Okehlah cukup ni last, tak der kojer lain, dok nulih kesah diet, kuruih dak juga... ohhh plis jangan salah faham, saya diet bukan untuk kurus, agak mustahil itu akan berlaku walau pun tak la mustahil sangat, tapi gua rasa cam mustahil juga la...
Okeh bebeh, dengan rajinnya saya men-snap beberapa contoh pemakanan yang boleh dijadikan panduan
Ok, itu roti plastik kaler kuning tu tajuk dia ialah gardenia breaktru, ini loti aaa sangat low carb, low calories.. so boleh la mamam, tp harus diingati, 2 keping roti ni adalah bersamaan 14.4g carb, tinggi le juga tu.. tapi rendahlah berbanding dengan roti biasa atau roti wholemeal tu, wholemeal roti tu yg katanya high fiber tu, tinggi juga carbs dia, 2 keping dalam 20++ carb. jadi moralnya makan sekeping je sekali, atau saya, sekeping tu potong dua., so each dah potong tu dah dalam 7.2g carb kan? so kalau bawak bekal, 4 keping kecik (dua keping potong dua, jadi 4 le kannn) so mamam, setengah tu, 7.2 carb gitu, dah letak sosej satu batang less than 2g carb, jadilah buat sarapan,
bekalan ke opis, roti, salad, sosej dan bekas kecik tu mayonis, mayonis rendah carb ok.
kudap-kudapan... eeeii tak sedap tau... tp jd sedap gak la wat cicah ngan mayonis
brokoli rebus, gaul ngan salad, sosej, mayonis, dan seketoi ayam sambal. (ayam basuh buang kemanisan dia, ni beli, makcik ni masak ayam masak merah, manis) bagi saya dah tersangat kenyang dah makan macam ni.. betul tak tipu.. tapi kena biasakan perut dulu.. slowly..
tuna, rendah je carb dia, bosan makan cam kat atas rebus telut sebijk, makan gaul ngan tuna ni, atau, makan ngan roti breaktru sekeping
beskut agak low carb, banding beskut lain, 7.7g, makan sekeping baru 3.5
beras herba ponno taj mahal, still tinggi, tapi lebih rendah berbandin beras biasa, kalau beras ni 100gram nasi baru 39.12g kan? tapi beras biasa, 100gram = 82g carbs.
Takat sorang makan, beli pack kecik je, tak sampai 6 rggt, saya timbang 70g tu, tanak dalam periuk kecik, ada sekali je makan, dah masak tu, saya timbang, amek 35g nasi je, (dalam 2 sudu besar) so anggaran carb dalam 13-14g carb, jadilah buat lepas gian nak makan nasi, tapi malangnya sekali tu je saya makan nasi 2 sudu tu, lepas tu belen masih dok dalam peti ais, dah lebih 10 hari, bibik siap letak kat tempat beku?? apekah??? camner nak defrost??? sabo je bibik aku... rugi pulak, sebab tak makan nasi pon, selama diet ni, lainlah seisi keluarga mamam beras ni baru berbaloi.
lelain ada nama makanan kat pic-pic sendiri nengok le ek..
nampak tak carb dia 2 keping roti adalah 22.3g, so kalau makan 4 keping 40++, baik makan nasi setengah pinggan, sama je kandungan carb dia.
erkkk lelain korang cari la sendiri, wa pun buat study beb, tak main bedal je... kena ada target..
kalau rasa takut kebulur sangatlah kan...boleh amek oat.. oat ni, kalau 100g=22g carb. So nak kasi perut 'penuh' ameklah dalam 2 sudu beso oat, less than 50g, carb dia baru dalam 10g kan?? so kalau kita set 30g carb per day, untuk breakfast pagi kita dah amek 10g carb, then makan la oat tu dengan sardin ke, yang low carb tu, total tak sampai 12g carb, tghari tibai la makan ikan bakar, ayam bakar ke yang carb rendah 0.1-2g carb.. dah kenyang dah yong... ptg, but kunya2 sebelum makan makan, makanlah 2 keping biskut bijan tu, 7.7g carb, tak sampai 20g lagik kan??? so ptg, pukul 7-8, leh la dinner dengan sosej, sate ke, atau sekeping
roti breaktru, letka cheese 2 keping, dan ngap dengan sebatang sosej...
