Tuesday, August 03, 2010

Siapa kata kopi jahat???



Gambar kredit kepada kekanda google

The other side of kopi...
Ini adalah fakta, bukan auta, ada dalam paper Utusan hari Ahad nan silam, saya copy paste dari Utusan Online ke sini...

Bahagia rasanya membaca ini, eheheh jadi tak der la rasa bersalah sangat kalau nak minum neskape..

Kopi baik atau buruk?
Adakah kopi baik atau buruk untuk kesihatan? Hakikatnya ia terpulang kepada pilihan kita.

Menambah tenaga

Kopi dikatakan berguna untuk menambah tenaga dan membuatkan orang terjaga daripada ngantuk. Kandungan utama dalam kopi adalah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung. Sebab itu tidak hairan setiap kali kita minum kopi dalam jumlah yang sederhana (1 - 3 cawan), tubuh kita terasa segar, daya berfikir lebih cepat, tidak mudah penat dan mengantuk.

Ubat sakit kepala

Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana kafein memiliki kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala berkurangan

Mengurangkan lemak

Lebih menarik, kafein dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara psikologi, tubuh badan yang gemuk kurang mampu membakar lemak ketika bersukan berbanding mereka yang bertubuh normal. Hasilnya, badan akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah cepat merosot. Sebab itulah orang gemuk rasa lapar berlebihan setelah bersukan atau bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum tiga cawan kopi, tubuh mereka akan bertindak balas untuk membakar lebih banyak lemak. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan kandungan gula dalam kopi terkawal


Jadi usah ragu-ragu ek... (tang mengurangkan lemak tu aduhaiii leh caya ke tu??)

Ini update olok-olok...
Acah-acah update kata saya,
update sebeno-beno sat lagi noooo....
tapiiii kalau ada update la...kalau tak der update maknanya takder masa...
dan kalau tak der masa, maknya tak der la update...
kalau tak der update, maka, anggaplah update olok-olok sebagai update sebenar-benar..
saya nak letak ni sebab nak letak kat sharing is caring kat tepi blog ni, lenkali kalau orang argue ngan saya jangan minum neskape, saya ada modal untuk argue balik..

Sape kata neskape buat sakit kepala... neskape tak bagus... tu semua saiko tu.. saiko.. asai minum neskape, kita set kita sakit kepala, pagi penagih neskape tegar, pulak saiko dia, kalau tak dapat neskape dia sakit kepala, benda tu set dalam otak dah, so bila tak dapat dia rasa dia sakit kepala.

Saya bukan penagih neskape tegar, sesekali je layan neskape, sebab selalu takutkan kafein dalam neskape tu jahat, tapi di sisi lain neskape tu baik juga, patutlah kat UBAT MIGRAIN ada kaffein..

8 Komen:

tentangseseorang on 10:43 AM said...

aku kalau minum neskape atau kopi sah lepas tu tido. ahahaha. jadi ubat hilang ngantuk aku adalah tido. muahahahaha!

apapun, semua benda perlu bersederhana. ubat pun kalau diambil berlebihan akan mendatangkan kesan buruk jugak kan?

Siti Noor Aminah on 11:33 AM said...

tang mengurangkan lemak tu buat sy kuriyus tu. ni lepas baca entri ni teruih nk p p pantry buat neskepe.


jemput minum. ;p

ieda on 11:52 AM said...

saya mmg takleh minum nescafe @ apa2 benda yg ada kafein...lepas minum mesti jantung jadi laju...tangan menggigil takleh nak menulis..biasanya around sejam baru hilang.
ni bukan saiko bagai..sb kalau tak tau benda tu ada kafein pun lepas minum tetap rasa...

Pnut on 12:15 PM said...

TS? ADy-ya tido ubat mengantuk paling mujarab, percuma saja kannnn eheheh

GC-lepas minum cube timbang, kot-kot turun sekilo..hahahah

Ieda-eheh saiko tu saya cakap gurau je untuk diri sendiri.. saya selalu saiko, asai minum neskape, sat lagi mula tetiba rasa pening.. over kan?? eheheh

KLMari on 2:57 PM said...

Masa saya preggy anak ke empat ni, hanya kopi O saja yang saya boleh telan...Naik risau juga tapi dah tanya dr, dr ckp takper..tapi jangan over manis..kang sakit lain plak...Dah tu ada dengar orang kata nanti anak kulit macma kopi...hahhaha...Tapi kopi bukan ubat tahan mengantuk untuk saya...saya tetap tidur terbongkang juaaa.hehehhehe

Anonymous said...

Pnut,
Aku klu minum nescape...mesti nak menyonsong hehehe ingat lg tak perkataan nie..mujarab beb klu dah lama tak membuang..
Tp yg tak lalu nya kapla sakit la....cik kiah

Dairi Hati on 7:57 PM said...
This comment has been removed by the author.
Dairi Hati on 7:58 PM said...

kak pnut, bila beranak dua ni saya terpaksa minum kopi @ nescafe. pagi-pagi buta kul 5pg dah bancuh. bila minum kopi ni, betul tak ngantuk jadi, boleh la control 'hantu' naik angin ngan budak2 kat sekolah. balik rumah, petang segelas lagi, coz nak berperang pulak ngan puteri berdua tu. Sekadar yang saya tahu, kopi jangan lebih 2x sehari..

saya sokong kak pnut, kopi tu tak jahat :D

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino