Monday, September 27, 2010

tak abeh lagi kisah raya ke?


Misi Mencari Daun Palas : Berjaya

Minggu lepaskan mencanang nak cari daun palas kan? so sebok la saya ber FB dan sms tanya kek mano ada jual?? sebab dah tau, lepas raya susah sikit nak cari daun palas, kalau sebelum raya, memang ada dijual, hatta di pasar malam sekali pun.

Pegi pasar borong sri kembangan, awal pagi, erkk tak le awal beno, pukul 8.30 dah pon.. manusia ramainya.. masa ni la orang-orang tak pernah sampai pasar borong pun sampai, ada satu perempuan ni nak beli bunga kantan, dia tanya berapa satu, kata org tu RM1.50 satu, dia kata mahainya.. haha saya syak dia setahun sekali beli bunga kantan dan buat laksa. tu le reganya sejak sebelum puasa lagi, mahal, saya beli banyak kali tu le reganya. Kalau beli buat laksa tu, saya cilok-cilok sikit hiris buat kerabu, dapat dua menu kan?? ehehe

OK dapat juga akhirnya, itu pun sorang je jual. Sebesar-besar pasar borong tu, brader ni sorang je jual daun palas, itu pun saya orang terakhir beli, saya bodek minta beli semua dengan harga RM3, sebab dia minta RM4, saya kata, ni semua saki baki, saya nanti dapat berapa biji je ni? daun ni pendek2 tak leh nak gulung/lipat nanti. last brader tu kata oklah.. hehehe betul ape, daunnya banyak yang pendek, dan susah nak buat ketupat.

Mula-mula kena bukak, bagi lembut daun ni, siap kelongsong banyak2

ni je la gambo yang tukang amek gambo, si abang tu ambil, lepas tu dia pun entah ke mana.. so tader la gambo, ingat nak suruh dia amek step by step.. tapi ampeh...

dah siap!!!!!



Sebenarnya saja buat ketupat palas, sebab nak jamu anak-anak sedara datang beraya ke rumah semalam (ahad), jadi buat lebih sikit, then masakkan rendang ayam 2 ekor, lontong, sambal sotong, kuah kacang dan nasi impit. Kebetulan ada sedara belah hubby datang beraya, dan ada pulak kawan yang sms kata nak datang ke rumah. So alang-alang dah hitung-hitung ada dalam 15 org gak yang nak mai, so masak lebih sikit la.. then saya call jiran-jiran yang rapat ajak mai beraya ke rumah.

tak der jemput sesapa yang lain, kecuali 3-4 orang rakan yang betul orang kata best friend la, sape yang dpt sms kita ajak mai rumah semalam tu, sila ambil maklum anda insan dihati saya, u know who u are.. Sori tidak mengajak ramai-ramai, sebab tahun ni memang tak larat nak beropen house, sebab kami kalau nak buat open house, memang macam kenduri, sure ramai kawan-kawan diajak, mau list sampai 100 org juga, jadi budget kena beso..eheheh

So semalam, just masak sikit, then dah alang-alang ada tetamu nak datang, saya ajak jiran-jiran terdekat sekali, ye la, time raya la nak berkumpul pun, erkk dalam pada kata tak jemput sesapa pun, ada la dalam 30 org juga mai. Tetamu datang bawa rejeki.. Aminnn.

Siapa nak datang ke rumah, sms je, Isnya-Allah kalau kami ada kat rumah, sile la datang, kami gembira menerima tetamu. Jangan malu-malu... Saya ni agak sentimental, bagi saya budaya open house ni baik sebenarnya, tak kisah le kecil ke besar ke... yang penting, anak-anak kita nampak dan diasuh dari kecil, meraikan dan menjamu tetamu. Ini something yang kita sebagai ibu bapa kena buat, supaya anak-anak kita tau, bila musim raya, ada amalam ziarah menziarahi, berkumpul adik beradik, kawan-kawan. Dan tetamu-tetamu akan berkunjung ke rumah kita, dan merapatkan silaturahim.

Kalau kita ada budget besar, kita boleh ajak ramai kawan-kawan, kalau kita tak cukup budget, kita buat alam kadar, menu yang simple pun memadai. Sebab bagi saya, kalau saya dijemput ke rumah rakan, saya hargai jemputan tu, tak bersungut bab menu, yang penting tuan rumah ikhlas mengajak kita, dan kesungguhan dia menjamu kita walau apa menu dia. Kalau kat kampung-kampung yang dari keluarga pendapatan rendah, kadang-kadang saya beleh nampak menu dijamu pada tetamu yang berkunjung ke rumah mereka pada hari ke3-4 simple je, mihun goreng, mee goreng, keow keow bihun sup.. tetapi tetamu diraikan meriah.

Saya kira orang kita ni kekadang kalau tak der bajet, segan nak open house, malu menu tak sama orang.. aduhh jangan fikirkan begitu.. saya rasa itu perasaan kita je kot, orang yang datang bertandang tak kesah pun. Saya pernah pegi open house, antara menu dia jamu ialah, nasi putih, sup kaki ayam, sambal belacan dan ulam, dan ikan masin.. tapi tetamu makan puas.

Masa kami pindah rumah baru ni, (tahun 2007) memang tak der buat open house lagi kami pindah seminggu selepas raya, so rumah belum abeh berkemas, pastu plan nak house warming konon, tapi saya pregnant pulak, 2008, anak kecil, Alesya baru beberapa bulan, tak sesuai open house sebab condition dia baby prem, yang tak boleh terdedah kepada risiko jangkitan. 2009, memang tak buat open house, sebab dalam perancangan nak buat kenduri terus, nak buat KENDURI akikah Alesya dan doa selamat,nak khatankan si abang.

11 Komen:

Anonymous said...

Jika tahun depan kami beraya di KL lagi, insyaallah nak wat openhouse di Cheras...azam ni..tak pernah wat OH..huhuhuhu..seronok agaknya kan Kak Pnut...

(teringat pernah sekali ke rumah akak..kalau suruh gi lagi sumpah tak tahu jalan..huhuhuh..silalah wat masak2 lagi weekend ni, saya balik KL weekend ni)

Anonymous said...

hai cik pinat,
citer raya x kan abes selagi belum smpai 29 syawal..haha! sbb dis week ade open house besar2an di kg saya..meh le join..hehe

pssst, pasal cupcake tu MDT kensel, sbb aritu i lmbt cek email..huhu!

Zareda Norman on 12:25 PM said...

zar ni jangankan open house, nak pi open house pun tak sempat lagi.. jemputan memang sana sini tapi tak sempat jugak nak pi..

sedih tak sempat nak rasa open house tahun ni..

sitinaminah02 on 12:27 PM said...

aiii..gebunya jari jemari orang yang tengah dok balut ketupat palas tu. keh3x.

balik ritu, mak menakan buat open house, dapat lah makan ketupat palas. nyam3x

Angah on 3:25 PM said...

angah belajar buat ketupat daun palas ngan mak mertua..tapi bahan, caa buat dan bungkus stail kelantan la..lain sket.

Open house thn ni x buat. 20/11 nanti nak buat kenduri akikah baby dlm perot ni sekali ngan kenduri naik rumah/tahlil/open house..haaa sekali harung senang kan hehe..jemput datang kak..jalan2 coti2 malaysia kekdahnya..

heart by heart.... on 4:13 PM said...

wencooooooooo...........hurm, tak puas hati nie, nak blajO lagik buat ketupat palas... hari tue tak jadi..aizat asyik perli je..huh! maluuuuuu....... :(

sedaapppp lOntong + sambal sotong hari tue..mabeles!

Pnut on 7:39 AM said...

Mush-kalo beropen house jangan lupe ajak kami mengabehkan makanan..

MDT-ellehh jemput ke opon house kampung dia, tapi tak kasi alamat kat mana?? berani kasi la...hahaha

Zar-masih sakit lagi ke Zar?

GC-jari jemari orang balut ketupat tu gebu sebab terlebih baking powder..

Angah-bagitau awal-awal datenya, kalau kena datenya leh kami pegi, sebab dalam perancangan nak berjalan cuti-cuti ke Taman Negara... mana tau kena timing leh singgah Kuantan..

Tasha-taper..nanti kita buat session khas..ehehe

Angah on 10:35 AM said...

20/11 kak..

1na on 12:04 PM said...

Kak pnut,

anak saya 3 mangkuk makan lontong akak. "Mak, Chedap la" Faiz cakap.

Sedap la kanji tu, lama tak makan.

Langkah kanan kami sekeluarga.

Terima kasih. =D

p/s : Hari tu terlupa nak bg dua raya kat budak2. Memang dah ada dlm keta. Ingat nak singgah sat htr buku jer. Nanti saya pos la ye hehehehe.

ieda on 8:17 PM said...

lawa ketupat...tahun depan balik mai kedah awai sikit...nak tempah..bulehhh???

Anonymous said...

Masih boleh dapat daun palas kat pasar Sri Kembangan?

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino