Thursday, August 12, 2010

Hari Jagung Sedunia..


NI namanya entry tamak haloba, sebab semua boh dalam satu entry.. gasak la..

Semalam berakhir sudah satu hari berpuasa, seronok baca blog dan status emak-emak yang anak baru belajar berpuasa, teringat pengalaman kami dulu masa si abang usia 5 tahun, baru belajar puasa, masa ni dia belajar kat CIC jenuh setiap petang melayan dia bagi makan ikan kat tasik putrajaya, dan jenuh meround sekitar putarajaya petang-petang, semata-mata nak lekakan dia. Masa tu memang tak masak la acik sapinat. Petang ambil dia, pegi paso ramadhan, atau siap-siap pegi paso ramadhan pastu ambil dia, kemudian meround la kami sampai dekat pukul 7 baru balik rumah. Nak lekakan. Alhamdulillah, masa usia 5 tahun tu, banyak juga dia puasa penuh, usia 6 dan 7 tahun ada la sehari dua tinggal, tapi tahun lepas memang tak tinggal langsung. Oklah..

Ok semalam seperti diwar-warkan, adalah Hari Jagung Sedunia.. Hiks.. 4 tongkol jagung beso-beso dan manis, 2 tongkol buat cucoq jagung, dan 2 lagi buat nasi jagung. so nak lawan makan dengan nasi jagung, saya masak ayam masak merah, jelatah timun dan nenas, dan pajeri nenas. Semalam dilemma nak buat dalca ke, atau pajeri, kat FB ramai dok vote suruh saya buat pajeri je, ada dua vote yang lari topik, sape tatau, suruh buat kurma daging dan kari daging kot.. ehehe apeee daaaa orang tanya lain depa jawab lain. Ni kalo SPM salah satu jawapan yang membawa kepada 10 markah. elok ko nak dapat B terus dapat C, ahahaha

So menu kudap-kudap sebelum hadap nasi, cucoq jagung.. cik madu lebah sile terlioq, rangup krup-krup ok.. gabung tenaga dua tepung. baker's choice dan tepung naik sendiri. malas buat kuah kacang nak cicah, cicah ngan sos thai Life jek.


dan tadaaa menu utama.. Nasi Jagung, Pajeri nenas, Jelatah dan Ayam Masak Merah.


Ada orang lak rekues kat FB, suruh tempek resepi resepi kat sini. Dan maka dengan itu kita terpaksa kita jemputtt.. Chef Koboi maiiii, walaupun Chef patut bertugas pada setiap hari jumaat sajork, tapi sempena Ramadhan, chef akan bertugas tak kira hari.. mujur chef tak claim, kalau tak bankrup saya bayo overtime Chef ni.
Okeh anak murid... hari ni Chef Koboi nak ajar, tapi disebabkan bulan posa.. chef nak cover muka sikit.. jaga aurat katanya..

okeh.. Ape menu nak nak mulakan ek..
Okeh mulakan dengan mangsa lahapan yang pertama.. Iaitu Nasi Jagung, atau nama saintifiknya ialah Oryza sativa L Zea mays L yang bermakna Nasi Jagung. Glemer sikit chef boh nama saintifik tu nampak cam bijak sikit kan??
Nama Biasa : Padi
Nama Saintifik : Oryza sativa L.
Keluarga : Oxalidaceae

nama Biasa: jagung
Nama Saintifik : Zea mays L.
keluarga : Gramineae


OKeh untuk masak nasi jagung secara koboi chef buat camni, patut chef guna beras basmathi, tapi chef lupa beli

Bahan
2 tongkol jagung
2 pot beras (dalam 300gram la kot)
1/2 tin susu cair.
2 biji bawang beso
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
*semua bahan ni bahagi 2, sebahagian dihiris untuk tumis, dan sebahagian lagi blend)
dan bahan tumisan :
bawang-bawang dan halia hiris tadi,
bunga lawang,
buah pelaga,
kulit kayu manis,
sebatang serai
2 helai daun pandan dan sebatang serai
*beras dibasuh dan toskan, jagung siap hiris-hiris

Caranya:-
1. Tumis bahan tumisan, dengan sedikit minyak, (tumis atas dapur gas)
2. pastu masukkan bahan blend, masak kejap sampai naik bau
3. Pastu masukkan susu cair (guna setengah je, lagi setengah nak boh dalam ayam masak merah, tapi kalau tamak, suke ati korang le nak boh abeh, chef kedekut, chef baut separuh je), pastu boh garam sikit.
4. Masukkan air secukupnya dengan beras korang, pastu masuk beras, alihkan periuk ke rice cooker, dan masak macam biasa, jangan sering kacau, kang beras hancur. agak masak tutup api le..takkan tu nak kena kabo ye dak??

Okeh mangsa seterusnya ialah PAJERI NENAS.
Nama tumbuhan : Nanas
Nama saintifik : Ananas comosos
Keluarga : tak tau..tapi saya syak dia keturunan Otromen Cosmos..tak gitu Cida?? cube tanya Zamani sat..

sedikti sejarah ye adik-adik : Pada tahun 1493 , Columbus telah menemui nanas secara tidak sengaja di sebuah pulau yang dikenali sebagai Guadeloupe. Nanas dipercayai berasal daripada Amazon dan dibawa ke tempat lain.
jadi kesimpulannya sapa makan nenas boleh feeling international gitu. dan feeling ratu ye..

Okeh Bahan dia
Ananas comosos (nenas la..apa lagi.)
Bawang beso + Bawang putih + halia
(Bahagi dua, satu hiris-hiris, satu lagi untuk blend)
3 sudu rempah kari daging babas
dua sudu kerisik
santan satu mangkuk jangan banyak sangat, (agak-agak dalam 2 cawan udah le)
Bahan tumisan selain bawang-bawangan, ialah bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis.

Caranya
1. Blend bawang-bawang dan halia dengan rempah kari, curi sikit santan korang tadi tu, dan campur air sedikit agar pemblenderan lebih sempurna.
2. tumis segala neka bahan tumisan
3. masukkan bahan blend, dan masukkan kerisik.
4. boh la garam secukup rasa, masak sampai naik minyak dan rempah garing seeloknya.
5. masukkan santan, pastu masukkan nenas, masak sampai pekat, pastu leh tambah gula sikit untuk aura manis-manis tu, tapi kalau guna nenas madu cam chef, gula boh sikit je, sebab nenas tu manis.
*Untuk makluman, pajeri nenas ni sedap simpan sehari semalam esoknya makan baru sodap.tu sebab dalam pic ni tak berepa mabeles, masa sahur dan perangat, baru nampak seksi sikit.

Ok mangsa seterusnya ialah Ayam Masak Merah.
1. Cili kering (ikut kepedasan dan tahap kuantiti ayam anda ok)
anggaran dalam 15-20 tangkai kot, entah, chef tak kira.
2. bawang-bawang (cam besa kat atas tadi, chef malas tulis la..korang kopipes je bleh?? bahagi dua cam tadi gak)
3. Sedikit lengkuas, agak-agak la dalam sebesor ibu jari kaki udah le.. tapi kalau jari kaki korang beso ibu jari tangan chef yang gebu ni korang doublekan size jari kaki korang tu. sikit je, nak ada aura legkuas je.
*Blend semua ni tau.. bawang beso lebih sikit best.
4. susu cair, belen tadi
5. pastu bahan tumisan cam tadi gak, (bahan tumisan nasi ayam, ada serai dan daun pandan)
6. satu tin tomato puree paling kecik (anggaran dalam dua sudu), kalau tak der ni boh je la tomato sos
7. Kacang peas dalam tin

cara dia.
1.Tumis semua bahan tumisan tu
2.masukkan bahan blend tadi, masak sampai bahan blend tu garing dan naik minyak, kasi garing betul tau..pastu masukkan tomato puree, masak lagi sampai garing, kalau kurang air, tambah sikit air, masak lagi sampai kering.(time ni boh la garam dan gula ye.. pepaham lah ye.. gila haper masak tak boh garam gula)
3. dah garing tu, pastu masukkan susu cair, dan tambah air sedikit, ikut suke korang nak kuah banyak ke atau kering-kering sikit.
4. pastu boh la kacang peas tu, tutup api.. ape lagiii pastu makan le....

adoiii penat taip... letih tau tau... ok chef under diri..tataataaaaaa
kembali semula ke sri pentas..

okeh sapinat in the house..
ada lagi nak cerita..tapi tunggu esok-esok la.. chef sebok ni mai take over lak.. esok acik over lagi ok..

Selamat berpuasa...

14 Komen:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ on 11:21 AM said...

meriahnyer...

Siti Noor Aminah on 11:47 AM said...

hari tu sebelom posa, lapaq sgt cucuq jagung. tapi, nak mencari jagung tongkoi tu punya la malas, sudahnya pi beli jagung tin. habih lincin cucuq jagung tu. perabih sampai 1 tin. lepas tu saja buat ayat sedih kat mak, kata lama tak makan cucuq jagung, ayah pun p la kelepiyaq p cari jagung. hehe. depa tggu org balik kampung, baru buat cucuq. keh3x.

nasik jagung tu tak besa makan lagi. lagipun mmg pesyen tak makan nasik warna2 ni, selain nasik putih, org makan nasik kuning yg nasik ayam ja. keh3x. tp nasik jagung ni memang mantop.!!!! nampak sebijik2 isi jagung tu. lapaqqqqqqqqq....

Anonymous said...

yer yer jer Mush godek2 sampai bawah tu cr nama saintifik Ayam Masak Merah..tak dek plak...huhuhuh... nanti jumpa jagung nanti nak try aaaa...

MushroomCute

Pnut on 12:29 PM said...

Mrs.K-ni hari pertama je. lepas tu pemalas..eheheh

Gadis comei-mak pak memang lagu tu, apa anak teringin mesti dia usaha cari..

Mush-hahah bawah tu dah malaih cari..ahaks...

LiTtLe^m3 on 12:41 PM said...

meriahnya... alasan malas masak sbb berdua je.. aci tak?

Anonymous said...

pergh! meleleh air liur tengok nasi jagung tu..

yg x bleh blah siap ada asal usul nenas tu..patutla tiap kali i mkn pajeri nenas ade feeling ms universe..haha!

ieda on 1:26 PM said...

aiseyman...silap blog...pagi2 tgk benda makan...sedap plk tu..(tengok pun tau sedap)..

Kauthar on 2:17 PM said...

hari ni mak saya nak buat cucoq jagung..tk sabaq nak bbuka posa ni..huhuhu..lain kali nk try buat nasik jagung ahkak pnut la pulak!

1na on 2:27 PM said...

Kak pnut,

anda telah berjaya mengoda dan mengiurkan saya pasai cucuq jagung.

Jadii...

Benarkan saya meminjam gambaq cucuq jagung anda dan tepek di blog saya sebagai juadah hari ini.

p/s :
semalam chek buat cucuq ikan bilis pakai resepi kak pnut. tapi keras sikit. pikiaq punya pikiaq punca sebab masalah....

Toing.... chek salah sambaq plastik tepung... chek pi sambaq plastik tepung jagung!!! tu pasai la keras...!!

ish ish ish... mak sapa la ni ? hehehehehe

Hamizah on 2:47 PM said...

wah!semunya jgg..i like

Pnut on 3:40 PM said...

LIttleM3-alasan itu adalah terbaik, membazir masak kalau makannya berdua cuma

MT-harus bila makan nenas kita rasa gojes macam diva ok..

Ieda-hiks... tengok pun tau sedap... ada ilmu khas ni...eheheh

1na-satu perkataan ja..-hang LOKLAQ... hahahah jangan marah

Hamizah-kami peminat jagung..ehehehe

Zareda Norman on 4:08 PM said...

huihhss makan pajeri nenas boleh feeling internasional.. che kiah suka che kiah suka.. hehehe

saidatulbadru on 7:18 PM said...

salam kat p-nut.

menggoda betul ayam masak merah tu

mintak izin salin resepi ye.

tq in advance.

lama x jumpa kan

-cikgaban-

CidaZam on 12:05 PM said...

wakaka... gile kentang entry akak kali ni... pecah perut... ANANAS COsmo... baru ku tahu... tak yah tanya zamani la... mmg diorg sehati sejiwang...

ANA COSMOS.... sbb tu the AnaS minat gila otomen...

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino