Tuesday, September 28, 2010

Kerenah Maid


Saya dok baca kat satu forum emak-emak ni, depa dok bincang pasai maid, majoriti memang sesak jiwa dengan peel maid yang kalau dapat jenis yang tak sedar diri ni. Saya kalau kenangkan apa yang berlaku dalam family kami dengan kerenah our maid dulu, memang terkilan sangat, sebab kami berlaku baik sangat ngan dia dulu, tapi tu le, dasar tak sedar diri, saya serik betul. Betul pesanan orang-orang yang berpengalaman, baik cemana pun bibik ni, kita kena tanam rasa was-was, syak wasangka kat dia, jangan percaya.

Cemana nak cerita ek.. sebenarnya ramai bertanya saya, kenapa kami terminate maid lama, dan hantar dia pulang, tetiba je. Actually berbulan juga kami 'perangkap' dia, dan akhirnya tak leh tahan la.. kami hantar balik juga. Sayang betul, dia bermula dengan baik.. Masa mula kerja memang dia ok, kerja bagus, kemudian dia minta belikan HP, saya pun ok, sebab dia ada anak kan, so mesti nak call anak dia. Kami pun belikan (tapi duit gaji dia la), bermula la episod berHP dia.

Tetiba tup entah dari mana, katanya dia ada anak sedara, kat Puchong (pernah story kat blog dulu cemana kesahnya kami yang baik hati, pegi hantar dia 'bercuti' kat Puchong, pegi ambik lagi) anak sedara katanya, tapi saya was-was je masa tu, sebab dia sekali menalipon 'anak sedara' dia sampai berjam-jam.. pernah kami saya dan pakcik gebu keluar pegi shopping, kami balik dia tak abeh lagi bercakap telefon. Banyak kali kantoi ni.

Bila bermula episod telefon menalipon, makanya gajinya tu abeh ke top up je, kalau bibik lain top up 30 ringgit tahan sebulan, bibik kami sehari 30 ringgit occay?? Maka bila perkara itu berlaku, maka berlaku juga adegan bila duit-duit kami pulak selalu hilang, tetapi tidak kami sedari, ye la kita kekadang bila time gaji tu, tekan duit katakan 800, pastu balik singgah mydin ke, beli nugget, beli itu ini gedebuk, gedebak, bayo, duit masuk wallet balik, idak le kita mengira berapa keping duti sepuluh ringgit, berapa keping duit 50 yang tinggal. Sumpah saya tak pernah sedar duit kami hilang.

Sehingga sampai masa, Allah nak tunjuk satu persatu perbuatan dia ni. Masa kami kenduri akikah itu hari, wife cousin saya kehilang RM150, saya mula ragu-ragu. ermm tak pasal kami gantikan duit orang. Seminggu kemudian emak saya nak balik Kedah setelah duduk seminggu jaga si abang dalam 'pantang' berkhatan. time mak tok nak balik dia cari duit dia simpan bawah tilam hilang RM300. Tapi kami diamkan je, nak tengok peel dia, kemudian kami pasang perangkap. Satu malam kami gumpalkan duit RM100 konon2 tercicir kat dalam bilik si abang, tepi tong sampah, kemudian kami dan anak-anak buah hubby keluar minum-minum, balik tengok duit tu tak der..ni tahap mendidih sangat.

Cool lagi, kami biar dulu nak tengok cemana, saya cadang esok tu nak tengok dia cemana. tapi pakcik gebu tak tahan, tanya dia, baru dia pura-pura teringat, dan katanya dia ambil dan simpan.. ambil dan simpan dalam almari dalam bilik dia??? boleh??? kot ya pun jumpa, apesal simpan dalam lemari dalam bilik dia? sedangkan duit dari bilik si abang?? Dah pakcik gebu tanya le semua kes-kes kehilangan duit sebelum ini. Tanya dia sumpah lillah demi Allah dia tak ambil. Esoknya siap sampai kat semua bibik jiran kami menuduh dia mencuri duit, dua hari menangis bengkak mata. Sinetron sangat.

Ingatkan abeh kat situ. Tak lama lepas tu, tunang anak buah saya datang rumah, Tasha ni belajar kat UKM, masa saya keluar ngan Tasha, dia cerita duit dia hilang RM50.. )(*)(&_)(&_(^* sangat saya rasa masa tu. Saya males tanya sebab confirmlah dia je ada kat umah masa tu, dia cilok masa saya ngan Tasha sebok buat cupcakes pagi tu, kemudian dari tu, saya ngan pakcik gebu perangkap lagi. Sejak hari tu, setiap kali saya keluar duit, atau berbelanja, saya akan kira setiap keping duit yang tinggal. Berapa note RM50, berapa RM10 dan lain-lain. Hasilnya 'lumayan' beb.

Kiranya dah berapa lama dia buat kerja ni saya tak tau, sebab selama ni saya memang perasan tetiba cam luak je duit dalam wallet, tapi saya tuduh diri sendiri cuai, mungkin salah kira, dah beli barang tapi terlupa gitulah. Tapi setelah saya tulis dan kira, baru rasa sakit hati sangat.. selama ini duit berkurang tu ada 'toyol' mengambilnya. Pernah saya kira dalam wallet ada 6 keping duit RM50, dan 4 keping duit Rm10, saya kira balik tak lama.. lepas sejam dua je ponnn memang RM50 hilang sekeping, dan RM10 hilang sekeping. Dua kali saya perangkap, dua kali aku terbang RM50. So enough, confirm la kami memang nak hantar dia balik.

Dalam pada tu, ada satu hari tu saat2 dekat nak hantar dia balik (dia tak tau, masa ni kami dah berurusan dengan agen untuk terus ambil maid dari agen je) ok dah masa-masa kecederaan itu pun sempat lagi dia cilok RM50, dalam masa tak sampai 5 menet ok?? cepat kan?? boleh masuk kerja unit tindakan cepat ni.

Maka terjawab la segala persoalan kami, dari mana duit dia dok top tup tak putus-putus. Sampai bibik best friend dia, bibik kak Zah pun tertanya-tanya banyak duit dia, tapi dia bijakkk dia kata lukman bagi, along bagi.. (anak-anak sedara hubby) cissss pastu dia kata saya saje je bagi dia duit kira cam bonus la.. kekadang katanya hubby saya bagi.. wahhh kalau orang dengar cam baiknya majikan dia manjang bagi duit bonus. BODO!! hah kan dah.. Lagi satu terbongkar juga, kesah 'anak sedara' dia, tu pacarnya, rupanya, ni bibik lain kat area sini yang cakap kat bibik baru kami. Sengal..

Pastu bab 'benda-benda' pelik yang dia buat tu tok sah kata la.. memacam teknik perubatan dia tau, makan tu telan ni, ayat tu ayat ni. berubat cara tu berubat cara ni. Mak pernah curi-curi geledah beg dia jumpa 'tangkal' azimat seketui. Rumah kami tu kiranya port 'dukun' berubat. Asal ada bibik lain sakit, lenguh badan, ke rumah kami le time kami kerja berobat. Obatnya guna daun itu, daun ini, pakai emas, rendam air, minum dll. Dia rajin cerita dengan mak saya le, dia boleh berobat orang kena buatan orang, dia boleh 'buat naik seri' muka orang la.. buat tu buat ni..seram aku nak nulih pon. Ni ada jiran yang tak kerja bagitau, bila tanya dia tobat lillah dia tak buat, ada sekali saje je saya nak kantoikan dia, saya balik mengejut, mencicit jua bertempiaran the bibiks group ni, dah kantoi pun tak ngaku gak katanya si anu, si polan datang nak mintak tolong dia obatkan sakit kepala la.. sakit kaki la... baru je datangnya.. cisss.

Oklah tamat lah kesah 'toyol' tu kan..

Peel lain usah cerita la..pukul 9 malam masuk beradu dah beb.. dulu saya kesian... tak kejutkan dia pon, pastu bila saya sedar saya cam lembut hati saya, saya pun rajin2 lebih baca Yassin, basa ayat kursi, ayat-ayat pendinding, lama-lama saya memang boleh marah dia. Ok ko masuk tido pukul 9 malam, kang pukul 10 aku tetap kejutkan ko. Bila dikejutkan muka muncunggggg je. siap tarik muka. Pastu saya pun mula sedar selama ni memang tak pernah marah dia, walau benda yang saya nakkk sangat marah kat dia. Lama-lama saya boleh marah dia, bila saya tegur, walau elok-elok atau bergurau dia boleh sentap dan menangis sampai bengkak mata, sekali dua saya ok, lama-lama saya sound la tak suka sikit-sikit menangis, benda kalau salah saya tego elok-elok jangan nak menangis2.

itu sebahagian.. banyak lagi kesah depa ni..hehehe

My bibik dengan bibik kak Zah sebelah rumah memang best friend. Dan saya dengan kak Zah ni memang le macam adik beradik, tak berkira apa segi pun. Cuma kekadang mereka suka buat sesuatu tanpa pengetahuan kami majikan. Contoh..katakan rumah saya kehabisan gula, dengan selamba bibik saya akan pegi rumah sebelah pinjam sepeket gula. Pastu tak cakap, bila kemudian saya beli la 2 paket gula, tetiba saya tengok satu paket dah tak der, bila ditanya baru dia cakap, diganti ke sebelah, itu hari bibik pinjam. BOleh???? sakit otak ok?? malu ngan jiran satu, macam le gula sepeket tak leh beli.. kalau pagi dia ambil, tghari atau ptg dia bgtau, sure saya leh baitau kak zah, tadi bibik pinjam gula, and i know kak zah tak kesah, tapi sikap depa yang memandai ni buat saya geram betul.

Sama je peel depa, saya kan selalu ada je stok tepung baker's choice tu kat umah kan?? jarang rumah saya tak der sepeket tepung, sure ada punya. Ada satu hari, saya nak buat cucur, tepung dah bukak tak cukup, saya minta bibik tepung belum bukak, katanya abeh, saya moskil, saya tanya bebetul, kemudian dengan muka pura-pura hilang ingatan dia cakap, dia lupa 2 hari lepas dipinjam bibik sebelah. ahhaha kak zah pun tak tau bibik dia amek tepung sepeket, sama cam saya kekadang tak tau gula kami rupanya dari rumah sebelah. tang tepung memang boleh kantoi sebab saya cuma pakai baker's choice je, so tetiba kat rumah saya ada tepung cap sauh ke, cap kunci ke?? very the sesuatu kan?? hahahah

Kak Zah, dan Raja, ingat tak lagi kes tong gas kita tu?? ahhaha nih paling best, haku ingat sampai bebila, nak marah ada, nak gelak pun ada. Satu pagi, kat opis saya ada buat makan-makan, so kami port luck, saya bawa ikan masin, sambal belacan dan ulam-ulam. So pepagi bibik pun gorenglah ikan masin, tetiba tengah goreng, pukul 6pagi ni, dia cakap gas abeh. Saya pun suruh la dia ganti gas baru (rumah kami memang standby tong gas gantian) tetiba bibik diam, dengan serba salah dia cakap, tong gas baru dipinjam bibik sebelah pukul 5.30 pagi tadi. What???? wahhh cube kabooo haruskah daku tersenyum riang di pagi hari subuh sepeeiii tu?? nehi la kan?? roh dan jin jahat mari la..

Saya tanya bibik saya, Puan sebelah tau tak bibiknya ambil gas kita? katanya tau..tau.. saya tak percaya, sebab kalau Raja tau, sure dia akan sms bagitau pinjam dulu, kami pun dah biasa pinjam meminjam, tapi kami biasanya akan roger dulu. Tapi saya pun sebok masa tu, saya tak tanya apa-apa kat jiran dulu, bibik sengalku ini, rasa bersalah dan nak pegi angkut tong gas tu balik ke rumah kami. Abeh tu bibik sebelah tak masak sarapan kat majikan dia?? so saya suruh dia angkut ikan-ikan masin tu ke rumah sebelah dan minta bibik dia tolong gorengkan, sebab bibik saya kena tengokkan Alesya yang dah terjaga masa tu. Saya nak solat subuh, mandi bagai.

So dah sampai opis saya sms jiran saya say thanks tumpang goreng ikan, and cerita pasal gas tu, rupanya iye pon jiran tu tak tau apa.. ni semua depa punya pandai-pandai je.. Hahaha Raja, awak baca ni mesti sengih-sengih, eheheh lucu kisah bibik kami ni tau. Kekadang tu, tetiba ada pulak sambal belacan tomato kat rumah saya, saya tanya bibik mana datang tomato? katanya minta sama bibik sebelah?? adoiii sabo je daku.. tu yang kita tau, yang kita tak tau entahlah.. Itu sebab saya ngan jiran saya awal-awal dah saling kita halal menghalalkan apa-apa yang depa ni buat tanpa pengetahuan kita. Kekadang tu bila saya beli sabun cuci kan, dia siap senduk secawan katakan, pegi hantar ke rumah sebelah, baru dia cakap, itu hari sabun kurang, jadi bibik pinjam dari sebelah. Boleh??? sabo je weii

Masa kami buat ANJONG KASEH tukang buat tu dah tentu la Indon, dia siap menjamu air sirap, sehari berjug-jug, samapi sebotol sirap F&N tu reda la dia menjamu tukang. Keropok lekor, keropok kering, karipap frozen saya buat, nugget, perghhh dia menjamu dan beramas mesra sakan. Sampaikan bila kayu tak cukup nak buat 'pagar' anjung tu, dia suggest kat tukang suruh pi ambil kayu kat rumah jiran sebelah, kayu belen-belen yang jiran kami renovate rumah. Hehehe sehingga jiran kami bagitau depa ambil kayu. punya terkejut, padahal kami dah bagi duit kat tukang suruh beli kayu. Ampeh... Huhuhu nanti kami gantikan balik kayu tu ek...

huh hari ni baru saya nak cerita, selama ni tak pernah story.

tu le, ambil maid ni gamble, yang ok, oklah, yang sesak jiwa memang menguji. My jiran ku, maid dia baru lari last week, dah la lari tinggal anak, cilok hampir 1K lak tu.. siot jek.

11 Komen:

salina said...

Ingat x masa pnut crita gelang/rantai anak hilang tempoh hari.. jangan2 kerja maid tu. Masa saya baca aritu, saya terus suspect maid pnut. Sebab pengalaman saya dulu, maid saya yg perasan gelang kaki anak hilang. klau nak kata org ragut (waktu tu pi giant), tak tercabut pulak kasut anak tu (anak tu baru 8bulan mcm tu). Jadinya saya suspect maid yg amik awal2 sebelum saya pi giant. Bila berhentikan dia lepas2 tu, saya geledah beg/bilik dia.. mmg sah terjumpa balik gelang anak saya tu.

mrs.hanibunny on 4:50 PM said...

baiknya kak pnut...kalau cida dah rotan dah..

Mummy Rizq on 5:48 PM said...

Fuiyo.. besan.. aku pun kalo citer pasal maid ni memang tak abis.. selalunya memang citer2 yg menyakitkan hati!

kita ni selalu baik dengan maid sebab dia jaga anak kita kan.. apa dia nak kita kasik... tolak ansur bagai..

Tapi derang ni memang tak mengenag jasa..

Sesuatu yg tak dapat disangkalkan.. memang dia org ni suka tukar brg2 dapur suka sama suka dengan jiran2 sekeliling.. hehehehe

zareda said...

zar ni tak pernah ada maid tapi dengar citer kakak2 ipar dan jiran jiran uiskk memang mencabar jiwa raga. part ilmu halus ni paling takut lah..

Baru ni pun zar beurut dgn org indon, siottt ko, dia tinggalkan brg dia mencekik kat tangan zar... punyalah bisa sampai mandi limau zar berubat dengan abah. Baru ni zar pi kedai tmpt dia kerja, lari mencecet indon tu nampak zar datang. sengal betul.

ieda on 8:08 PM said...

mencabar kesabaran sungguh la dgn maid ni kan...tp saya mmg tak pakai maid.fikir berpuluh2 kali..last2 decide biarlah rumah tunggang terbalik asalkan hati tak sakit & kepala tak serabut dok fikir kerenah org.

Pnut on 8:30 PM said...

Salina-rantai kaki si adik hilang tu bukan maid ni, maid baru, entahlah, saya pun tak tau nak kata apa, nak tuduh-tuduh tader bukti pulak... kira tak der rezeki je la..

Cida-dengan depa ni tak leh kuang ajo sangat, kang ko sakit merana tak tau apa sakitnya...

Emak rizq-memang mencabar dan stress kan?? suke suki je tukar suka sama suka..ehehe

Zar-eeeii seramnya dengar citer zar ni.. aduhai depa dengan benda-benda tu memang tak dijangka

Ieda-saya tunggu Alesya beso sikit, mmg tak nak maid dah..

1na on 10:16 PM said...

Ada maid kawan sy siap jahit barang kemas curi dlm lapik kain sepentot@spender pompuan lagi.

Dulu masa jiran lama saya ada maid, siap nk ngurat laki chek lagi. Pastu mengadu dgn sy yg majikan dia x bagus la tuduh dia mengurat laki chek. Hmmmmph panjang komen sy kalau nk citer hehehehe

Angah on 8:58 AM said...

nii yg buat pikir 12 juta kali nak ngambik maid nih..sbnrnya keperluan mendesak sbb encik suami kena pegi turkmenistan 6 bulan.adeh..

ZuNas77 on 11:21 AM said...

Kak Naz,

mmg ngeri cite maid akak...tu la kita ni nak buat baik tapi of coz takleh baik sgt kang diri sendiri merana kan..mmg ikutkan ktorg selagi boleh nak avoid amik maid ni. tapi tak tau la kang anak dah bertambah 4-5org, confirm kena amik gak nanti..harap2 takde la yg mencabar minda kes2 nya..

p/s. sorry sgt2 tak dpt dtg rumah hari tu. Arsyad tak berapa sihat, kami pun tak kuar gi mana2 sgt. Just gi invitation org kat Kajang jer. Anyway, Selamat Hari Raya yer. If dtg cheras, kabo2 ler.

Anonymous said...

akak...kalo nk ckp pasal maid ni mmg byk..bibik sy mmg kurg ajo..eii..kalo nk citer, mmg pnjg lebor la..

kt umah sy cuma tinggal mak dgn nenek je.ayah jrg2 balik sal kawen 2..ma amek bibik sbb sian kat nenek duk sorg2..nenek sy dlm 80thn umo.tp cergas lg,. xsakit ape pun..suma bley buat sdr..

kira bibik ni duk umah melenggang jer la..ari2 masak..sampe tong gas tu sebln sekali jer tukar..bibik2 jiran kami tu selalu dtg umah..kekdg time adik su cuti, bibik jiran kami tu siap baring2 lagi kat umah.pernah bibik sy nie nk pergi tido umah jiran kami bila kami adik bradik balik..katanya sbb xmo tido kat luar bilik (xcukup bilik)..nk bilik sendiri!!!ampeh punya bibik

selalu bila sy balik, dier bercerita pasal nenek sy..marah2 kat dier, curi duit dier la..BANGANG betul..selamba jer dier tuduh nenek sy macam tu..nenenk sy dh 80thn..anak n cucu dier bg duit tiap bln..ape daa~~

mcm2 la nk citer..kt umah xbuat keje pun..ari2 cuma basuh baju jer..w/pun ader mesin basuh,tp dier xsuka guna..nk basuh tgn..bygkn kat umah tu cuma ader mak dgn nenek jer..tp basuh kain 5helai dr pg sampe tgh..giler betul..mmg xpuat keje pun..

sy selalu ga marah2 kat dier..yer la, kat tingkat atas, langsung xkemas..cuma kemas ruang tamu utama bawah jer..masak mknan dier jer..mcm2 lauk bwh saji..kepala ayam toksah cakap la..pergi pasat tani (pergi sendiri tiap minggu), siap kutip kepala ayam..sekali balik ader la lam 50 ketul..eeii geli betul..ari tu bukak saji, tgk ader kepala kambing dgn gigi2 lagi duk senyum..bibik jiran sy yg bagi..

bile kakak sy balik dier akan citer keburukan sy kat kakak sy pulak..sampe jer umah,terus mengadu itu ini..kadang2 mau bg penmpor jer sekali..bodoh betul..xbuat keje langusng..

tp kami adik badik xbley buat apa..bila sy masa,dier duk tgu tepi dapur tu..komen itu ini..garam xbely byk..kena masok itu ini..eeeii GERAM SGT!!!!! pastu kalo kiter ckp kat dier suh buat keje, ader je alasan..rumput kat luar umah xbleh cabut..byk serangga..tingkap umah pg kul 10pg xbukaka lg..xbley.nyamuk byk..mcm2 la alasan dier..suka melawan..

tp pelik..mak sy xpernah marah..mak sy akan diam jer ngan bibik..buat la ape pun,,.kdg2 geram gak kat mak sy nie..sepatutnya gj bibik tu,450 jer..tp bila sampe mula2 dulu, bibik bitau gj dier sepatutnya 550..agen bitau kena bg 550.mak sy ikut jer..geram sgt.................

byk lg la kalo nk citer sal bibik sy nie..dier bitau umah sy ader hantu la..kat tingkat atas dgn kat dapur tempat keras..jumpe toyol lam umah..mcm2..

kalo nk citer, SATU BULAN PUN BELOM TENTU ABES...geram sgt..

; (

cik anon cume nk kongsi citer ngan akak jer.. (@_@)

Amy Z! on 10:01 AM said...

Hoho.. Sabarnya akak.. Kalau sayalah, memang dah terminate awal2 dah tak tunggu lagik dah.. Uihhh.. Melampau sungguh!

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino