Monday, June 30, 2008

Adik hari ke 22


Nur Alesya Qhaisara..hari ke 22

Perjalanan adik di wad NICU masih panjang lagi.. yang positif, condition dia getting better, cuma berat dia yang menurun minggu lepas belum naik lagi, tapi Alhamdulillah, dia sudah boleh menerima susu melalui tiub dengan baik, sehingga semalam dia menerima sehingga 12cc susu badan yang aku bekalkan, Alhamdulillah.. Jumaat masa babah lawat dia selepas balik kerja, hanya diberi 8cc, Sabtu dinaikkan ke 9cc, dan semalam 12cc, mungkin hari ini akan bertambah lagi. Mudah-mudahan, susu badan akan membekalkan antibodi yang lebih kepada dia. Disebabkan dia boleh menerima susu badan dengan baik, tanpa masalah, doktor hentikan bekalan 'makanan' yang diberikan melalui drip yang disalurkan melalui urat. Doa aku, moga Allah banyakkan lah bekalan susu badan ini demi Alesya.

Kena kuat semangat bagi ibu-ibu yang melahirkan anak tak cukup bulan macam aku, kerana bekalan susu badan yang yang terbentuk sehingga minggu ke 30 sahaja, aku surf forum-forum kaum ibu, merata-rata, dan berbincang mengenai EBM ni, banyak yang boleh dipelajari dan diamalkan.

Semalam kami belikan kad, untuk Najmi tulis dan kami lekatkan pada ventilator Alesya, aku cakap pada Najmi tulis saja apa dia dia nak kata pada baby, aku lupa nak ambil gambar kad yang comel yang diconteng dan dia kaler-kalerkan untuk adik dia, dia lukis transformers, lukis jet, dan tulis kata-kata semangat untuk adik Alesya, antara yang dia tulis, 'Adik, abang rindu adik, abang sayang adik, adik kena kuat dan cepat sihat, adik kena kuat macam abang, abang dulu pun lahir kecil, tapi abang kuat, abang sayang sangat kat adik, adik cepat sihat dan kuat, I Love you adik," gitulah lebih kurang apa dia tulis. Kebetulan masa kami pergi, doktor pakar India tu ada aku tanya boleh lekat kad ni, dari abang dia? doktor pakar tu kata, "boleh..boleh sure, no problem, you can also bring family picture, so that we can put here, so all of you close together" Oh, syukurlah walaupun dia doktor India, tapi sungguh mendamaikan jiwa.

Ok adik..terus kuat ye sayang..

Aku lebih kuat semangat, kerana di NICU itu ada dua baby yang lahir kurang dari 7 bulan, dengan berat 700++ gram sahaja, dan Alhamdulillah, dua baby miracle tu sekarang dah makin sihat dan berisi, setelah mendapat jagaan rapi lebih 3 bulan, sihat. Kekuatan dua baby special ni betul memberikan kekuatan kepada aku juga. Allah Maha berkuasa atas segalanya kan, semua perkara yang berlaku adalah dengan izinNya, kalau Dia kata ya, maka ya lah yang terjadi, kalau Dia kata tidak, maka tidaklah, siapalah kita sebagai hamba hendak membantah.

Cerita si Abang pula..

Najmi as usual, selalu ambil mudah banyak perkara, he is growing up being like "budak lelaki memang macam tu," kalau nak tau, hari aku pegi hospital, untuk dibersalinkan tu, masa hari pertama sekolah buka selapas cuti dua minggu, rupanya dia ada periksa pertengahan tahun, kami langsung tak diberitahu, cikgunya pun tak beri apa-apa surat, mujur dia dihantar ke sekolah juga pagi tu walau kami dah tau aku akan dibersalinkan hari tu juga. Yang babah tau pun bila sembang dengan jiran, orang tu cakap budak-budak periksa, apa lagi, marah la babah bila benda penting begitu dia ambil mudah. Udahlah buku langsung dia tak belek, geram je dengar. Sebagai emak, aku dihospital doakan je la mudah-mudahan dia terang hati menjawab semua soalan.

Seminggu kemudian tu, dia bawa balik semua markah yang di dapat, mujurlah semuanya dia dapat 92 ke atas, kecuali English je dia dapat 80++, aku pun tak ingat berapa dia dapat. Dan dia kata dia dapat 5A, entahlah betul entah tidak, sampai hari ini kami belum dapat lagi rekod profail dia, slow betul cikgu dia ni. periksa dah 3 minggu abeh, belum dapat buku rekod lagi. Bertuah sungguh anak aku yang sorang ni. Bila kami semak semula kertas periksa dia, terutama English, alahai anak..kecuaian dia banyak menyebabkan dia hilang markah, bukan sebab dia tak tau jawapan. Contohnya soalan yang kena suaikan perkataan dengan kotak, boleh aku 8 soalan, lapan kotak dia kena suaikan garis-garis tu, dia boleh miss, tak buat satu garis, means dia tak jawab satu soalan,kena bagitau lain kali kena kira, ada berapa kotak, dan kira cukup tak garis yang dibuat, dia memang la jenis nak cepat siapkan kerja, supaya dia boleh rileks cepat.

Kalau dia buat homework, laju je nak siapkan, itu yang bila mewarna, orang kaler macam-macam, jenuh kena marah dengan babah. Kalau solat pun sama, kalau kita tak perati, laju je dia solat, iklan kat tv tak sempat abeh dia dah selesai solat, selalu kena repeat kalau babahnya ada, siap babah tunggu tepi katil kalau dia solat. Ni semua saja ditulis kat sini, supaya suatu hari nanti dia tau peelnya masa kecil macam mana. Betapa kenalah double sabar...

0 Komen:

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino