Tuesday, July 15, 2008

Dugaan Hebat lagi...Abah Sakit, And Alesya dan off oksigen


Aku di uji lagi..
Sabtu lepas menerima panggilan telefon dari adik no.2 aku Tie, menangis suara dia menelefon, aku berdebar sakan menyambutnya, dalam tangis dia bagitau abah tengah tenat, jiran-jiran dah membaca yassin dah.

Aku jadi lemah, tak tau nak berfikir seketika, nak balik ke tak? Aku masih berpantang 34 hari, baby masih di NICU, call kampung semula selepas setengah jam, kata adik abah masih tenat, kami berkemas, tekadkan hati nak balik jugak, selesai semua urusan, lepas solat asar, kami ke hospital, berjumpa si adik, jumpa doktor terangkan situasi dan bertanya ok ke kalau kami nak balik Kedah, doktor kata ok, adik dah stabil, nothing to worry, lepas keluar dari hospital, call emak semula, kata mak, abah dah reda sikit, tak nazak sangat macam awal tadi, aku cakap nak balik, mak kata tunggu dulu, aku pun tengah berpantang, masih tak sihat, dengan baby di NICU, mak kata doa saja dari jauh, kat sini ramai sedara mara yang ada sama-sama mak. Adik-adik emak dari Penaga semua ada bersama emak. Aku lega sedikit. Sehingga kini kami di sini bersedia dengan sebarang berita, dan kena redha.

Mak kata balik rumah dulu, tunggu apa-apa berita. Sehingga kini abah masih belum sedar sepenuhnya, dan masih berada di rumah, aku sudah pujuk emak bawakan abah ke hospital, at least boleh masuk air ikut drip or susu ke apa, mulanya emak dah setuju, tapi bila orang tu datang, orang ni datang, sedara ni datang, semua kata kat mak tak payah bawa ke hospital, aku mati kata. Mak tengah sensitif, bila aku salah cakap, nanti mak menangis, aku tak mau menambah sedih emak, jadi kami ambil keputusan ikut sajalah, aku tidak berada di tempat emak, jadi aku tak dapat selami 100 peratus apa yang ada di fikiran emak sekarang, jadi tak adil untuk aku memaksa emak membawa abah ke hospital.

Mungkin emak takut dia tak mampu bertunggu lama-lama di hospital di sisi abah, emak pun ada darah tinggi, takut dia pening, takut bila dia balik, abah tenat, kata adik-adik, mak tak lekang dari sisi abah di rumah, membaca yassin dan mengaji hampir sepanjang hari, berhenti kalau ada tetamu dtg melawat, solat dan tidur sekejap. Menjadi anak sulung agak berat, dalam situasi ini, kerana aku Kak Long yang berada jauh di sisi emak, abah dan adik-adik di saat ini, betapa tuhan saja yang tau, badan aku disisi tapi jasad dan jiwa aku berada di sana. Hanya yang mampu dilakukan, berdoa yang terbaik. Bak kata emak, kami semua redha, andai tiba masa untuk abah pergi mengadap Dia, ambillah abah dengan tenang, dengan sempurna, janganlah uji abah begitu, andai panjang umur abah, sihatlah dia, sekurang-kurangnya sedar untuk menelan sesuap dua bubur nasi. Sehingga menulis entry ini aku menaip dengan linangan air mata.

Kata cik abang, kalau kita ada sayap, sudah terbang balik ke sana, sekejap untuk bersama...

Ya Allah permudahkanlah segalanya.

Perkembangan Adik..

Alhamdulillah, adik sudah tidak menggunakan oksigen dah, dia sekarang Alesya yang sangat hebat dan kuat dengan izin Allah Taala, dia menyedut udara dari Allah, dan bernafas dengan sendiri, aku sungguh bangga dan kagum dengan semangat dan kekuatan dia. Memandang dia yang sekecil itu kuat, aku tau aku perlu jadi lebih kuat. Dalam kesedihan dengan keadaan abah, adik Alesya mengundang air mata gembira aku, kerana dia sudah bertambah berat, bertambah sihat dan kuat, dan memandang dia tanpa wayar dan tiub berselirat tadi aku jadi gembira, terima kasih adik kerana menghadiahkan gembira buat mama. Tiub yang tinggal hanyalah tiub untuk menyalurkan susu sahaja, segala tiub di kaki, tangan semua sudah tiada. Tiub susu pun mungkin tidak lama akan akan ditanggalkan, kerana doktor kata dia sudah pandai menghisap, bukan main dia menghisap-hisap tiub yang ada itu pun. Cuma doktor masih merasakan belum masa dia diberi susu dengan cara dia menghisap, masih takut dia tersedak.

Ya Allah, aku mohon kau beri ketenangan untuk aku lalui semua ini. Moga kau permudahkan segala kesulitan yang ada pada ujianMu kali ini. Amin...


0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino