Monday, May 17, 2010

Si adik kehilangan rantai kaki yang comel


Gambar Hiasan Si Abang dan adik..



Seperti Semalaya tahu kan, kat Putrajaya ada Jom Heboh + Karnival Belia kan? dari hari Jumaat-Ahad. So hari Ahad petang tu, dah pukul 6 lebih dah, kami pun pegi juga jengah ke sana, pak cik gebu bukan nak pegi sangat, tapi saya gedik merajuk lite-lite nak juga pegi... erkk sebenarnya kan babah, mama nak tengok crowd cemana, sebabnya ada kawan emailkan brosur tentang gerai-gerai untuk disewa kat sini beberapa minggu sebelum karnival ni berlangsung. Sewanya sekitara RM1,800-2,800 ikut tapak le.. so saya nak tengok crowd cemana, so next year kalau ada lagi, boleh join. BIla tengok crowd mmg berbaloi la sewa tu, sebab memang ramai gilos, tak kena gaya, sehari berniaga dah balik modal.

Tapikannn ada kesah sedih berlaku.. masa turun dari kereta, bibik ada tanya saya, tak nak bukak ke rantai leher, rantai kaki dan rantai tangan ALesya, ermm saya fikir tak apa-apa, so biar aje la.. ermm sekali benda nak jadi..takdir tuhan rantai kaki Alesya hilang, tak tau samaada dicuri atau terjatuh. Naluri saya kata ia dicuri, sebab bibik perasan, masa kami beli air, sedikit berasak, kaki adik bagai disentap-sentap... tp bibik tak fikir yang rantai kaki tu. Sekali lepas babah selesai solat maghrib babah tego, mana rantai kaki?? huwaaa dah hilang??? sedih sangat, terus tader mood, terus balik, sebab down giler.. itu rantai kaki asalnya babah belikan, kemudian terputus, saya nak repair, TOMEI kata tak leh repair, so saya tukar yang tu amek yang baru, comel.. ada loket comel-comel bentuk teddy bear bergantung-gantung.. cute sangat, dan ada loceng yang memaklumkan kami pergerakan dia, samada dia bergerak ke dapur... atau ada dimana, bunyi tu sudah tidak didengari lagi.

Semalam pulang je dari Jom Heboh tu, saya terus tader mood sampai kat rumah, nak siapkan tempahan cupcakes pun surammmm je..sampailah Najmi keluarkan kata-kata ni pada saya

"Mama, uztazah kita cakap, kalau kita hilang benda semua tu sudah takdir dari sebelum kita lahir lagi, Mama, rantai kaki adik tu, kalau mama ada duit nanti mama boleh beli lain kan? mama bayangkan kalau adik yang hilang, mana mama nak ganti, adik tu bukan ada dijual kat mana-mana? cube mama bayangkan emak yang anak dia hilang? sabar la mama, " uhuhu sebak dengar dia cakap ni, dia sudah matang, suatu ketika dahulu masa dia kecik, dia pernah ajak saya pegi TESCO belikan dia adik. uhuhu dia ingat adik dia ada jugal kat TESCO, tapi sekarang dia sudah tahu bahawah adik nya tiada jual di mana-mana.. saya pernah tulis ni kat blog, tapi cari balik tak jumpe pulak.

Aduhhhhh kena sebiji acik sapinat dengan budak umur 9 tahun. Terus saya tersentap dan tergamam?? Ya Allah tak leh bayangkan kalau anak-anak takder cemana?? Boleh gila saya. Betul kata si Abang, benda yang hilang tu sekumit harga saja, mereka anak-anak lah yang amat bernilai dan berharga, Zar kata, barang kemas yang hilang tu daki harta dunia je, anak-anak tu lah harta ktia sebenar-benarnya.

Dulu masa saya lahirkan si Abang, semasa berada di NICU, dia dilahirkan dengan berat 1.2kg kan, so kena duk NICU lama, 42 hari, sorang kakak ni kata pada saya, anak sulung dia lahir prem juga, 30 minggu, berat 1kg, tetapi amat matang berbanding dengan anak-anak sedara dia. Pemikiran dia ada kalanya matang tak padan usia. Ya mungkin benar.. saya merasainya. Si Abang ni memang la peel dia tetap budak-budak, ye la 9 tahun pun kan, tetapi ada kalanya kata-kata dia tu menyentuh jiwa dan tak terfikir akan keluar dari mulut dia. Kalau ada kawan saya kata, jarak usia anak pertama dan kedua jauh, membuatkan anak sulung cemburu pada adik dia, tetapi tidak pada si Abang, dia suka beralah dan sangat sayang adik dia, bangun tido pagi-pagi kalau hari minggu, dia akan cari adik dia dulu, kalau adik masih tido, dia akan pegi tido peluk-peluk adik, kalau adik dah jaga, dia akan ajak adik masuk bilik dan main-main dalam bilik gelak-gelak.

Kalau makan minum pun pandai beralah untuk adik, dan simpankan untuk adik. Kalau di sekolah ada kawan dia besday, bagi apa-apa jajan, dia akan simpan bawa balik untuk adik dia, atau kalau ada lebih jajan tu, dia siap cakap kat kawan, leh aku amek untuk adik aku satu?? Duit raya dia, kalau dia rasa duit adik lagi sikit, dia mintak bagikan duit raya dia kat adik, kesian adik, tak banyak duit kata dia. Masa dia bersunat hari tu pun masa kami buat kenduri, memang banyak dia dapat duit, dia sanggup pulak bagi juga duit kat adik dia. Kalau nak beli baju pun dia cakap, kalau dia tak mau, dah banyak baju, beli untuk adik je la.

Terima kasih abang kerana jadi abang yang baik. Sebagai emak, kekadang memang tercabar dengan peel dia, tetapi kekadang dia amat menyenangkan hati. Gitulah ragam anak-anak. Dia

15 Komen:

ayobkelubi on 12:37 PM said...

tabik untuk abang

harap ain akan jadi kakak sebaik abang najmi nanti..

doakan saya yer kak..

Kauthar on 12:51 PM said...

terharunya dengan kisah abang najmi..semoga atif pun akan jadi abang yang baik macam najmi..saya setuju dengan kak pnut..najmi memang matang berbanding usianya..

LiTtLe^m3 on 1:40 PM said...

ya allah bertuahnya kak dapat anak mcm abang ni.. mudah2an abang terus jadi anak yg soleh dan membahagiakan ibu bapanya.

Pnut on 3:44 PM said...

Ayob-Aminnnnnnn moga Ain lebih baik...

Kauthar-aminnn Atif tentu baik, sebab dia kuat semangat kan??

LittleM3-ehehe ape ke nama nak panggei ni..eheheh aminnn mudah-mudahan makbul kata-kata awak, time kasih..

LiTtLe^m3 on 5:28 PM said...

hehehe :) panggil je saya baiti. silent reader utk sekian lama (dari zaman student, kerja & kahwin) ni kali kedua tinggalkan comment :)

ieda on 5:41 PM said...

tu baru umur 9 thn dah bg ayat mcm tu kat mak dia..tunggulah 5 thn lg pnut..ayat power apa plk yg dia nk bg..hihihi
najmi ni cool jer kan..ikut abah dia kot..

Fara said...

bagusnya najmi. bagus didikan mak dan ayah dia. :D

Zareda Norman on 5:52 PM said...

pinut

kengkadang anak anak lah menjadi penguat semangat kita.. dia jujur, telus, ikhlas dan kadangkala lebih tenang dari kita..

Semoga abang menjadi anak yang solehah.. InsyaAllah

jamie on 8:39 PM said...

syukur rantai kaki tu dicuri without kaki alesya kena luka. ada kes tu kat petalin* stree* kaki anak dia luka kesan ragut sbb pencuri tu nak amik gelang kaki...beringat sblom kena ya kawan2.

My Life My Journey.. on 12:45 AM said...

Bijaknya Abg.. sejuk untie dgr.. syukur Pnut ada anak yg boleh menyejukkan jiwa ibunya yg bergelora, itu lebih dr berharga dr rantai kaki comel adik yg hilang yg tentunya boleh d beli semula bila2 masa kan..

Pnut on 8:07 AM said...

Baiti-heeh sodap pun nama...

Ieda-COOOLLL?? hot ada la depa dua orang tu..hahha mana ada cool

Fara-time kasih...tetiba mak pak dia kembang lebih dari biasa...hiks

Zar-mane solehah makcik zar.. soleh.. solehah tu utk ika..auaawwww

Jamie-syukur Alhamdulillah tiada kecederaan apa-apa...

Fa-ya anak-anak harta lebih bermakna, tiada angka boleh dihisab...

Anonymous said...

saya masih ada kesan torehan di kaki dek pencuri yg curi gelang kaki saya masa saya 9 bulan, pastu anak sulung saya pun sama cam Alesya kena rentap gelang kaki kat pasar malam... sib baik rentap dan terus di curi kalau diguting kena kaki berdarah mcm saya dulu lagi haruuuu... agaknya modus operandi ni masih kekal berpuluh tahun...

takpe pnut bak kata abg najmi nnt ada duit lebih beli baru... anak tiada gantinya... saya sendiri kalau tengok muka anak2 mesti terfikir kalau ditakdirkan mereka tiada atas sbb apapun bagaimana saya nak hadapi... Insya Allah kita semua diselamatkan dr yg tidak baik.

Maaf panjang sikit

cm

Anonymous said...

gelang anak saya hilang semasa pesta buku PWTC tempoh hr..time tu org mmg ramai gila...

Pnut on 10:21 AM said...

CM-eeeii benci betul dengan orang jahat ni kan?? berzaman ada, so moralnya mo more gelang kaki for alesya..huks..

Anon-amboii kat pesta buku pun sempat...

Tijah on 1:29 PM said...

kakak...

kita baru baca. kita rasa cam nak nanges. kita pun nak kasi adik kat cem jugek. huwaaa....

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino