Macam entry lepas, aku ada mention about sepupu aku Muhd. Amirul Asraf, iaitu anak kepada Pak Lang aku (adik lelaki mak) akan ke Perancis bagi mewakili Malaysia. So lepas Pak Lang dan Mak Lang aku tiba dari Penaga (Butterworth) barulah tau ceritanya... Rupanya budak Amirul akan mewakili Malaysia untuk DANONE NATION CUP (DNC) then aku pun carilah info pasal DNC ni, and jelesnya...nanti bebudak ni dapat jumpa Zidane. Dan ada jugak info dalam BM mengenai DNC Malaysia. Amirul ni, pencapaian akademik dia mmg dalam kategori lemah, tetapi aku cakap kat Pak Lang, bagi je sokongan atas apa dia suka buat, iaitu main bola. Dan alang-alang dia berpotensi, kita bagi galakan. Adalah satu impian pada semua kanak-kanak seusia diaorg berangan nak main di arena antarabangsa.
Ini kali kedua Malaysia hantar team, tahun lepas kita dapat no.29 dari 40, harap tahun ni lebih cemerlang, tahun lepas diaorg just training di Malaysia saja, then sampai sana terus main di sana, tahun ni diaorg dapat peluang pergi awal, hari ni diaorg mendarat di Zurich, beberapa hari training di sini, then ke Yugoslavia, then ke France, balik mungkin singgah London wahhh bestnya... jeles betoi..hehehe, balik dari France, dua tiga hari lepas tu khabar ke Jakarta pulak, ada game lagi. Tak tau le macam mana pembelajaran budak-budak suka begini, aku tak pasti, sistem pembelajaran diaorg camner.
Amirul memang anak kampung betul, dilahirkan dan dibesarkan di perkampungan Nelayan, Pak Lang aku buat kerja kampung saja, dan Amirul mula meyepak bola di bendang yang kering di kampung, dan tak pakai kasut. Dan sebagai anak orang kampung sejati, dia memang sangat lasak dan nakal. Dan hari ini kenakalan dan latihan dia bermain di bendang kering berbaloi. Akhirnya dia terbang ke Perancis semalam untuk menyarung jersi Malaysia untuk DNC memakili Malaysia bawah 12 tahun. Tahniah Amirul.. Kak Long bangga dengan hang!! Cuma kami dok usik, sebab dia ni jenis kecil je badan dia, kami usik "sekali anak Mat Saleh lari tepi hang pa pun boleh bergoyang, hang pa kecik-kecik.." heheh dia sengih saja.
Dan Pak Lang aku tutup kedai kopi dari Hari Sabtu hari tu turun KL untuk beri sokongan pada anak dia. Aku terharu, sebab Pak Lang aku ni orang susah, untuk prepare tambang ke KL, naik bas pun dirasakan satu jumlah yang besar. Dan aku gembira sebab dapat gembirakan Pak Lang aku sefamili. Hari Ahad petang, kami ke Sekolah Sukan Bukit Jalil. Di sana kami berjumpa lagi budak-budak satu team dengan dia, yang rata-rata adalah anak-anak orang kampung yang pertama kali nak naik kapal terbang, dan diaorg sangatlah excited.Dan kesian jugak, ada antara mereka ni mak bapak betul-betul susah, jadi tak ramai yang mak bapak turun dan bagi sokongan. Masa di Airport pun ada rasa ada lebih kurang 5 keluarga saja yang turun dari kampung masing-masing hantar pemergian anak-anak mereka. Aku pulak rasa sedih bila kenang camtu. Tapi bebudak ni punyalah excited dan tak reti duduk diam, berlari ke sana, berjalan ke sini, budak 12 lah katakan..tengok la gambar-gambar di bawah ni semua tak lawa sebab susah nak dapat gambar diaorg rileks-rileks...asyik ada je aksi mereka.
pic.1 Amirul sepupu aku dalam pic first dua dari kiri, (paling kecil je, tapi licik,
0 Komen:
Post a Comment