Nak citer pasai anak dara kecik ni...
Adoiii saper kata anak pompuan lebih senang jaga dari anak lelaki??
acik menafikan. eheheh
Antara si adik dan si abang, adik ni perwatakannya lebih berani, walau sensitif, manja leweh-leweh.. feminin dan ala-ala girly sikit, tetapi dia berani semacam, dan tak berapa nak serik.
Ni inilah budaknya..
Adoiii saper kata anak pompuan lebih senang jaga dari anak lelaki??
acik menafikan. eheheh
Antara si adik dan si abang, adik ni perwatakannya lebih berani, walau sensitif, manja leweh-leweh.. feminin dan ala-ala girly sikit, tetapi dia berani semacam, dan tak berapa nak serik.
Ni inilah budaknya..
Ni aksi minggu lepas, semasa saya dan the bibiks (my bibik dan my mertua punya bibik) sebok kat dapur, dia buat aksi semi-akrobatik neh. Lihatlah, betapa kreatifnya dia, masuk celah kerusi tu, pastu terkial-kial kami nak mengeluarkan dia. holaaa
nak tarik kaki, dia keraskan kaki, nak angkat terus, dia keraskan kaki tak boleh nak angkat terus.. saboo je la.. last-last berjaya juga keluar.
Semalam bibik cerita, bibik tengah cuci pinggan kat dapo buat kek, adik ni kat dapur tempat masak (rumah saya ada dua dapur, satu tempat masak-masak, satu khas untuk buat kek je) so dua dapur ni terpisah, dapor kek ni terpisah, dengan dinding dan tak nampak la apa aksi dia. Tetiba bibik dengar adik menangis... pastu belum sempat bibik tengok, dia dah jalan sambil nangis ke dapur.. wahhhh rupanya dia masukkan kepala dia kat celah kerusi tu.
Hahaha cuba bayangkan, bibik panik, dalam masa yang sama nak gelak sebab dia berjalan dengan kerusi kat kepala, sondol-sondol kerusi tu.. hiks.. bibik tak terfikir nak guna allankey (betul kan ejaan dia??) anak-anak buahku..betul kan?? allankey, bukan align key? eh
Si adik??
huiii panjat meja makan?? sudah..
Panjat meja belajar si abang ? sudah..
Panjat meja makan rumah mak tok?? sudah...
Mandi air sarsi sudah..
grill rumah terbuka, dia berjalan sampai ke rumah jiran selang satu pintu?? sudah.. (3 kali beb..3 kali.. )
Kalau masuk bilik, gelap-gelap, kemudian kita tutup pintu kurung dia..selamba je, dia tak takut langsung, berani duk dalam gelap sorang-sorang. (nak kena salurkan keberanian dia ke tempat yang betul ni)si abang dulu kalau buat camtu, meraung-raung dia.
Kalau bilik mandi terbuka, dia dah siap bersiram, cuci kain, berus lantai dah.. si abang dulu tak berani, takut jatuh la.. licin la..
Kalau dia jatuh, nangis tak sampai 2 menet, dah diam siap gelak-gelak lagik.
ape lagi?? banyak lagi, tapi emak dia banyak makan pulut, kelupaan pulak.
Adakah Benar teori budak minum Enfagrow ni super duper berani? aktif, mulut becok, dan tak reti diam, dan sentiasa bertenaga?? Mungkin juga, sebab campuran susu itu sendiri ada kismis, kurma, semua tu bekalkan tenaga, dan si adik ni sendiri pun memang la gemo makan kurma dan kismis, favourite dia.. adakah kismis dan kurma tu menyumbang kepada keaktifan dia? Ontah le...
Tapi adik dah tak minum Enfagrow, dah bertukar ke Mamil Gold, still la kata paknya nak tukar susu murah, tapi acik rasa mahal juga susu baru si adik ni. Ateeerrr paknya tak la sampai hati kalo time nak tukar susu murah sikit, balik-balik, bior le dulu, sian adik.. nanti-nanti la kita tukar.. Anak manja babah le katakan. Errmmm tak pe la.. bukan saya bayo, kalau saya tukang beli susu, kompem saya beli Dugro je.. berbaloi-baloi... 80-85 henget setin Mamil Gold tu boleh beli berapa pek 1kg Dugro dah?? jimat, leh beli barang hiasan rumah mama belen-belen tu.. opssss... tersebut pulak...
Eh itu hari Ika dan emak Iqbal, si Daun datang beraya ke rumah, sempat Ika buat DRAMA SWASTA INI ahhaah lucu la Ika..terkekek akak ketawa weiiii...
8 Komen:
tak padan kecit..
urut dada tahan sabar aje la maknya. hahaha.
takpe. dia aktif, otak dia jalan. nanti besar jadi bijak, kreatif dan think out of box.
:-)
selalunya gitulah kalau dua beradik boy n gil. yg gil memang agresif lebih.. tak pe sabo aje 10-15 tahun lagi.. dah jadi anak dara taulah dia contorl ayu tu nanti.. hehehheh
haha.comel je masuk celah kerusi tu. kan dah susah nak keluaq!buas tak hengat.hehe
ps: daun palas boleh semai ka? besa dok ambik dalam kebun ja, tak tau plak boleh semai. haha.
akak telah pun menulis peel anak dara angah si Adneen tu.. sebijik perangai..benda apa dia tak try lagi ek...kepala lekat celah penghadang tangga pun ada.
Susu sangat mahal..pediasure pun dah naik sampai 66 hengget kat kebanyakan tempat. kat carrefour dapat 64 hengget.
Amyz-Aminnn Insya-ALlah kalau otak dia makin lama makin kreatif, jangan dia buat yang pelik-pelik sudehhh
Zar-lama ooo nak tggu 10-15 tahun lagi weiiii eheheh sabaqqq noooo
GC-boleh la.. amek hat anak-anak pokok baghu naik tunas tu, korek dan semai.. kami dah pernah suruh kawan adik kami buat, dia semai 3 pokok, kami bawa mai kl tanam, satu ja hidup, dua lagi mati.. nak buat ketupat apa kalau ada satu pokok ja...
Angah-semua susu pun naik harga..ermmm nak tukaq susu murah la tp tatau bila, pak dia asek tak sampai hati..
rasanya ada betul teori tu... sbb si tayen, aisyah pun minum ayaq susu yang sama. Penat nak layan...hahahah
pnut..nabila minum dumex ja dari baby lg tp lasaknya macam tu jugak.la ni dah tinggi lg risau sb boleh buka pagar sendiri.sib baik mulut becok..boleh tau dia ada kat mana.
pasal kerusi tu...teringat dulu anak cina kat merbok..tersepit kat celah kaki meja lipat...berjam2 juga usaha nak kluarkan.baru2 ni ada kat paper budak mati tersepit kat kaki meja lipat juga....risau.
tambah...DRAMA SWASTA tu best....sapa tak tengok lagi sila terjah...
Post a Comment