Oh ya penting juga kalau kita rajin, buat catatan dairi pemakanan kita, contoh la macam ni.. tapi saya idak la taip, saya tulis dalam dairi je, tp nak tunjuk dairi saya, malu lak, tulisan doktor pun kalah..
Penting juga ni, sebab kalau dari pagi, kita count on our carb intake, by tengahari kita boleh plan apa kita boleh makan, and how many total carbs yang tinggal, dan yang belen tu apa boleh kita makan sampai untuk malam.. katakan macam saya, dah tetapkan about 30g/day, so kalau pagi dah spend 11g carb, so kena hati-hati supaya the next 3 meal tu (termasuk minum ptg) jumlah carb diambil tak melebih 20g la...
Ermmmm apa pun semua benda ni atas diri kita... kalau kita keep on telling tak boleh la.. tak dapat nasi gigil badan, ketaq lutut... itu semua psiko la... makan sayur, sosej, ikan bakar, ayam bakar pun kenyang sangat dah, semalam saya makan sepinggan brokoli penuh, dengan sosej 2 batang, sampai termuntah keluar, sebab kenyang sangat.. see bila kita ajar perut kita menerima makanan lite-lite, the over kuantiti masuk tak leh terima, nak keluar balik. perut kita need to educate la.. kena diajar makan lite-lite.. one thing, diet low carb ni, kita boleh makan sumber protein banyak, contoh, kalau larat, leh makan sekoq ayam pun kalo nak, boleh makan ikan bakar 3-4 ekor kalau nafsu besar.. semua tu low carb, jangan risau kalori., concern kita ialah carb...
Cumaaaa plis, check doktor dulu sebelum nak start diet ni, check buah pinggang, keadaan kesihatan dulu.. kalau tak sesuai jangan buat, saya pun check dan refer doktor dulu, cuma saya sememangnya tiap 3 bulan sekali memang ada check up, so dah tau keadaan diri cemana, untuk saya low potasium, dan hypertension, saya elak makan daging dan masin-,masin.. telur pun kureng takut juga kolestrol, walau ada kajian kata it safe, tapi saya ada sedikit keraguan. so saya makan ayam dan ikan, ayam amek belah dada-dada..dan untuk apa-apa diet pun kita kena minum air banyak berliter-liter kan? tapi untuk saya, saya minum air secukup yang tidak berlebih, sebab tak mau potasium dinyahkan dari badan melalui kenc*ng yang banyak, kurang garam mineral dalam badan saya tidak elok untuk kesihatan, sebab saya memang disahkan low potasium, and of course, saya tak boleh miss amek potasium pill dari doktor.
Next-testimoni... kejap lagi upppp
5 Komen:
Salam P-Nut,
Ha! ha! la ni, tak dak kerja lain le kita, asal nak beli makanan mesti nak tengok berapa carb dia. Baguih jugak kan...
"Bersama Kita Kuruskan Badan" ;-)
wa kak pnut..kagum saya dengan kesungguhan akak..cer akak email kat saya menu akak dari isnin sampai ahad..nak cuba ni kak , saya pelu turun 10kg ni.
email eh kak..hanuni78@yahoo.com
TQVM...memang pustakawan yang hebat ni ;)
Salam kak...
Terima kasih sbb bg bnyk info pasal diet ni..sy prlu turun dlm 10 kg lg..mcm2 sy bt tp x blh la, ni nk try cara diet akak plak..
thanks a lot...
saya amek tunha yg 0 carbs terus..hahahaa..yg lam mineral..tpi rasanya kne modfied le sket
หนังใหม่ดูได้เลยไม่ต้องออกจากบ้าน ดูหนังฟรี 4K Full HD Alita: Battle Angel อลิตา แบทเทิล แองเจิ้ล (2019)
https://www.doonung1234.com/
Post a Comment