Tuesday, March 29, 2011

Riadah Pnut and Co.


Hari Ahad petang nan silam kami anak beranak termasuk bibik beriadah kat taman apa tah, kat presint 15, seronoknya duduk Putrajaya ni taman-taman dia banyak, so boleh beriadah. Tahniah pada Tun M (tertulis dalam buku Doctor's in the house) antara plan pembangunan putrajaya ialah bandar dalam taman. Saya sukaaaa.. setiap presint ada pusat rekreasi sendiri, kolam renang, gym, climbing rock, pusat rekreasi air. hahah orang putrajaya sendiri pun tak abeh nak terokai taman-taman di tempat sendiri. Nak tak nak je la kita nak gunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan.

So antara diet saya ialah selepas saya sudah melepasi 10kg pertama, next phase, low kalori diet, untuk nyahkan lagi next target iaitu lagi 10kg. So konsep low calori diet ni sonang jek calori IN calori OUT. Diet rendah kalori lebih mudah berbanding Atkins Diet. Atkins Diet saya buat sebagai target hilangkan 10kg pertama, and i'm done, kalau tak kerana balik kampung seminggu naik 2kg itu hari, saya dah hilang 12kg. tapi seminggu membedal cik lela masak enak-enak, habuannya 2kg naik tanpa rasa bersalah. demm it.

Jadi apa perlu saya buat untuk hilangkan balik 2kg yang kacau tu? 3 hari atkins, turun 1kg, selebihnya saya study low kalori diet, dan saya tau, saya mesti tukar pola pemakanan saya yang dulu iaitu melebih 2000 kalori sehari, kepada at least 1,700 kg sehari, in order untuk hilangkan 1kg satu minggu. Untuk my case, i really count on calori in, minum milo pun timbang kak senah oiii, limit 20g milo (atau dua sudu) dengan seketul gula equal, pengganti gula low calori, bagi memastikan jumlah kalori dalam milo saya minum adalah tidak melebih 90 kalori. 20g milo=82 kalori.

Dan untuk nyahkan 300 calori dengan cara mudah setiap hari saya perlu lakukan ini, riadah yang mudah. So katakan saya makan makanan yang dari pagi sampai petang berjumlah 1500 kalori (antara yang boleh makan dengan jumlah ni, sarapan pagi, 2 sudu oat, milo 20g, biskut, buah-buah, tengahari-nasi 4-5 sudu (tp saya pilih makan sayur dan buah-buah), ptg makan biskut dan buah, so sampai petang actually tak sampai 1500 kalori pun kalau dihitung, so by ptg, saya boleh buat aktviti macam dalam bulatan, in order nak hilangkan 300 calori untuk berat badan sekarang kira kat sini Kira kalori 

Untuk bakar 300 kalori kita boleh buat aktiviti ni... actually semua, tapi yang dalam bulatan tu yang paling mudah la

So kalau saya makan sehari 1,700 kalori saya buang 300 kalori dengan berjalan (briskwalk selama 43 minit) saya nyahkan 300 kalori tu, meaning saya masukkan 1,400 kalori/per day lebih rendah dari sepatutnya dari target, iaitu 1,700 kalori/day. Seronok diet atkins adalah lain, kita boleh makan makanan low carbohidrat sampai kenyang, tak kiralah berapa kalori cuma tak boleh manis, dan buah-buah, dan makanan tinggi kabohidrat. Tetapi, diet rendah kalori, boleh makan/minum semua jenis makanan, cuma bezanya boleh makan sikit, sebab semua makanan ada kalori, rendah-rendah kalori buah-buahan pun serendah 30-80 kalori, so kalau makan 4 jenis buah, potong-potong beli kat kedai tu dah 200 kalori lebih juga.

So untuk diet rendah kalori, exercise is a MUST, jangan ngelat kalau nak turunkan berat, ingat kalori masuk kalori kena keluar. cara nak keluarkan ialah dengan exercise, walaupun sekadar berjalan-jalan keliling perumahan pun, at least kita bakar 100-200 kalori dengan mudah.

So saya paksa pakcik gebu beriadah sekali.. agar dia juga tak berapa gebu, ajak dia berjogging di taman. Jadi kami ke Taman kat Presint 15, lupa pulak apa nama taman ni. Best taman ni sebab hijau, dan amat redup, kalau pi berjogging pukul 5.30 ptg pun boleh, sebab environment dia redup, berbukit, cepat keluar peluh, dapat naik turun bukit 3 kali, dah lebih 200 kalori dibakar. pusing keliling taman, 4-5 kali, cukup dapat 300-400 kalori kita bakar..
redup dan cantik... yang si abang berdiri tu laluan berbukit, memanjang, adalah dalam 500 meter.. penat juga pusing 2 kali..




naik turun tangga pun ok, tapi satu round je, lutut tak berapa power.


Cantik tempat ni.


Sorry guy, no more nugget goreng for kudap-kudapan after riadah, buah betik and tembikai for kalian hero-heroku..
eheheh nanti saya story pasai low kalori diet, apa yang selalu kita buat silap.. next entryyyy ok... banyak benda silap kita buat semasa berdiet, iaitu berlapar!!! salah... diet ialah makan makanan yang betul dengan kauntiti yang betul, bukan berlapar. Sooon ok...

Fasa kedua 10kg to go... Harap boleh...

9 Komen:

Siti Noor Aminah on 2:28 PM said...

kak pnut, lawa la tempat ni. tapi nampak cam tak dak org ja.

*selamat berdiet. nanti kalo dh kuruih, tolong tempek gambar terbaru. nak tengokkkk

Pnut on 2:39 PM said...

GC-orang tak ramai, sebab penduduk putrajaya bukannya ramai, tetapi taman-taman yang ada banyakkkk so kat sana ada sikit, sini ada sikit.. setiap presint ada kawasan untuk komuniti dia, so setiap taman tu tak ramai orang beriadah, syok camtu, privacy...

Angah on 3:38 PM said...

next 10 kg...go go pnut boleh!

Anonymous said...

Pnut,
Ini namanya Taman Canseri, dulu sblm ayah SarahJiha sibuk, kita org selalu main badminton kat sini.

roserose*MrsYusof* on 2:30 AM said...

go pnut go!!

Teringat zaman cuma amik quaker oat n kurma n susu time bulan posa..lepas sebulan setengah,..amik ko..10kg turun..dululah zaman muda2

Hafiz Dunia Pesona on 1:09 PM said...

wahhhh ... lamanya tak singgah kat sini ... how are u ? seronok melihat my cuppy logo is still here.... :-)

me and wife semakin enjoy writing on our blog ..... love to share our happy time ngan Iman .... kalo rajin visit2 la ye : http://journey.duniapesona.com :-)

DeLinn on 5:26 PM said...

kat mana exactly taman ni ye? menarik nak diexplore

Pnut on 10:24 AM said...

Angah-thanks... Isnya-Allah doakan daku...eheheh

Kak mazni-ya semalam pi jogging tgk nama dia dah..ehehe

Kak Rose-harap-harap diet kali ni berkekalan..eheheh

Hafiz-akak dok masuk la blog hafiz baca..eheheh

Delin-taman ni dekat presint 15, dekat dengan muzium alam semulajadi... tak jauh la dari mydin

ros on 1:24 PM said...

Pnut- kak ros yg ngelat2 atkins diet ni dah turun 2.5 kg tau..hehhehe
belum lagi exercise..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino