Friday, April 15, 2011

3G- dan diet lagik


Sebok sangat korang suruh makcik pnut letak gambor selepas dah turun 12kg++ kan?? walaupun hajat hati nak tunggu sampai 20kg baru nak boh.. ahahha tapi makcik pun tak tau le dapat ke idak nurunkan 20kg tu?? sebab ini sudah memasuki badan tahap lambag giler nak turun beratnya, minggu lepas sampai minggu tak sampai 1kg, lebih 500gram je turun.. ermmm oklah turun jugak walau sikit, jangan naik udah le.. hazab mak nak turunkan balik....

Nah... terimalah... diriku seadanya.. Harap maklom gambar beso yg lama ek, gambo tahun lps tak byk dlm simpanan, sebab nyampah tgk pic sendiri ahaha


Actually kalau u all diet buat low calorie diet, jgn takut makan nasi dik.. dun worry. boleh makan, makan sikit, jgn tibai selonggok macam mat buruh keja kontrak buat bangunan tu makan. Depa makan banyak, keja teruk, peluh keluar, jadi hat depa makan kalori tu dibakar sat saja... makan tengahari 600 kalori, sat gi pi buat keja, angkat bata, naik turun tangga, angkut simen, panjat sana sini, dah bakor 200-300 kalori dah, sat lagi balik kayuh basikal lagi, bakar lagi 300 kalori... jadi hat dia mkn tengahari tadi abeh dah bako.

Ada orang bagitau saya berat dia susah mau turun, berhenti makan nasi, tetapi tak jugak turun beratnya.. pastu saya tanya lagik, apa menu makanan dia seharian, dia kabo le, pagi makan mee goreng, kekadang bihun, keow teow, sesekali roti canai. tengahari kekadang makan bihun sup, bihun tomyam, atau makan meggi. (opsss megi sepekat 400 kalori, baik ko makan nasi je dik) malam tak makan langsung... atau kekadang tghari tak makan, makan ptg je. uhuks..*pitam mak* azam kena kuat dik... satu perkara paling sukar untuk kita lakukan dalam hidup kita ialah meninggalkan apa yang kita suka buat!! Antaranya ialah MAKAN!!

Pagi-pagi dengar Datuk Dr. Fadilah Kamsah kata "Orang yang cemerlang ialah, mereka yang akan buat, apa yang orang gagal tak suka lakukan" so jadilah orang cemerlang.. kelas... over pulak sapinat motivasi hahaha, tapi serius la, wa tak sangka bebeh, wa buat buat ramai follower buat diet sesama gua.. gua happy bebeh, bila lu orang sms, ym, fb.. dok bagitau korang pun dah start diet, dan koman-koman turun juga 2-3 kilo.. terpana gua.. gua memberikan impak kepada kehidupan ouls... mak riak nak.. riak... riak sebab mak mempunyai kuasa mempengaruhi, ibarat kalau gua masuk bertanding nak jadi YB, koman-koman gua tau gua ada tukang pegang sepanduk semasa hari pencalonan.

Sapinat adalah orang yang kalau dia nak riak, dia tak kias-kias, direct dah terus terang, tetapi kalau ala-ala nak merendah diri sikit, merendah diri yang mempunyai unsur-unsur riak tidak ketara, biasanya ayat-ayat dia "alaa saya just berkongsi rasa, dan tak sangka ada orang berminat hendak tau, dan saya pun bukan hebat sangat, biasa-biasa je, tapi ye la... bila ada orang suka saya pun suka juga, dan lagi semangat nak teruskan" ok itu ayat coverline. Dalam hati tu sebenarnya nak riak, tapi berhemah sikit la..

eh sambung pasal diet, tadi iklan sat. ok ni ada penerangan saya petik dari internet, dari pakar pemakanan

Ada lagi sebab kita tidak galakan memakan satu meal dalam sehari. Badan akan pergi ke *fasting mode*. Ini bererti badan akan tidak mahu belanjakan *energy* sebab ia sangkakan kita dalam keadaan kemarau dan tidak cukup makanan, jadi badan conserve energy dan akan menukarkan kalori dari makanan menjadi lemak.

Akibatnya, kita akan rasa letih tak bermaya dan tetap gemuk! Juga kalau kita makan hanya sekali sehari , kita akan kebulur dan makan banyak, maka penghadzaman tidak baik dan, juga, banyak dari yang kita makan bertukar menjadi lemak dan tidak bertukar jadi tenaga. Lepas makan terus flat dan tidur, lagi parah sebab tidur lepas makan juga menyebabkan badan kita menukarkan kalori menjadi lemak!!!

Sebab apa saya syurkan jangan makan lebih lewat dari 7.30 malam? Supaya badan kita ada banyak masa untuk process semua makanan yang telah dimakan waktu siang dan badan dapat uruskan pembuangan bahan buangan dengan baik! Kalau kita asyik makan saja, badan tidak cukup masa untuk pembuangan waste product dan akan terkumpul berbagai toksin dalam badan!

Ok udah citer pasai diet... diet gila kuruih dak juga.. ahahahah oitt gila haper saya nak kurus?? dalam mimpi pun belum pernah sekali saya mimpi saya kurus... dalam mimpi pun gemuk dalam realiti, pepaham le.. hiks...


11 Komen:

Ila on 11:34 AM said...

kenapa k pnut tak nak teruskan diet atkins ek...

Nour El AiN on 11:38 AM said...

muahahahaahaa
(gelak seronok)
gumbira sunggu dgr word.. jangan takut makan nasik..

memang betul.. seminggu x amik carb.. berat adlh turun tp pening kepala tak baik2 telan pandl.ponstan penadine sgl .. tp ambik 3,4 suap nasik terus ilang.. heran dan ajaib..
lapar nasik rupanya hahahahaaha..
ambikla sikit x salah kan... =)

Pnut on 1:09 PM said...

Ila-ayoyo... dah dijelaskan kat entry bawah-bawah ni, sile baca ye dinda..

Ain-eheheh kalau buat atkins, ikutkan mmg tak leh mamam nasi... tp sudah terlanjur tak apa la...

ஐ๑makdara TERdiva๑ஐ on 4:06 PM said...

ai like ur energy cik pnut!!!

skrg ni pun ai dah pulun eksesais 30 minit tiap2 hari sebelum pg keja..

makan pun dah bercatu..sblum kul 7 mlm dah makan..
malam cuma minum air jer..

skrg badan rasa ringan jer..tapi tak pernah timbang2 lagi..
tunggu seminggu-2 minggu baru timbang..

ZuNas77 on 4:37 PM said...

wahhhh..dah nampak sgt prubahan ketara..cayalah kak!!..

mmg lagi sikit nak turun berat lagi susah. akak tgu la sampai lagi 5kg nak turun. haa...time tu maybe makan bulan baru dpt turun 1kg. hehehe

najmi said...

bagus wenco. saya pun suka bila tgk berat turun. last year sebelum puasa berat saya 178kg mcm tak percaya jer tu berat saya sendiri then start bulan puasa saya try tak ambik nasi tapi makan kuih yg kukus-kukus then sekali balik nak raya makcik saya tegur awat muka nampak kecut kena buli ker kat kampus. ha3 time tu lawak. sekarang saya still lagi cuba kurangkan makan tapi kadang-kadang tu terlepas jer. Yer ler selalunya tak sempat nak makan pagi n tengahari dan bila malam jadi kebulur time tu makan banyaknya. Segan pun ada nak tulis target kat sini. saya target nak kurangkan lagi berat badan bawah 100 kg before convo next year. harap-harap menjadilah target saya ni. Last week timbang berat saya 158kg.

najmi said...

owh pasal atkins diet tu saya menjadi dua hari jer sebab tak tahan nak makan buah. hohoho tak sanggup ooo tengok betik, epal, limau, tembikai takda sapa beli.. tu yg saya beli jugak tu. dah beli kena ler makan kan sbb kalau tak jadi membazir. cuma sy sekarang mmg kurangkan gula.

Kak Rose on 9:14 PM said...

Tahniah.... dah banyak beza tu... keep it up... slow2 tak pe asalkan ada penurunan... x leh la nak drastik sangat kan.

KedaiOnline~Admin on 3:12 PM said...

btol tu kak..kak ada mkn aoe2 produk/pakai apa2..? kak saya ada produk hebat ni. nama die premium beautiful korset dari hai-o..bukan sebarang korset..dia ada ciri2 utk kesihatan..buang toksin dlm badan/lancar peredaran darah/hilangkan senggugut..merawat sel2 kanser..kalo anak kena demam kuning pn bleh sembuh..dah ada bukti2nya.. jom singgah http://kedaifazonline.blogspot.com..tgk korset premium beautiful

Puteri Nuur At-Terawis on 4:10 PM said...

cayalah akak!
put pun nak diet jugakkkk :P

Syida on 3:12 PM said...

Hye kak, br terjumpa blog akak ni.
mmg hebat lh akak dpt turun byk. best lah. Sy still lg tercr2 cr yg betul utk turun berat bdn. tp biler tgk post akak, rs mcm confident jer nk try. Harap blh citer lg tips yg best2. okay :D

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino