Friday, August 13, 2010

minah kedah vs Johorian?


Wooo kecoh gak isu pasai minah ni kan?? glemer dia secara tetiba.. merata blog pegi ada, kat forum ada, malah ada fanpage khas kat FB kat minah ni.. Marah orang-orang Johor.



Naper saya buat entry pasal ni pulak kan?? ala-ala kepochi je kan.. tapi disebabkan isu itu melibatkan negeri saya..iaitu Kedah.. Kedah always in my heart.. ko campak aku kat London, atau US yang ada artis hollywood kacak-kacak tu Kedah tetap dihatiku.. Laksa kat Kedah tetap terbaek.. Char Keow Teow Kedah tetap terbaek.. Kedahan fanatik occay.

Bagi pendapat saya, sefanatik mana pun kita kat negeri kita, jangan sampai dok hina negeri orang macam awek ni, ape daaaa baut malu orang kampung sajork.. choooiii sangat. Saya tau le dia mungkin bergurau dengan rakan-rakan dia, saya pun gurau gak..gurau orang kedah memang kasaq-kasaq.. tapi tak pikiaq ka orang lain pun baca, ape kes sampai isu sultan, anak sultan pun memain?? apekah, kalau tak suka pun kena respect orang, terutama sultan sesuatu negeri. Ketua pemerintah negeri itu. Ini semberono ja hang pi malahaq.. awat lagu tu?? cempegha sungguh..loklaq la... hah kan dah keluaq

Pasai biskut pun kecoh, ape daaa.. kot ye bergurau tu agak-agak la kan.. dalam pilem P.Ramlee, pasai belacan sampai nak pancung bini, ini dah moden dan maju, pasai biskut pun jadi kecoh. Dengar-dengar kata wartawan cuba hubungi minah ni tak dapat, dan katanya minah ni pun dah kena warning dengan tempat kerja dia. Uhuhuhu tak tau betoi ke dak.. semuanya kabur.. nama pun gossip. Tapi yang pasti, tak pasai-pasai dia kena hentam seteruknya di FB, apa pun, orang sungai layaq kata.. "what u give, u get back" merasalah dia pulak kena laharan. Kepada adik ni, lain kali berhati-hati dalam berkata-kata, jangan bergurau tak bertempat, tak semua orang boleh terima lawak kasaq cara kita dik.. dok kulim boleh la dok melawak maki-maki kawan-kawan, hang pi Johor negeri terkenal adat budaya (tarian apa tu yang budak-budak menari comei-comei tu? zapin kah?) negeri yang kuat ada budaya, hang dok buat lawak serupa dok kulim awatnya? Jadi buatlah permohonan maaf secara terbuka.. sekian mak pnut beletiaq. (berleter)

Cerita bab melawak kasaq ni orang Kedah memang lawak kasaq, jadi agak-agak sapa nak kawen dengan orang kedah, kena bawa tadah telinga dan sabaq-sabaq sikit, bukan kedah saja, utara keseluruhannya, Kedah, Penang, Perlis. Itu sebab kami kalau piala malaysia tu tak kesah le Kedah ka, Penang ka, Perlis ka masuk final, kami sokong semua, sebab satu rumpun katanya kannn..

Orang kata orang Kedah, Kelantan, Sabah, Serawak, terengganu, ni fanatik negeri sendiri.. kalau jumpa geng sengeri, kawan-kawan lain kena tinggal. Of course.. eheheh bukan fanatik atau apa, tapi sebab negeri-negeri kami ada loghat sendiri. sudah tentu bila kita jumapa geng senegeri, kita pun speaking kan, dan speaking kita kekadang orang lain tak faham. Bukan bermakna orang negeri lain tak fanatik.. tapi contoh kata, orang Johor jumpa geng Johor, dia cakap apa kita faham, sebab loghat johor simple dan mudah. Negeri-negeri lain tu idqham, Qolqolah dia nahu dia lain sikit. So bila geng negeri yang loghat dia lain sikit ni berjumpa geng, maka keluarlah bahasa ibunda mereka. Itu normal. Itu sebab saya tak heran sangat orang kata, orang kelantan kalau jumpa geng, terus cakap kelantan, lupa kawan lain sekeliling. Dah tu, jumpa orang kampung,kena la speaking negeri kan... kalo tak orang kata lupa diri, baru dok KL setahun jagung dah tak reti cakap Kedah.

Dan orang kedah ni bahasa atau loghat dia kasaq, dan ganaih kalau orang luar dengar.. contohnya kalau katakan, lawak-lawak ngan kawan, pastu kawan buat lawak bodo sikit, pastu kita pun selamba je cakap "punkoq hang la" hah saper tak tau punkoq hang?? cari sendiri. Pastu.. katakan kita janji ngan kawan, janji pukul 2, pukul 3 tak sampai lagi, pastu nampak je muka kawan, terus kita sebut "pelaq la hang, macam haram jadah aku tunggu kat sini, hang baru nak sampai" tu dia..kasaq dak?? tapi itu adalah nahu biasa bagi orang utara, terutama belah-belah kampung, kalau kawasan pekan sikit (ai le tu anak bandar occay..) kurang sikit nahu-nahu macam tu sebab emak pak sendiri jarang sebut. Tapi kalau belah kampung emak pak pun selamba sebut kat anak dia, perkataan-perkataan macam pelaq, loqlaq, sakai, kawaq.

Arwah tok saya dulu dok Penaga, P.Pinang, dia berniaga kedai mee, so petang-petang ramai la orang kampung melepak, sat gi dengaq la, depa melawak gelak-gelak pastu cakap.. "pelaq betoi, aku sakit perut dah gelak ni" pastu dengar "hang tau dak, anak Ya kunyit tu perangai macam kawaq, mai rumah aku, cempegha macam anak sakai, mai ghumah aku dok getu pokok bunga kertas aku hat baru nak keluaq bunga tu, geram aku rasa macam nak angkat hawin ja..'" hiks.. hawin=hayun=lempar ganaih dak?? hiks..

tetapi nak ganaih-ganaih pun agak-agakla kan.. hang dok negeri orang jangan tunjuk lagha sangat pon, sopan santun sikit nooo jangan dok loqlaq, sat gi hang pulak kena hawin. Rass, Kiey, hang ingat dak kita ajaq Jalek si budak sabah tu sebut punkoq-punkoq.. haha yang budak tu tak tau apa, dia pun sebut la punkoq..punkoq... last-last norma si budak baik tu tarbiyah jal, tak baik sebut benda tu..tak elok.. jahat kita nooo..

So kalau rasa diri anda tak leh terima lawak ganas orang-orang utara ni, pikiaq baik-baik nooo nak jadi menantu orang utara.. kot masih ada masa untuk undur diri, pikiaq dulu.. eheheh kawan saya si Nani kawen dengan keling gombak nama An, hahah sorri an, panggil keling gombak tu kekal kat hang. An masa kawen ada kawaq masuk rumah, depa jerit..kawaq..kawaq..kawaqqq... an leh buat derk... hahah dia tak tau kawaq tu pencuri..ahahahah, betoi dak.. eh tetiba aku cam confuse, betoi ka nani yang cerita ni kisah ni?? ke kisah orang lain?? tetiba blur...

so bila tetiba blur.. maka kena tamat entry ni.
Bye

20 Komen:

Ealyie on 11:23 AM said...

beb,
kerana pulut santan binasa,
inikan pula kerana beskot.. ye dak? ahahaha..
hmm.. kelako ado, marah ado.. tah la mcm2 hal skrg.. :D

Mariea on 11:31 AM said...

Alahai..muka cun tp sikap ada kureng..terasa beb..ai anak johor tau.. apa daaa nak salahkan johor... pemes amos yg tak masuk johor..salahkanlah biskut tu..

Mak orang ni tak amik iktibar agaknya kisah2 lepas..wat ler perangai lagi...gi lah nyuruk mana pon polis cari tau..ada gak anak2 johor gi wat report polis beramai2 karang...

sedihnya bangsa melayu kita ni..amik gmbr cun2, peluk anak comey2...tp wat perangai gitu. Nak ke esok lusa perangai tu turun kat anak? ai tak der anak lg tp, rasanya2 org len pon akan pikir gitu...

kalau tak suka sila jgn duk johor okkkk...

Ish..tak 1 Malaysia sungguh....

MushroomCute

Siti Noor Aminah on 11:41 AM said...

tak pasal2 nama kulim masuk sekali dalam kes ni. walopun nak kawin dgn perak dan bakal menetap d perak, semangat pulun kedah pulun tu tetap d hati. tp memang mengaku la, org kedah cakap memang kasaq. setakat sebut hramjadah tu mcam rilek lagi la. panggil member2 babi pun ada. haha.

Kak Lia on 11:45 AM said...

salam ramadhan...

mula2 kena tag ngn gambo tu kat FB, akak pun cam pelik mula2...

tp bila bace blog kwn2 yg bukak isu ni...akak tk de la heran sangat...sbb paham ngn dialek negeri masing2...cuma ada stgh2 johorian yg sgt2 sensitip...nk buat cam ne....
terlajak perahu boleh kayuh unduq...terlajak tekan minyak....tebabaih...hahhaha

CidaZam on 12:02 PM said...

cilaka... hawau... lahabau... puaka....sepinat... (opss bukan maki akak...) haaaa tu org melaka... kasaq tak??? kita dengar macam eh buat salah ka??? tapi itu greeting bila jumpa... hahah lawak.. nagis cida kat kolej dulu... nama je org melaka bila belajar kat melaka ambik semua tu...

Now i kena tahan lorat kedah jugak... hahah memula kawin sedihhh ooo... tapi sekarang dah ok kot :p maklumla kak pnut i kan manja...ai cakap kasar tak pa (ikut melaka) bila dengar org kedah cakap kasar ku sangka depa tak suke...:(

Nida Shaari on 12:52 PM said...

hangpa nak tau dak kalau orang banjaq, kawaq tuh maknanya keladak.. ha ha ha..

Kauthar on 1:29 PM said...

lohh..sapa plak minah azita ni..publisiti murahan tiba2 :D btoi kak pnut..org utara mmg cakap bunyi kasaq tapi hati baik naaa..kuikuikui..hidup oghang utara!

Syida said...

Hi Kak Pnut. Dulu kan masa belajaq, ada kenai dgn 5-6 org kedah, satu geng la depa ni. Fuhh.. depa punya lawak, mcm nak gaduh, pastu satu blok boleh dgr.. haha.. stok yg mai dari ceruk2 sket la, yg umo 22 thn pun dah kira anak dara tua kat kg dia. haha. Sy yg org pure utara ni pun mula2 terkejut dgn lawak depa sbb gila kasaq (sbb x ramai kawan org utara walopun cheq org Penang, plus family takdak ckp kasaq2 sgt). Kalau takat kena sound "Ish hang ni, awat huduh sangat tatau" tu kira paling lembut aahh.. bygkan yg kasaq camna. hehehe. tapi lama2 kamceng oo sbb dah faham la depa mmg ckp camtu tapi hati manyakkk baik oo.. kamceng sampai kawan hat Terengganu pun leh ckp Kedah dgn kawan senegeri dia. hahaha.

Pnut on 3:02 PM said...

Ealyie-tu le, pasai beskot pun jadi isu..ehehe lawak la..

Mariea-tu la, kalo ada yang betul marah, sampai buat report polis..naya budak ni.. tak pasai ja..

GC-Hidup Kedah!! Hidup Perak!! nanti time piala malaysia kita duk serumah no.. kita pulun, depa kejoorr

Mamarempit, betoiii kalau terlajak kereta ok gak ada gear reverse, terlajak perahu naseb la...

Cida-orang kedah baik-baik oooo eheheh tak caya tanya zamani lagik..

Cik Madu-kawaq?? keladak?? ishk tak relevan langsung..

Kauthar-yess hidup utagha-idhgom kena betoi..

Syida-memang pon, kalau dengaq orang utagha ni melawak macam nak berkelahi, kasaq sungguh, tak caya dengar radio sinar fm, manjang ada orang utagha call, depa punya luahan tu penuh emosi, bahasa kemain..ehehehe..

Zareda Norman on 3:08 PM said...

betullah kecoh pasal minah ni kat FB pun.. zar ni anak KL, member datang loghat kedah zar ok.. member kecek kelate pun layan, member cakap ek ek stail johor pun no hal.. so kiranya multilanguage che kiah ni tau.. tapi bab loghat pahang che kiah memang pekat sikit sampai org kg cik hubby ingat zar ni asal pahang.. :)

ayobkelubi on 3:55 PM said...

maaf cakap.

saya sendiri tak mengerti kenapa boleh jadi isu yang sangat besar?. kenapa mesti nak cerita pasal kenegerian?. eventually bila kita semua mati.takde makna dah negeri-negeri ni semua kan?.

minah tu silapnya ialah memperkatakan hal kenegerian itu dengan cara lawak yang salah. barangkali niat dia nak gurau tapi telah disalah ertikan.

bagi saya, there is should not be any fuss regarding on where we were born but supposedly we should think about how we were raised.

bagi yang nak kecoh-kecoh tu, baik kecoh pasal kemiskinan yang makin teruk ker, buang bayi yang makin teruk ni ker. sekurang-kurangnya boleh buat masyarakat buka mata.

mana-mana tempat dalam malaysia ni. ada pro ada kontra. terpulang macam mana kalian nilaikan.

sekian.

harap takde yang kecik hati dengan komen saya ni.

Anonymous said...

Hai awat cek dok sebut Kulim tu...terasa hati..akak ni besag di Kulim tapi takdak dok perasan tak tahwan hala...SApa minah tu...malu aih dok buat lagu tu..

Kak Wan
Melawati

nett gorjes said...

agaknya minah ni kalau dia pi serawak, sure dia kutuk gila sebab takde jasko, takde carefour, takde tesco.

-dari org johor yang love kedah-

Pnut on 10:21 PM said...

Zar-komer memang... cargas semua loghat... ater teman pun dah pandai speakng perak dah...ehehe

Ayob-akak setuju bebenooo saper ntah pemula isu ni... akak buat entry ni bukan pasai nak isu kenegerian tu..eheheh akak nak kabo, orang kedah ni memang kasaq gedegaq..

Kak Wan-tu dia..orang taman melawati speaking dia.. kem salam dato yusof haslam ek..wahh tetiba..

Nett-haah kan jangankan jasko..kedai mamak ada?? hiks..

ieda on 10:33 AM said...

hari ni baru dan baca entry pnut nih..pompuan ni agaknya tak tau nak beza sembang dgn kengkawan dialam nyata dgn dialam maya..tu yg jd mcm tu..tak baik la mengata kat org..tak pasai2 belambak2 org dok meluat kat kita..
saya mmg kedah ori...besa dok kulim 8 thn..belajaq 6 thn keja 2 thn..masa belajaq dulu kulim pun takdak apa..hutan keliling.supermarket satu ja..kecik plk tu....org kedah kata mmg hulu la tempat ni..cuma la ni ja membangun..so takyah nak ngaku kita ni pekan ka hapa...semua sama ja.
bab bahasa mmg la org kedah cakap kasaq.ada org kata org melaka pun kasaq jg..saya ada sorg kawan org melaka masa kat U..mmg ganas cakap dia.mcm nak kelahi..tp dah kena dgn kedah tak rasa apa pun...kita ni setakat kata kat org bangang..bodo..jakun.etc mmg takdak apa la.tp org negeri lain mungkin terasa..
ish...rasa mcm nak buat dictionary bahasa kedah plk.

Anonymous said...

Okey,Dato YH dok Langat ler...tak jumpa dah...dulu2 selalu bertembung kat kedai mamak. So,tak dapat nak kim salam na..sori.
Pn.Ieda,apa nama supermarket tu..yang dekat gereja tu ker?Akak dah lupa lak..
Kak Wan
Melawati

Pnut on 8:03 AM said...

Ieda-eheheh saya dok SP, lagi syiok, dok tengok stesen bas SP dok lagu tu juga la... sampai la ni, bila depa nak buat yang baru?? yang dekat Pekan Lama tu depa nak buat apa?

Kak Wan-ooo dato dah pindah ek.. eheheeh rumah dia kat langat tu cantik kan?? lawoo bebenooo

Mariea on 10:05 AM said...

tu aaa kan Kak...terlajak kata no U-turn aaaa...Mush ni org Johor, ada campur Melaka, skrg duk Utara...takat loghat2 ni sumer dah dengar...kira2 boleh paham ler sesikit kalau org cakap dgn kita. Tapi tu aaa...kot nak cakap cara mana pon, dengan kengkawan ker boleh lah...perkataan 'hina' tu hinaaaaa terasanya..ish ish ish.. bahasa jiwa bangsa woooo..(mcm keje kat DBP plak eh..hehhehe)

MushroomCute

ieda on 1:23 PM said...

pnut..
perasan dak ada sign board kat area pasar pagi tu yg tulis nak buat kompleks stesen bas bagai..tp tak jadi pun..politik kot.

kat pekan lama tu rasanya nak buat stesen bas ekspress.

Anonymous said...

Yahudi Nasrani bersatu...kita dlm negara berpecah dgn semangat kenegerian. Strategi inggeris pecah dan perintah berjaya walaupun 52thn kita merdeka.
Sedihnya....

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino