Friday, January 14, 2011

today is the day... have to go


the day has come!!
to go or not go, i have to go
Go..gooo power rangers...

Remember entry KEJUTAN?

Oklah inilah pengumuman rasmi.. eheheh pegumuman rasmi katanya.
Ok pendedahan ekslusif hari ini ialah....

Today is my last day here, coming Monday, saya bersama-sama warga KL yang lain bersesak dalam kesesakan mencari rezeki di bumi Key Elll... orang key ell saya nanti. Sedeyyy

Saya telah ditukarkan.. ayat disini ditukarkan, bukan saya minta tukar tapi ditukarkan. Reason saya ditukarkan? "tough place need tough people to handle" wahhh statement!! bukan ayat saya, itu adalah ayat Dato' KP yang berkuasa menentukan pertukaran ini. Saya pergi menggantikan sorang senior librarian yang bersara, yang kalau ikut gred, jawatannya adalah tinggi dari gred saya? dan saya diletakkan untuk handle 'tough task' huh!! Yes it's tough. Kalau disini saya handle dan serve diplomat, ammbasador, tan sri, dato seri... bla..bla.. dan sehingga ke officer2 biasa yang bakal jadi diplomat. (erkk sendiri agak la saya keja mana ek..) so ke tempat baru, tetap saya serve VIP dan VVIP.. kelas ko nyahhhhh.. leh selisih bahu ngan YB-YB (erkkk sendiri agak juga ke mana saya kena post)

Agak suspen, sebab mencabar sebenarnya. Tetapi saya anggap itu satu compliment dari Dato' yang percaya saya untuk dihantar ke sana. Dari satu segi, saya agak 'rugi' kerana saya akan meningkatkan kos saya, minyak, tol, malah extra money kena spend for school bus si abang, dari pegi, balik sekolah, pegi balik sekolah agama. Ermmm bukan sedikit kami increase cost. Redha sajalah, ada orang ke hulu ke hilir mencari kerja, saya cuma ditukarkan, bukan dibuang kerja, dan saya ditukarkan for a good reason ayat penyedap hati sendiri sebenarya

Yes, saya anggap a good reason la, sebab peluang untuk menimba pengalaman bekerja ditempat yang ibarat Dato' kata 'tough' place. To handle the VVIP ni, communication skills kena mantop, dan saya pun kena belajar banyak benda. Harap saya boleh harungi. Huh, kalau saya tak buat ayat-ayat penyedap hati sendiri mau saya sedih dan kecewa, tapi sebagai seorang yang optimis, wahhh optimis tuuuu, ok sebagai manusia yang positif, kita kena anggap perkara ini sebagai cabaran dan kalau kita boleh handle maknanya satu kejayaan buat diri kita. Ayat motivasi ye adik-adik.

For the kawan-kawan, kakak-kakak, 'adik-adik' seofis saya sekarang yang baca blog ini, yang entah celah mana depa jumpa pun tak tau, tetiba tau depa menegur dan bagitau baca blog, terima kasih pada korang, walaupun kita tak serapat mana, tetapi saya gembira, bila ada masalah berhubung soal kerja yang melibatkan saya perlukan bantuan 'dalaman' atau istilah kejam sikit, perlukan bantuan kroni-kroni dengan kadar segera, u always there. Trimas!!

Kalau ada yang baca blog ni yang tau ke mana saya nak pegi lepas ni, erkk maksud saya bakal bekerja seofis dengan saya soon, bawak-bawak kita berkenalan ye, kot leh teman-teman pegi lunch ke, breakfast ke. hari jumaat pegi sogo ke, jalan TAR ke,  opsss orang key elll katakan.. hiks.

Sekian dari catatan atas bukit putrajaya, jumpa lagi dari atas bukit dekat Key Ell. standard haku keja atas bukit je, ini namanya pekerja golongan atasan!! sebab asyik keja atas bukit.
5 tahun 2 bulan saya disini.. banyak saya pelajari...

17 Komen:

Nurul on 11:38 AM said...

oh..kena kat bangunan parlimen ker? huhuhuh..anyway, good luck and congrats eh? kelas gitu selisih bahu dgn YB2.

ManjaIxora on 11:38 AM said...

salam kak pnut,

gud luck di tempat baru..
chaiyok, chaiyok.. go go go power rangers.. yeahhh!!

Aini Razali on 11:39 AM said...

kak... hope optimis slalu yer.. camtu lah kan kalo tak nak stress bila pikir masalah. sangka baik je kat kenyataan KP.. ade reason gak walau sekadar menyedapkan hati... tahniah kerana dapat kepercayaan itu.. bukan calang2 org tau...

zeta on 12:01 PM said...

wahhh..better working prospect..
moga semuanya berjalan lancar yea..

tulip on 12:13 PM said...

akak sekarang keje kat kem luar negeri kan? kene tukar kat parlimen kan? hehehe.. selamat keje tempat baru..

Hajjah Noraini @Nanie on 2:13 PM said...

Ada hikmah di sebalik pertukaran itu..InshaAllah

sarahjiha said...

Selamat bertukar... betukar!!!!! power rangers, kirim salam dekat P Penerbitan Kanan II kat ofis baru awak..

Dairi Hati on 2:55 PM said...

selamat kerja kat tempat baru kak.. aduh, boleh bayang semua kos2 yang meningkat. moga sabar.. insyaAllah, pangkat pula meningkat lepas ni. Ameen

Anonymous said...

okes.. nnt kalau saya kena duty kat situ bolehlah calling callling utk minum teh kat kantin... selamat bertugas di tempat baru...

cm

sitinaminah02 on 4:34 PM said...

selamat menjalankan tugas kt tempat baru. ;p

ieda on 6:43 PM said...

selamat bertugas di tempat baru YB Sapinat..hehehe

Angah on 7:14 AM said...

pnut, selamat bertukar angin di bukit baru..semoga dimudahkan segala urusan dan berjumpa dgn kengkawan baru yang best-best...

suesofieyya on 5:06 PM said...

selamat menjalankan tugas kak..banyak jasa akak kat sana pula..tk pun jumpa sue plak kt tmpat baru nanti..hehehe..(verangan jd monteri..hehe)

Zareda Norman on 6:05 PM said...

kalau sampai jadual zar bertugas masa dewan bersidang nanti, bolehlah kita mengeteh di atas bukit parlimen plak ek.. heheh

amnikhassim on 12:23 PM said...

ala kak pnut, org VVIP je yang boleh serve VVIP.. hihi...

gud luck ye...

mirah on 8:29 AM said...

k pnut, selamat berpindah ke tempat baru. Takpe kak, perubahan itu selalaunya bagus. Saya juga baru berpindah jabatan, walaupun masih di bangunan sama, tetap rasa down mula2 tu tapi skrf saya makin menyukainya. Pasti ada himah di sebalik semua yg terjadi.. :)

ayobkelubi on 9:27 AM said...

lepas subuh dah kena jalan dah ni. kekekekeke

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino