusukan dia. Insya-Allah soon Alesya akan dapat dibelai seperti itu. Nurse kata nanti berat 1.5kg atau 1.6kg, dia sudah pindah duduk dalam baby cot, aku boleh dakap dan menyusukan dia terus. Wahh aku teruja..cepatlah besar adik Alesya sayang....

Tuesday, July 15, 2008

Dugaan Hebat lagi...Abah Sakit, And Alesya dan off oksigen


Aku di uji lagi..
Sabtu lepas menerima panggilan telefon dari adik no.2 aku Tie, menangis suara dia menelefon, aku berdebar sakan menyambutnya, dalam tangis dia bagitau abah tengah tenat, jiran-jiran dah membaca yassin dah.

Aku jadi lemah, tak tau nak berfikir seketika, nak balik ke tak? Aku masih berpantang 34 hari, baby masih di NICU, call kampung semula selepas setengah jam, kata adik abah masih tenat, kami berkemas, tekadkan hati nak balik jugak, selesai semua urusan, lepas solat asar, kami ke hospital, berjumpa si adik, jumpa doktor terangkan situasi dan bertanya ok ke kalau kami nak balik Kedah, doktor kata ok, adik dah stabil, nothing to worry, lepas keluar dari hospital, call emak semula, kata mak, abah dah reda sikit, tak nazak sangat macam awal tadi, aku cakap nak balik, mak kata tunggu dulu, aku pun tengah berpantang, masih tak sihat, dengan baby di NICU, mak kata doa saja dari jauh, kat sini ramai sedara mara yang ada sama-sama mak. Adik-adik emak dari Penaga semua ada bersama emak. Aku lega sedikit. Sehingga kini kami di sini bersedia dengan sebarang berita, dan kena redha.

Mak kata balik rumah dulu, tunggu apa-apa berita. Sehingga kini abah masih belum sedar sepenuhnya, dan masih berada di rumah, aku sudah pujuk emak bawakan abah ke hospital, at least boleh masuk air ikut drip or susu ke apa, mulanya emak dah setuju, tapi bila orang tu datang, orang ni datang, sedara ni datang, semua kata kat mak tak payah bawa ke hospital, aku mati kata. Mak tengah sensitif, bila aku salah cakap, nanti mak menangis, aku tak mau menambah sedih emak, jadi kami ambil keputusan ikut sajalah, aku tidak berada di tempat emak, jadi aku tak dapat selami 100 peratus apa yang ada di fikiran emak sekarang, jadi tak adil untuk aku memaksa emak membawa abah ke hospital.

Mungkin emak takut dia tak mampu bertunggu lama-lama di hospital di sisi abah, emak pun ada darah tinggi, takut dia pening, takut bila dia balik, abah tenat, kata adik-adik, mak tak lekang dari sisi abah di rumah, membaca yassin dan mengaji hampir sepanjang hari, berhenti kalau ada tetamu dtg melawat, solat dan tidur sekejap. Menjadi anak sulung agak berat, dalam situasi ini, kerana aku Kak Long yang berada jauh di sisi emak, abah dan adik-adik di saat ini, betapa tuhan saja yang tau, badan aku disisi tapi jasad dan jiwa aku berada di sana. Hanya yang mampu dilakukan, berdoa yang terbaik. Bak kata emak, kami semua redha, andai tiba masa untuk abah pergi mengadap Dia, ambillah abah dengan tenang, dengan sempurna, janganlah uji abah begitu, andai panjang umur abah, sihatlah dia, sekurang-kurangnya sedar untuk menelan sesuap dua bubur nasi. Sehingga menulis entry ini aku menaip dengan linangan air mata.

Kata cik abang, kalau kita ada sayap, sudah terbang balik ke sana, sekejap untuk bersama...

Ya Allah permudahkanlah segalanya.

Perkembangan Adik..

Alhamdulillah, adik sudah tidak menggunakan oksigen dah, dia sekarang Alesya yang sangat hebat dan kuat dengan izin Allah Taala, dia menyedut udara dari Allah, dan bernafas dengan sendiri, aku sungguh bangga dan kagum dengan semangat dan kekuatan dia. Memandang dia yang sekecil itu kuat, aku tau aku perlu jadi lebih kuat. Dalam kesedihan dengan keadaan abah, adik Alesya mengundang air mata gembira aku, kerana dia sudah bertambah berat, bertambah sihat dan kuat, dan memandang dia tanpa wayar dan tiub berselirat tadi aku jadi gembira, terima kasih adik kerana menghadiahkan gembira buat mama. Tiub yang tinggal hanyalah tiub untuk menyalurkan susu sahaja, segala tiub di kaki, tangan semua sudah tiada. Tiub susu pun mungkin tidak lama akan akan ditanggalkan, kerana doktor kata dia sudah pandai menghisap, bukan main dia menghisap-hisap tiub yang ada itu pun. Cuma doktor masih merasakan belum masa dia diberi susu dengan cara dia menghisap, masih takut dia tersedak.

Ya Allah, aku mohon kau beri ketenangan untuk aku lalui semua ini. Moga kau permudahkan segala kesulitan yang ada pada ujianMu kali ini. Amin...


Monday, June 23, 2008

Nur Alesya Qhaisara hari ke 15


Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mengunjungi blog ini dan mengirimkan doa buat puteri kami Nur Alesya Qhaisara, samaada melalui komen di sini, melalui ym, melalui sms. Berkat semua perkembangan Alesya makin positif. Kalau berkesempatan, bila menjenguk Alesya di wad, dan bertembung dengan doktor, aku pasti akan 'menyibuk' bertanya tentang Alesya pada doktor. Mulanya agak risau kerana kata doktor kandungan garam dalam badan dia rendah, tapi minggu ini nampaknya makin positif, doktor supply garam ke dalam badan dia, and respon positif, bacaan menunjukkan peningkatan.

Mulanya hemobglobin dalam badan juga agak rendah, keadaan itu menyebabkan dia kelihatan pucat. Doktor ambil darah aku untuk tengok serasi atau tidak untuk transfer pada Alesya, dan darah itu samaada serasi atau tidak dengan bekalan antibodi badan yang dibekalkan kepada Alesya, Alhamdulillah, ujian makmal menunjukkan darah kami serasi, dan darah aku dipindah ke badan Alesya, tidak banyak sikit je, lebih kurang 5ml kalau tak silap aku, dan selepas dua tiga kali transfer, bacaan hemoglobin makin meningkat. Alhamdulillah..Allah permudahkan...

Minggu lepas dia mengalami kembung perut, sayu pilu hati aku tengok perut dia kembung, menitik air mata memandang, doktor puasakan dia, dia hanya menerima bekalan makanan dan vitamin semua dari drip, susu badan yang aku pump dan supply tidak dibekalkan buat sementara, dua hari kemudian itu, keadaan better and susu mula diberikan, doktor bagi sikit je dulu, bila tengok respon dia positif doktor naikkan kuantiti, Alhamdulillah dia menerima dengan baik. Kata doktor pakar, minggu pertama selepas bayi dilahir, walaupun dengan berat yang normal, pasti mereka akan mengalami sedikit penurunan berat badan, begitu juga Alesya, nampak ketara beratnya menurun, tapi minggu ini sudah nampak badan kembali merah, dan tidak lagi nampak menyusut seperti minggu lepas.

Kata doktor pakar itu lagi, musuh utama baby pra matang ialah jangkitan kuman. Itulah yang paling doktor jaga, dan sebab itu mereka perlukan antibodi yang kuat, dan specialnya anak pra matang ini, mereka mendapat bekalan nutrition dan segalanya dalam kuantiti yang secukupnya, dan Alesya telah menerima 3 beg bekalan supplement yang sepatutnya dia perlukan, dan syukur kata doktor badan dia menerima dengan baik supplement yang di supply melalui uratnya, kata doktor yang mereka risau ialah berlaku penolakan. Tapi Alesya kan kuat..dia dilindungi Allah, maka Allah permudahkan. Aleysa masih menerima bekalan oksigen, kata doktor ianya masih perlu, tak kisahlah doktor berilah yang terbaik untuk baby Alesya.

Doktor pakar kat NICU itu, doktor India, perempuan, very profesional. Dia menerangkan dengan jelas dan sopan setiap kali aku bertanya, bila aku cakap pada dia aku risau pasal baby sampai tak lena tido jawapan dia menyedapkan telinga, "No..no..don't worry about the baby, dia ok, stabil, sebagai emak, you duduk kat rumah, doa pada your baby, sebagai doktor, me and my team akan rawat all the babies with our best, our part is to help the baby and your part is doa as a mother, I am sure God will help all of us"

Insya-Allah, harapnya minggu ini Alesya akan terus positif, dan berat badan makin bertambah, dan bertambah. Kepada yang sering sms, bertanya baby dah keluar wad ke belum, suka aku nak inform memang lambat baby ni akan keluar dari wad, entah-entah aku dah masuk kerja semula pun belum tentu dia dapat keluar wad, sedangkan Najmi dulu yang tak pakai oksigen, tiada masalah apa-apa duduk 42 hari di wad, inikan Alesya yang lebih kecil, dan guna oksigen buat masa ini, aku jangka, mungkin 2 bulan dia akan berada di wad, tak per la janji dia selamat, kalau ikutkan pun dia sepatutnya dilahir lagi dua bulan pun, yang penting dia makin sihat, Insya-Allah nanti dia akan membesar macam abang dia juga.

Terharu juga kerana ramai kawan-kawan cyber dan kawan-kawan lain, yang concern dan ikhlas hendak melawat baby Alesya, tapi malangnya di wad NICU itu hanya ibu dan bapa sahaja yang dibenarkan masuk. Sabar ye kawan-kawan, ada rezeki kami, bila Alesya selamat balik, dan dia besar sedikit, kami akan jemput kawan-kawan ke rumah meraikan kesyukuran. Insya-Allah moga ada rezeki untuk itu. Again, terima kasih atas doa semua...
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino