Monday, June 23, 2008

Nur Alesya Qhaisara hari ke 15


Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mengunjungi blog ini dan mengirimkan doa buat puteri kami Nur Alesya Qhaisara, samaada melalui komen di sini, melalui ym, melalui sms. Berkat semua perkembangan Alesya makin positif. Kalau berkesempatan, bila menjenguk Alesya di wad, dan bertembung dengan doktor, aku pasti akan 'menyibuk' bertanya tentang Alesya pada doktor. Mulanya agak risau kerana kata doktor kandungan garam dalam badan dia rendah, tapi minggu ini nampaknya makin positif, doktor supply garam ke dalam badan dia, and respon positif, bacaan menunjukkan peningkatan.

Mulanya hemobglobin dalam badan juga agak rendah, keadaan itu menyebabkan dia kelihatan pucat. Doktor ambil darah aku untuk tengok serasi atau tidak untuk transfer pada Alesya, dan darah itu samaada serasi atau tidak dengan bekalan antibodi badan yang dibekalkan kepada Alesya, Alhamdulillah, ujian makmal menunjukkan darah kami serasi, dan darah aku dipindah ke badan Alesya, tidak banyak sikit je, lebih kurang 5ml kalau tak silap aku, dan selepas dua tiga kali transfer, bacaan hemoglobin makin meningkat. Alhamdulillah..Allah permudahkan...

Minggu lepas dia mengalami kembung perut, sayu pilu hati aku tengok perut dia kembung, menitik air mata memandang, doktor puasakan dia, dia hanya menerima bekalan makanan dan vitamin semua dari drip, susu badan yang aku pump dan supply tidak dibekalkan buat sementara, dua hari kemudian itu, keadaan better and susu mula diberikan, doktor bagi sikit je dulu, bila tengok respon dia positif doktor naikkan kuantiti, Alhamdulillah dia menerima dengan baik. Kata doktor pakar, minggu pertama selepas bayi dilahir, walaupun dengan berat yang normal, pasti mereka akan mengalami sedikit penurunan berat badan, begitu juga Alesya, nampak ketara beratnya menurun, tapi minggu ini sudah nampak badan kembali merah, dan tidak lagi nampak menyusut seperti minggu lepas.

Kata doktor pakar itu lagi, musuh utama baby pra matang ialah jangkitan kuman. Itulah yang paling doktor jaga, dan sebab itu mereka perlukan antibodi yang kuat, dan specialnya anak pra matang ini, mereka mendapat bekalan nutrition dan segalanya dalam kuantiti yang secukupnya, dan Alesya telah menerima 3 beg bekalan supplement yang sepatutnya dia perlukan, dan syukur kata doktor badan dia menerima dengan baik supplement yang di supply melalui uratnya, kata doktor yang mereka risau ialah berlaku penolakan. Tapi Alesya kan kuat..dia dilindungi Allah, maka Allah permudahkan. Aleysa masih menerima bekalan oksigen, kata doktor ianya masih perlu, tak kisahlah doktor berilah yang terbaik untuk baby Alesya.

Doktor pakar kat NICU itu, doktor India, perempuan, very profesional. Dia menerangkan dengan jelas dan sopan setiap kali aku bertanya, bila aku cakap pada dia aku risau pasal baby sampai tak lena tido jawapan dia menyedapkan telinga, "No..no..don't worry about the baby, dia ok, stabil, sebagai emak, you duduk kat rumah, doa pada your baby, sebagai doktor, me and my team akan rawat all the babies with our best, our part is to help the baby and your part is doa as a mother, I am sure God will help all of us"

Insya-Allah, harapnya minggu ini Alesya akan terus positif, dan berat badan makin bertambah, dan bertambah. Kepada yang sering sms, bertanya baby dah keluar wad ke belum, suka aku nak inform memang lambat baby ni akan keluar dari wad, entah-entah aku dah masuk kerja semula pun belum tentu dia dapat keluar wad, sedangkan Najmi dulu yang tak pakai oksigen, tiada masalah apa-apa duduk 42 hari di wad, inikan Alesya yang lebih kecil, dan guna oksigen buat masa ini, aku jangka, mungkin 2 bulan dia akan berada di wad, tak per la janji dia selamat, kalau ikutkan pun dia sepatutnya dilahir lagi dua bulan pun, yang penting dia makin sihat, Insya-Allah nanti dia akan membesar macam abang dia juga.

Terharu juga kerana ramai kawan-kawan cyber dan kawan-kawan lain, yang concern dan ikhlas hendak melawat baby Alesya, tapi malangnya di wad NICU itu hanya ibu dan bapa sahaja yang dibenarkan masuk. Sabar ye kawan-kawan, ada rezeki kami, bila Alesya selamat balik, dan dia besar sedikit, kami akan jemput kawan-kawan ke rumah meraikan kesyukuran. Insya-Allah moga ada rezeki untuk itu. Again, terima kasih atas doa semua...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino