Tuesday, December 22, 2009

Kenduri Akikah dan Berkhatan 19 Disember 2009


Alhamdulillah..selesai sudah dua amanah yang kami kedua ibu bapa Mior Adha Najmi dan Nur Alesya Qhaisara tunaikan. Majlis Akikah Baby Q, dan kenduri doa selamat khatankan si abang. Alhamdulillah, si abang pun selamat dikhatankan.. Cerita and pic soon.

Daging akikah ialah satu bahagian lembu yang kami pilih, bukan kambing. Daging ditempah dari Kijang Kota Trading berurus niaga amat mudah. Isi form di internet, then sms, dan mereka akan book, cukup kuota, mereka akan inform kita..mudah beb.. tempah lembu dan kambing pun online sajork.. jadi..kiranya kalian duk obersi pun, berhajat nak akikah, boleh order online jek.. di Kijang Kota ni, mereka juga terima akikah untuk diwakafkan kepada madrasah (tahfiz) dan juga untuk rumah anak yatim. Mereka juga ada panel katering mereka sendiri, so kiranya nak sempurnakan akikah anak, tapi malas nak buat kenduri, boleh saja, tempah kambing/lembu dari mereka, dan mintak mereka uruskan urusan memasak, dan dihantar ke rumah anak yatim. setel, sediakan ongkosnya aja.

ok layan gambo sajork la...acik maleh menaip

Hari Khamis, kami ke ladang ternakan, melihat daging akikah yang dikorbankan..


Selamat dilapah

rezeki kami, ada hamba Allah ni masuk dua bahagian, tetapi tidak mahu bahagiannya, sebaliknya di sedekahkan ke madrasah, jadi tuan haji ni potong daging sahaja dihantar ke madrasah, tetapi tulang-tulang semua seekor lembut itu, dibahagi dua, jadi kami dapat separuh dari tulang-tulang itu dari sekor lembu..banyak gila!!! 30 kilo semuanya, dan daging, 18kilo, rezeki, sepatutnya daging kami layak dapat 10kg seorang, tetapi itulah baby Q ni memang murah rezeki dia..ALhamdulillah.

Kami tempah makanan dari Toyibbah katering. Alhamdulillah juga, memang sedap, dan tidak berkira tokei dia ni.. berlebih-lebih makanan yang diberi. Kami tempah cuma untuk 250orang makan, tetapi kalau ikutkan jumlah tetamu kami adalah dalam 400 orang, tapi syukurlah memang lebih lauknya,malah tetamu-tetamu terakhir dapat bawa pulang lauk lagi.

Chef tukang masak ni ialah Chef Hotel, dia and kawan-kawan dia memang chef di hotel 5 stars ouls.. jadi makanan dia memang mabeles la..
tengok setting meha hidangan tu pun, very the lawa..

Malam sebelum kenduri, saudara mara terdekat datang ke rumah, buat makan-makan kecil-kecil di rumah. seronok berkumpul.



Keterangan gambar
no. 1,2- kami gotong royong memasak daging masak putih, dan kerabu taugeh. Pak Ngah dari Penang masakkan, sedap giler beb..

no. 3-tangan pak ngah terseliuh kerana angkat periuk beso masak sup dan tulang, badan tak balance, terpeleot sikit..

n0.4,5,6-Macam saya katakan tadi, murah rezeki Alesya, ada hamba Allah kawan hubby dapat projek jota-jota, dia sudi belanja kami kambing panggang ni sekor..sold out kejap je..ramai peminat kambing golek rupanya.


Majlis akan bermula.. tahlil dan doa selamat dulu..


Majlis bermula..tetamu sudah mula datang, family pun ramai datang


tetamu yang ada..


Menu kami, nasi putih, ayam masak merah, masak lemak nenas dengan ikan masin, kerabu taugeh dan daging masak putih (kurma penang style-rempah khas dari penang), tambahan ada bihun sup (sup tulang), kuih limas (cam tepung pelita), apam, kuih lapis, kuih seri muka, bengkang, rezeki...ada yang sponsor. terima kasih lagik.


family and rakan-rakan


tetamu lagi...



Pak Cik Sabri dan CIk Yam yang banyak berjasa pada kami semasa kami tinggal di Cheras Perdana, umpama family dah


Alhamdulillah selesai semuanya..syukur hujan cuma gerimis..tidak lebat.. jadi redup dan mendung sepanjang hari..syukur.. makanan pun lebih dari cukup, malah sedikit lebih, jadi rezeki tetamu-tetamu terakhir, dapat bawa pulang lauk, yang tinggal cuma untuk makan family je.

Ye agak meriah kenduri kami, kata sepupu saya,kalau tau nak buat kenduri besaq, boleh dia tumpang menikah..ehehehe..

kata Auntie Yan ni kenduri akikah ke kenduri menikah?? ehehehe

tertunai sudah hasrat kami, nak kenduri dengan meriah di rumah baru. Sebelum ni buat kenduri kecil-kecil je, kali ni memang buat besar sikit, biar tetamu puas makan, dan kami pun puas hati.

terima kasih kawan-kawan sudi hadir..teman-teman blogger, KLMARI, Lyna (MSK), Mirah, Auntie Yan, kak Ina KL, Zar, Rosh, Rauf, ermm ada ke yang tertinggal... semua-semualah yang sudi hadir.. pada yang tidak dapat hadir dan sms tidak dapat hadir, saya hargai..

kalau ada kekurangan, maaf dipinta dari kami... Insya-Allah, lain kali kenduri lagi..
Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino