Monday, April 18, 2011

Allah Answers your prayers in 3 ways


Sorang kawan saya letak pic ni dan status kat bawah pic ni kat FB, sebak la saya bacanya.. tersentuh betul hati..


Minggu lepas melawat anak buah di HUKM. Dikatil berhadapan ada seorang bayi tidur lena. Lena kerana keletihan menangis. Mungkin kurang selesa. Tiada siapa disisinya. Tiada siapa yang mendodoikannya. Tiada siapa yang memeluknya. Tiada siapa menyapu airmatanya. Bayi itu dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah. Mata hanya mampu memandang penuh sayu. Bertuahnya anas dan anis yang bila menangis ada papa dan mama untuk memujuk mereka.
 Sedihkan??? betul kata kawan saya tu, bertuahlah anak-anak kita yang tido malam dipeluk, menangis di pujuk, kehendak dan kerenah dilayani. Uhuks, sambil saya menaip ini pun laju je air mata mengalir... Wa emosi la.. kalau menyentuh kebajikan anak-anak ni.. sebak semacam je.

Ada sorang kawan saya, dah lama kawen tapi belum ada zuriat lagi, dia meluahkan, kenapa dia yang sukakan kanak-kanak ni Allah duga belum bagi rezeki anak lagi, tetapi ada orang yang bersifat binatang jahat, diberi rezeki ada zuriat, kemudian buang2 zuriat.. Saya teringat kata-kata ini yang dicoretkan oleh sorang kawan masa saya keguguran 4 tahun lepas. Masa tu memang saya down gila, tak tau nak cakap macam mana perasaan sedih tu.

Allah Answers your prayers in 3 ways:-
He says YES and gives it to you
He says NO and gives you better
He says WAIT and gives you the best

Betullah, kalau kita tengok, ada orang mudah je urusan dia. Doa-doanya sentiasa makbul, dan aturan hidup dia, walaupun mana ada manusia sempurna kan?? tetapi kita nampak dengan mata kasar, sempurnalah kan?

Kadang-kadang Allah tak makbulkan doa kita, mungkin ada sebabnya yang kita sendiri tak tau hikmahnya, tetapi setiap apa berlaku memang terkandung hikmahnya, kalau kita tahu hikmah sebalik semua kejadian, nescaya kita sujud syukur kita tak diberi apa yang kita minta. Contoh masa saya keguguran dulu, saya down gile, ye la kandungan dah nak masuk 12 minggu, tetiba keguguran.. sedihnya.. tapi doktor yang merawat saya cakap, "sabarlah, mungkin Allah tahu kandungan ni bermasalah, atau janin tidak elok, jadi dia gugurkan, supaya kalau diizinkan membesar dalam rahim, akan memudaratkan awak, dan mungkin janin ini tidka sempurna fizikal dan akal sekiranya dilahirkan juga, dan ALlah tau, awak tidak kuat hapadinya di masa akan datang, maka yang terbaik, dia ambil semula apa yang diberikan" ya mungkin itu terbaik buat saya, tetapi kita tak tahu kan?? dan Allah gantikan saya dengan yang lebih baik-Alesya.

Dan kadang kala Allah tangguhkan doa kita, kerana dia akan beri yang terbaik untuk kita. Suami yang baik, kesihatan yang baik, rezeki melimpah ruah. baru kerja, dapat naik pangkat. Dapat pegi umrah, haji muda-muda. Allah itu Maha Adil.. kan??

16 Komen:

Amyz! on 11:53 AM said...

Kak, sedihnya tgk gambar tu. Menitis air mata. Ya Allah, mudah2an anak itu sentiasa dlm lindunganMu. :-(

Allah tahu yg terbaik utk kita. Dan semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yg bersyukur.

suriani on 11:58 AM said...

i sendiri sebagai ibu pasti akan tersentuh tiap kali mende2 macam ni i baca.. huhuh..

semoga baby tu cepat sembuh.. dan mintak kita dimasukkan dalam golongan yg diberkati Allah selalu ye.. aminn

http://see-if-i-really-care.blogspot.com/

SYANI on 12:24 PM said...

Sedihnya kalau nengok kanak2 yang takda mak bapak.

Setiap yang berlaku tentu ada hikmah disebaliknya, kerana Allah tidak akan menzalimi makhluknya.

insan kerdil on 12:28 PM said...

jika tidak kerana....Allah S.W.T menyatakan bahawa...dunia ini hanya persinggahan.....dalam kembara ke alam abadi....

entah kan berapa ramai lagi yang akan 'kecundang' sebelum 'berjuang'....dan betapa ramai nya lagi yang akan 'kufur nikmat'.....berbanding yang 'mensyukuri'....

meski tiap ketentuan itu adalah hak milik mutlak Allah S.W.T....namun makhluk bernama manusia....diberikan pilihan...dalam menerima.....suatu hakikat kekurangan serta kelemahan...

kerana Dia tidak akan sesekali memungkiri janji....dan Dia tidak akan sesekali menzalimi......

tiap sesuatu yang 'dipunyai' adalah 'amanah'.....biar ada ketikanya....berbeza 'tatacara' dalam mendepani perjalanan kehidupan....namun tiap sesuatu itu merupakan ujian....yang berputar mengikut apa yang Dia tentukan......

semoga Allah S.W.T melindungi....tiap yang teruji dan diuji....dan merahmati tiap satu daripada mereka dengan kasih sayang-Nya....

ketentuan Allah adalah rahsia Allah...

wallahu'alam...

Zareda Norman on 1:54 PM said...

Jika kita dah usaha, doa dan tawakal.. kalau termakbul.. syukur.. dan kalau tak termakbul punsyukur... perancangan Allah tidak sia sia...

Bawang Merah on 1:57 PM said...

teringin sgt saya pergi memeluk memujuk bayi tu....

*Mami Damia Aisyah* on 1:58 PM said...

akak.. thanks for sharing.. sedih kak.. ni budak tade mak bapak diperlakukan begitu..kesian yang tak berdosa.. huhuhu

*Mami Damia Aisyah* on 2:03 PM said...

lupa nak ckp sy dah share kat facebook artikel akak.. sorry share dulu br minta izin..

erma on 2:39 PM said...

terharu saya baca entry akak kali ni..saya dh nk masuk 4 tahun kahwin baru ni ade rezeki pregnant skang dh 4 bulan Alhamdulillah. pernah gugur lebih 2 tahun lps, ms tu mmg sy down tapi sy kuatkan hati, pujuk diri bg tau ade hikmah disebaliknya. mungkin janin tu tak cukup kuat & sempurna or mungkin sy sendiri tak cukup bersedia dr segi mental & fizikal kalo anak tu dilahirkan tak sempurna.

I am so grateful for everything that I have today. Most of the times, I did not dare to ask more as I feel so undeserving.

Siti Noor Aminah on 3:41 PM said...

sedih tengok gambar baby tu. kesian. *kena cover dari teriak, satgi ada org nampak.

betul kak, apa yang Allah bg kat kita, mesti ada hikmah. apa yg Allah uji, kita kena terima dgn redha.

ros on 3:45 PM said...

Hanya Allah sahaja yang tau bila doa kita tidak dimakbulkan lagi.

Kak Ros pernah down gila lepas disahkan tidak mengandung ,sedangkan ingat dah nak masuk 3 bulan...
Down smpi tak leh tgk baby especially baby girl..
lama betul perasaan tu nak hilang..(infact ni meleleh air mata ni)

Dan rasa mcm marah aja bila tengok org2 yg mudah aja buang anak dan dera anak..

ieda on 4:22 PM said...

misi2 @ doktor2 kat situ tak teringin ke nak tolong pegang baby tu sat....kesian dia.
ingat lg masa kerja kat klang dulu..ada baby girl,anak istimewa.ditinggalkan kat hospital.last2 semua nurse & doktor kat paeds ward sayang dia.masa tu saya HO.kami panggil dia puteri..so cute.dia tinggal kat ward tapi ada nurse yg akan bawa dia jalan2 on & off...dilayan bagai anak sendiri.

tapi sekarang tak tau apa jadi kat dia...dah lama tak ke sana.tahun ni umur dia dah nak cecah 20 tahun kot....(cepatnya masa bergerak).

Yoa Ngadenin on 12:35 AM said...

Hanya mampu mendoakan yang terbaik buatnya. Semoga masih ada yang menyayangi. Hargai apa yang ada selagi ada nyawanya.

estee_8980 on 10:36 AM said...

mood sedih...
aku pn jenis yg x leh kalo bab budak2 ni..cepat je emo..
semoga suatu hari nnti, adik ni akan dpt famili yg baik...ameen...

Puteri Nuur At-Terawis on 4:09 PM said...

kak peanut, sedihnya :( setiap yang bergelar ibu akan tersentuh dengan cerita ni tapi itulah hidup. moga allah memelihara anak kecil ni.

Anonymous said...

sebak tak terkata. sejak menjadi ibu, mmg cepat emosi. syukurlah anak2 kita tak terabai..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino