Tuesday, August 03, 2010

Please tengok video ini yang penuh kasih sayang


Mood serius...

Sepanjang hari ni ni jiwa saya sentimental..
saya blog walking kat list-list blog ni, dan masuk blog ibu Nabila, Nabila adalah anak istemewa (Celebray Palsy) dan pagi-pagi nanges teresak-esak depan laptop, hati saya tersentuh sangat.. Badan je besar saya ni, tapi hati kecik (Kate, my twins, kompem ko pun nanges tengok video ni)sile senyapkan dulu Maher Zain yang nyanyi kat tepi blog ni, suruh dia diam sat, pegi korang tekan pause jap kat bawah tu,(tapi dalam video ni bahasa mexico, kita tak faham gak) then hayati video ni dengan penuh jiwa.


Babah, taper la babah tak leh tengok kat opis kan?? malam kang mama bukak babah tengok la... serius sapa tak tersentuh jiwa meh sini, nak rendam dengan clorox kasi bersih sikit. Gila punya merembes air mata saya.

Can u imagine, berapa kilo berat anak dia?? dia usung dia angkat.. bawa naik bas, turun bas, bawa anak dia jumpa doktor, pakar terapi, kalau kamu ada duit berjuta-berguni, berkoyan-koyan pun ko takkan mampu bagi kasih saya semurni ni. Maha Suci ALlah, diciptak kasih sayang yang tidak bertepi. Lahirnya anak tu dalam keadaan bagaimana pun, kasih ibu itu tidak luak. Ya Allah, betapa sucinya kau ciptakan kasih sayang yang wujud antara dua manusia ini. Besar sungguh.

Cube tengok si ibu sangup pikul anak dia turun tangga, pikul anak dia naik bas, turun bas, angkat wheel chair anak dia, bawa pegi hospital, sedihnya besar betul pengorbanan ibu ini. Sebak la... saya menulis tiap kata-kata ni dengan linangan air mata.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, di beri kesihatan yang baik pada si ibu tua itu, Allah uji ibu itu dengan kelahiran anaknya itu, sebab DIA tahu ibu itu mampu laluinya, hati saya di pagut sayu bila mengenangkan, andai kata takdir, ajal ibu itu tiba dahulu, bagaimanakah anaknya akan terus bernafas tanpa tangan ibu yang saban hari membelai dia, dengan penuh kasih sayang..

Cube tengok minit-minit terakhir, ciuman dari anaknya kepada ibunya itu, Masya-Allah, Maha Suci Allah, tulus dan suci sekali.

Seorang ibu itu sanggup pikul anaknya yang sudah besar dan berat, bukan sekadar memikul di dalam rumah, tetapi pikul dari rumah sampai ke hospital. Naik bas turun bas, dukung anak dia yang remaja itu. Sanggupkah kita seorang anak berkorban sampai tahap itu kepada ibu kita? Jangan tipu diri sendiri..saya sendiri belum tentu mampu melakukan apa yang ibu itu lakukan.

Insya-Allah, video ni menjadikan kekuatan untuk saya dan pakcik gebu untuk terus kuat semangat, menjaga ibunya yang uzur itu. Bukan senang menjaga orang tua yang bertukar sikapnya menjadi keanak-anakan semuala. Jiwa yang kental mesti ada. Setidak-tidaknya saya akan teringatkan video ni, kalau rasa tertekan, dan cube ingatkan dan kenangkan betapa kasih ibu itu tiada tolok bandingnya. Moga Allah beri kami kekuatan dan kesabaran.

Sorry hari penuh emosi.

14 Komen:

ladybird201 said...

salam..k pnut..sedihnye..teringat mak abah..air mata merambu keluaq ni..semoga Allah buka pintu hati saya utk sentiasa berbakti pd mak abah..

KasihMirza on 4:27 PM said...

salam kak,

berjurai2 air mata tgk video ni, betapa besarnya pengorbanan seorang ibu.

oren said...

mmg nanges...

1, terkenang pengorbanan besar seorg ibu..kalo saya di tempat tu, belum tentu saya sekuat ibu tua itu..

2, betapa saya kena syukur sgt2, ALlah kurniakan anak2 yg sihat, ceria, gumbira..semua anak2 saya sempurna..tu pun bila depa nakal2, saya rasa letih yg amat..saya tak patut merungut begitu sbb itu tandanya depa sihat..Ya Allah..mmg menginsafkan bagi diri saya..

I know that I am not a good mom..kadang, saya rasa baiklah anak2 nih kuar dari perut mak lain yg lebih baik..bukan ibu yg seperti saya ini..

cuma 1 yg pasti, saya SAYANG SGT semua anak2 saya...

huhuhuhu..

*jugak petang yg emosi buat saya*

Anonymous said...

Maga Agung kasih suci ibu ini...tersentuh ketulusan dan kekuatan si ibu krn insan bernama ANAK..sgt sebak nk komen ni Kak Pinut,terasa ingin lari memaluk mama sy yg jauh di mata dan jg abah ..tebyg2 dgn jelasnya mereka yg berkorban segalanya di kala sy pernah gagal dan telah berjaya hasil pengorbanan mereka....tp sy yg hina terkadand melukakan hati mereka yg jelas tidak pernah mengabai diri setiap detik...

so sad....

Pnut on 9:40 PM said...

Sedihkan..saya tgk byk kali pun nanges juga....

CidaZam on 10:20 PM said...

:(

mmg sedih....meleleh air mata ni... saya sendiri tak mampu lakukan ini....

Tijah on 2:16 AM said...

huwaaaa...

insap aku kak...

Yasmin Nabilah.. on 3:39 AM said...

Kak Pnut..memang sedih..ina tgk banyak kali..dan setiap kali tgk mesti nanes.huhu..terbayang pula klu diri ini ditempatnya. Mungkin bakal juga akan merasai tempatnya itu.. :(

Nurul on 8:17 AM said...

huhuhu...kak pnat, saya telah diketawakan oleh sang suami kerana teresak2 menonton video nih..sungguh besar pengorbanan seorang ibu tuh kan? Kerana itulah syurga terletak di telapak kaki seorang ibu.

imah on 8:46 AM said...

Akak, pagi2 sudah nanges..sungguhnya kita anak-anak memang x dapat balas segala jasa ibu...wang ringgit bukan balasan..hanya kasih sayang, jasa bakti anak pada ibu sebagai balasan. Semoga saya dapat berbakti kepada mak n abah.

Anonymous said...

huhu..baru baca belom tengok video tu pun hati dah sebak..adoyaiii

tentangseseorang on 12:03 PM said...

touching....

bak mai tisu...

mRs. JujUE on 2:14 PM said...

huhuhu..mmg sedih..moge Allah beri kekuatan, kesabaran & ketabahan yg lebih utk semua ibu² yg mengalami nasib cmni..aminn..

afid on 5:08 PM said...

k.pnut,
salam kak, first time komen,
sedihhhhhhh..sayangilah mak

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino