Tuesday, May 18, 2010

Anugerah Terindah kami


Rantai hilang boleh berganti, macam si abang dan pengomen di entry lepas kata, syukurlah Alesya tidak diapa-apakan..

Anak wedok saya.. (anak wedok = anak dara/gadis-bahasa jawa tu kan?? ehehe saya belajar dari bibik)


Rantai kaki yang hilang itu..kenangan suda..Syukur anak manja saya ni selamat tidak diapa-apakan.

Cakap pasai budak kecik ni kan?? humang aiii dia memang manja, sementelah semua orang tumpukan perhatian kat dia, bibik,babah, mama, abang dan along (anak sedara hubby yang ada kat rumah sekarang) kerenah dia, aduhh kekadang pening, asal saya duduk je kat kerusi meja makan, kompeemmm dia pun akan meleseh nak duduk atas riba. sampai kekadang kalau tengahari time saya balik kejap hantar si abang tu, saya makan pun sambil berdiri, eheheh asal dia nampak saya duduk, kompem dia nak riba, abeh cemana saya nak makan cepat-cepat, nak layan peel dia lagi.

Merajuk??? huuh usah cakap le.. kuat bebeno ikut sapa la gamaknya. Cuma satu saya notice, manja-manja dia pun, dia cukup kuat, kena cucuk jarang demam, pastu kalau takat terhantuk kepala, tersepit jari kat celah kusi je, jatuh lite-lite tu, jarang dia menangis, semalam dia belakang pintu, saya tak sedar, saya bukak pintu gedebuk dia jatuh dan kaki tersepit bawah pintu, saya yang cuak, dia cuma aduhhh aduhhh ssssssssssstttttt akitttt.. tapi tak nangis.. adik-adik saya pun cakap, alesya ni sakit sikit-sikit tak nanges pun, kuat betul. Yeee dia memang kuat..

Pada yang baru ikut blog ni, mungkin tidak tahu, Alesya is a prem baby dilahirkan pada usia kandungan 30 minggu, dengan berat 1kg, air mata saja mengiringi dia setiap kali saya melawat dia di NICU (sile klik kalau nak tau kesahnya) kami pernah dikhabarkan cuma berdoa sahaja untuk anak ini, kerana sering berada didalam keadaan "kritikal tapi stabil" kata doktor. Tetapi dia cukup kuat semangat, dia cukup tabah lalui semua itu, sedari hari pertama dia dilahirkan lagi, dia sudah lali kena cucuk sana sini, kena ambil darah sana sini, paras hemoglobin menurun la.. kurang darah la..dan segala komplikasi yang menyebabkan lena saya tidak pernah nyenyak setiap malam, cuma selepas lebih sebulan berlalu barulah hati tenang sedikit, dan dia semakin sihat. opsss luahan ni patut saya simpan pada enrty birthday Alesya nanti, ehehe tapi dah tertaip pulok. Tapi itulah anak 'ajaib' diberikan Allah kepada kami.

Setelah dia melalui semua itu, saya sering merasakan dia perlukan seluruh kasih sayang kami, tidak boleh tidak, kerana hadir dia membawa satu kebahagiaan yang tidak mampu saya nilaikan macam mana. Itu sebab apabila melihat dia keriangan tergedik-gedik menari-nari apabila menonton Dibo, menonton Mickey Mouse, tonton Pocoyo, dan mrah-marah apabila dia minta buka BIBO..BIBO..BIBO.. (Dibo) tetapi tiada rancangan Dibo di tv, dia marah-marah sangat, bagi dia semua kartun itu adalah Dibo.. hahaha dia sangat cute duduk berjuntai kaki di kerusi dan goyang-goyangkan kaki dia. Tatkala di puji dia akan malu-malu berlari sembunyi dibelakang pintu, atau sembunyi belakang sesiapa sahaja berdekatan dia, atau kalau di dukung dia akan tarik-tarik tudung saya bila dia malu. Dia membuatkan saya selalu nak cepat balik rumah mencium dia, mendukung dia, dan melayan dia menonton TV, dia mengajar saya mengenali Dibo, Handy Manny, Pocoyo, Postman Pats, dan ape lagi la.. yang tidak pernah saya tau sebelum ini. Si abang sudah 9 tahun, tak main beb nengok kartun, member layan HBO saja sekarang.

Sumpah kengkawan, dia anugerah terindah buat kami, selain si abang yang baik itu. Ops si abang ni ada kalanya nakal macam budak lain juga, serius memang menyesak jiwa, tapi part lain banyak dia mendamaikan jiwa sebenarnya. Saya doakan adik-adik, kawan-kawan, kakak-kakak yang membaca blog ini, yang belum punya rezeki nak ada anak sendiri, saya doakan kalian akan diberi peluang untuk merasai nikmat yang saya ceritakan ini. Saya doakan untuk kalian diberi peluang untuk menimang anak sendiri, atau pun anak angkat. Betapa kasih sayang itu amat indah sekali.

11 Komen:

Unknown on 12:10 PM said...

salam pnut..tak banyak jgk habis ek..mcm best ajer tgk gambar kamu kat situ..

memang nak gi ke putrajaya..tapi fikirkan org ramai..tpt sesak..parking susah..malas nak gi..

betul tu..hilang harta benda tak per..jgn hilang anak..tulah harta yang kekal..insyallah.

Kauthar on 12:29 PM said...

geram btul ngan alesya ni..comel sangat!seronok baca kisah pasal alesya..hopefully nanti boleh bawak atif jumpa dengan alesya ye...both are the survivors :D

suriani on 12:57 PM said...

anak2 memang penyeri idup, penyedap makan, penyesak jiwa (kekadang) dan memacam lagi.. hakikatnya, deme tulah permata hati kita.. ye dak?

FAD ARIFFIN on 1:08 PM said...

salam kak... rindu nak ada anak kecik. Aisyah skang pun dah 6 tahun lum ada rezeki lagi nak ada adik. Takpe cuba lagi.

Tapi ya kak, masa time kecik macam nih memang suka benor layan Playhouse Disney. Skang lain dah. Dok layan Ceria and Disney Channel pulok!

IbuHanna on 3:19 PM said...

k.pnut, terharu saya baca entry ni. subhanallah, alesya mmg kuat. ingat lagi masa kita sama2 preggy, sepatutnya Hanna lahir sama dgn Alesya lahir, 9hb..tp Hanna dh nk keluar dulu pulak..now dorang dh nk 2thn dah..cepatnyer masa kan? mcm x caya saya dh hampir 2thn bergelar 'ibu'. alhamdulillah. mmg anak sgt menceriakan suasana. adanya Hanna pun baru saya kenal Hanny Manny, Dibo, Barney suma tu kak..

Izza/Ibu Hanna

ieda on 5:00 PM said...

agaknya baby2 yg kena 'lanyak' masa kecik ni mmg mcm tu kot..lasak semacam.nabila pun sama..sakit sikit tak heran pun.kalau nangis masa jatuh bukan sb sakit tp sb marahkan org..konon2 org tu bg dia jatuh.selalu yg jd mangsa kakak dialah.perkataan serik mmg tak ujud dlm kamus dia.
anak dara pnut nie kan kalau senyum mmg mengancam...hehehe.

My Life My Journey.. on 9:59 PM said...

tersentuh hati bc entri pnut yg ni, tentunya lahir luhur dr dasar lubuk hati seorang ibu.. kisses 2 adik comey tu yer..:)

Pnut on 7:46 AM said...

Kak Ina-ye kak, kalau tidak lah mahal mana, tp sedikit ralat tu ada, sebab bibik dah kabo.. tak nak bukak ke??

Kauthar-Insya-Allah kalau kami turun penang kami roger...ehehe

Ummi Ameer-penyedap makanan tu tak tahan, asal masak kalau anak makan tak abeh emak dia gakkk perabih...

Fad-Disney Channel tu sampai umur berapa ek?? ehehe akak tak perasan, sebab si abang ni akak notice, member dah tak main tgk kartun, tgk movie je..

Izza-ye anak dara kita 2 tahun ek tahun ni, esok-esok sama-sama masuk sekolah...eeeii cemana le gamaknya nak lepaskan anak dara masuk sekolah.. si abang dulu akak siap emo-emo kat pagar sekolah tu..

Ieda-hahah ayat kena lanyak tu tak tahan tu, tp memang betul, Alesya, takat jatuh, rebah, terhantuk tu tak dernya dia menangis...

Fa-kissssss muaahhh buat auntie juga..-alesya.

IbuHanna on 8:42 PM said...

kak, kita sesama emo secara berjemaah kat tepi pagar eh bile anak dara2 tu sekolah..wahhhh! mcm x sabar nk tgk depa pi sekolah..

Pnut on 9:39 AM said...

Hana-akak nak register ALesya kat sekolah Presint 16 (1) nanti, senang abang dia nanti sekolah menengah sebelah tu je...

lianna on 10:01 AM said...

Emm betul kak harta benda kita blh carik..tp anak anugerah yg tersangat tinggi nilai tiada tukar ganti..comell sgt alesya nih!!suka tgk!!!damai rasa hati..heee sy pun tgh tggu kelahiran anak sulung yg pertama tk sabar..^_^excited!!

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino