Nengok tajuk kat atas tu kan.. saya tak salahkan diri saya langsung... tapi nescafe itu jahat sungguh. Aroma dia harum untuk dihidu, manakala kesedapan adalah sedap untuk dihirup. Itu nescafe bikin gue punya hati panas... hari-hari mau nescafe. Ini adalah ketagihan baru. Benci. Dulu saya memang kureng dengan nescafe ni sebab buat saya sakit kepala, tapi seminggu dua, ni saya minum cam ok je tader apa-apa, pening pun tadak, mungkin badan saya sudah pandai berjinak-jinak dengan caffein. Eh caffien pun ada caffien baik tau..tak caya tengok kandungan kimia dalam ubat migrai, ada mengandung caffein tau.. Masa saya bersalin, ada patient beranak sakit kepala sangat, doktor suruh dia minum kopi pekat atau minum coke untuk cafein bantu kurangkan sakit kepala. Tak tau le kot doktor tu propa.
Tapi dua kali beranak, dua kali dua doktor kabo, doktor kat spital besar GH, dan doktor kat spital Putrajaya pun kabo. Tapi saya tidak minum selepas bersalin ye, sebab syukur Alhamdulillah saya tak sakit kepala teruk, lite-lite je. Masa Najmi la, masa Alesya ok je saya, mungkin bisu sikit, masa Najmi terketar takut, jadi sampai dua kali bius, tu kesan dia kuat beno. Tu diaaa dari topik nescafe masuk topik beranak, muhibbah sungguh entry-entry kat blog ni kan??
NI pic hiasan nescafe dari pakcik google ye. Nescafe ni sedap tak kira sejuk atau panas. Tp kat ofis saya prefer sejuk punya, kalau panas punay version kena bikin sendiri, takut tak sedap, hok sejuk ni konon nak kurangkan efek caffein tu. kononnya la..
Tapi dua kali beranak, dua kali dua doktor kabo, doktor kat spital besar GH, dan doktor kat spital Putrajaya pun kabo. Tapi saya tidak minum selepas bersalin ye, sebab syukur Alhamdulillah saya tak sakit kepala teruk, lite-lite je. Masa Najmi la, masa Alesya ok je saya, mungkin bisu sikit, masa Najmi terketar takut, jadi sampai dua kali bius, tu kesan dia kuat beno. Tu diaaa dari topik nescafe masuk topik beranak, muhibbah sungguh entry-entry kat blog ni kan??
NI pic hiasan nescafe dari pakcik google ye. Nescafe ni sedap tak kira sejuk atau panas. Tp kat ofis saya prefer sejuk punya, kalau panas punay version kena bikin sendiri, takut tak sedap, hok sejuk ni konon nak kurangkan efek caffein tu. kononnya la..
Okeh, semalam adalah sangat hujan di Putrajaya. Sepatutnya saya adalah pergi ke Pasar Tani yang tidak menjual produk pertanian itu. Ya sile percaya, Pasar Tani putrajaya adalah menjual produk pertanian seperti cadar, mop ajaib, tilam kekabu, kain baju usah ceritalah, dan paling hebat kadang-kadang mereka juga jual kerete cap proton, kereta cap produa wah pertanian apakah itu? ok saya mesti ke Pasar Tani kerana perlu juga membeli ikan dan bahan memasak yang berkurangan itu.
So sedari tengahari saya tidak memakan lunch, saya cuma sarapan bihun goreng je pagi tu, tengahari saya cuma minum nescafe ais dan kunyah buah betik sepotong, adalah semata-mata kerana saya mahu membeli laksa tanpa belacan pak cik dari Pendang yang sedap itu, juga terbayang di mata ialah apam balik jagung lebey, untuk menternak lemak di badan. Jadi petang itu adalah sangat lapar buat saya. Tetiba hujan lebat adalah mematikan segala-galanya. Apabila hujan adalah sininom kita mesti kata diri kita lapar, itu adalah satu penyakit keturunan. juga sile percaya. Kerana tok kita, emak kita dulu asal hujan mesti nak goreng cucoq ikan bilis la..cucoq udang kering ka, koman-koman pun buat cucuq kembong cuma tepung+air dan sedikit gula (cicah dengan kari) Jadi jangan salahkan diri kita bila hujan kita sebut lapar ye tuan-tuan dan puan-puan. Ia adalah penyakit keturunan. Dan juga hujan juga jangan dipersalahkan, kerana hujan itu tidak bersalah apa-apa.
Jadi apabila saya lapar, tetiba rasa nak bertukar menjada raksasa gorgon, agar saya boleh kunyah pokok besar kat tempat parking ini, tapi saya sedar diri, saya manusia biasa, mesti mencari makanan. Dari rancangan nak ke pasar tani, saya terpaksa menerima hakikat bahawa ke Alamanda adalah yang terbaek. Maka saya menuju ke Alamanda dalam hujan lebat. Di sana saya membeli ikan kerisi, ikan sardin sos cili thai cap life, beli sosej, daging kisar. Adalah terbayang di mata ingin membuat coney dog. So saya juga merembat sebentuk salad bulat, adakah itu dibenarkan? sebentuk salad? ermm harap ok, manusia boleh menerima perumpaan saya itu.
Pulang ke rumah, tetiba masuk je rumah terbau gorengan seperti kodok bilis sudah digoreng, rupanya bibik saya yang rajin itu sudah siapkan minum petang, jadi ape lagi perut lapar, terus ngap..ngap. maka coney dog itu adalah menjadi sarapan pagi, bekalan saya, bekalan si abang dan bekalan pakcik gebu ke opis. Inilah Coney Dog Versi Mak Pnut. Resepi pernah diberi rasanya,tetapi cari balik tak jumpe, maka saya boh sekali lagi resepi, ianya mudah banget untuk disediakan, kiranya memalam dah boleh prepare inti daging tu, esoknya cuma bako sosej sajork.
Coney Dog Sempoi
1 bungkus daging kisar
2 ulas bawang putih
sebiji bawang beso, (potong dadu)
Separuh kiub ayam meggi (tak boh pun taper aiiihhhh)
satu suduh teh serbuk lada hitam (best guna hok kasar-kasar sikit
satu suduh teh serbuk lada sulah
3 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
Caranya
*Tumis bawang putih dan sedikit bawang beso dadu tu
(separuh lagi masukkan masa dekat nak masak)
*masuk sikit air, sos tiram, lada hitam dan lada sulah dan kiub ayam
*masak kejap sampai naik minyak sikit
*pastu masukkan daging kisar, masak sampai agak kering,
*last masukkan segala neka sos tadi. pastu letak baki bawang potong dadu tadi..
siap..
pastu bako sosej, belah roti kat tengah-tengah, boh la salad, letak sosej dan tabur daing kisar tadi, then picitkan sos lada hitam, sos cili dan mayonis. (saya masukkan dalam piping beng je)
Siappp makan le...
*tips-salad tu kalo boleh basuh malam tu, dan simpan dlm peti ais, jadi esoknya air dia dah kering
sempoi ni, kalau korang tak mo buat, sile mengaku korang memang pemalas.. hahahahaha jangan mare...
tata...
5 Komen:
aroma nescafe tu buat saya ketagih..ms mengandung x sentuh langsung..dh anak sethn br nk jinak2 minum blk..mcm2 jenama minum, kopi adabi, kopiko, tesco, old town white coffee, nestle, ape lg cap yg saya x try..semua bantai..heheh coney bun tu sgt sedap n ya saya mengaku saya pemalas..malas masak..hahah
izza pun time preggy mmg avoid la kafein2 suma tu..lgpun sedari dolu x layan..sekali skrang ni tah kenapa menggila nescafe sesajork..adeh ketagih sudah!!
saya dulu pun ketagih nescafe..btul la kak pnut,tak tahan tul aromanya nya menawan kalbu tuhhh..skang ni jarang2..tapi kalau bfast kat kedai mntak jugak nescafe panas :D
uihh coney dog sempoi tu nampak berseri maaa...terpaksa try nnti (taktau bila lagi :P ) biasala..i kan rajin!
Shaliza-sedap ke jenama-jenama lain?? akak cuma tahu nescafe je, lelain tak try..
Izza-masa pregnant mmg idak le minum semua ni, dulu akak bukan penggemar nescafe, skrng je suke..
Kauthar-heheh senang je coney dog tu, try la..
coney dog zaman matriks dulu, depa buh sosej dan kuah kacang jek..juai rm1.50 (mahal bg saya~masa tu lah)..tapi resepi akak nih, tak de plak taruk kuah kacang yer...
Post a Comment