Ok, seperti dijanjikan... saya bushhhhhhh akan provide information pasal atkins diet ni.. amekla korang.. baca sampai lebam...
tapi awasssssssss ini adalah disclaimer!!!! saya tulis sekadar faham saya, dan saya bukan dietician, atau pakar.. please refer sumber lain, dan mungkin ada fakta-fakta kat sini salah, mohon maaf, apa yang saya ceritakan di sini adalah dari apa saya baca, dan amalkan.. Jangan nak kondem tak tentu pasal plisss,, do your own research kalau ada fakta meragukan...
okeh mari kita lihat!!!!
Atkins Diet tu kejadahnya??
Atkins Diet ni diambil dari nama doktor yang memperkenalkan diet ni, Atkins Diet ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan.Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahanapi. Ini bereti berat badan anda akan mula menyusut. Dr Atkins mula mengembangkan idea karbohidrat rendah dalam pemakanan semenjak tahun 1970an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti low-fat diet atau diet rendah lemak.
Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama. Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
A.Camner cara nak buat??
Melalui low-fat diet, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti meminum lebih banyak jus, memakan roti dan kentang berlebihan. Yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakkan diet yang diperkenalan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik low-fat diet itu buat masa yang lama. Dr Atkin telah membuat kajian mengenai low carbohydrate diet dan mendapati yang mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.
A.Camner cara nak buat??
Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda. 4 peringkatnya ialah:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance
Yang penting sekali ialah hat nombot satu tu.. pasai kat sinilah kita boleh turunkan sebanyak 3-5kg, dalam masa 2 minggu ni, kalau berdisiplin tinggi, dan azam kuat.. Camner nak pastikan ianya berjaya, dan setidak-tidaknya turun 3kg dalam tempoh 2 minggu ni?? jawapannya... baca dan faham dulu...
Yang no, 2, 3 dan 4, soon2 la kita story mori, atau ouls boleh cari sendiri, hat saya nak tekankan hat no. 1
No.1 Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Atkins Diet kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda. Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.
(ingat, keyword dia ialah tapak permulaan.. jadi untuk bermula, kita kena disiplin dan biasakan diri dulu, jangan teruja terus nak buat diet ni, tanpa mengetahui apa boleh makan dan apa tak boleh makan.. end up give sebab berat tak turun, malah bertambah.
B. Kaedah diet ni berlangsung dan kaitannya rendah karbohidrat, tinggi protein membantu anda??
Kita kena letak badan kita dalam proses KETOSIS...
C. KETOSIS TU MENDE???
Ok, ni saya petik dari blog DZUL adik ni dah berjaya turunkan dari 120kg-80kg++, kira dah tahap sifoo dalam arena diet atkins ni.. satu contoh rakyat malaysia yang masih muda, dan study pasal atkins, pasal carb,
"KETOSIS adelah 1 proses dimane badan menggunekan LEMAK sebagai punca tenaga...asalnye badan kite menggunekan CARBOHYDRATES. Bile kite mengurangkan pegambilan karbohidrat,badan kite akan mule membakar lemak sebagai tenage...macam yg kite slalu blaja kat skula rendah yg diajar oleh cikgu sains kite,badan kite perlukan karbohidrat sebagai tenage...seperti ape yg rakyat malaysia amalkan sekarang,kite mengambil jumlah karbohidrat yg amat tinggi...TINGGI PUNYE!!!
So,ape yang berlaku?bile kite melakukan keje atau pun bersenam,badan akan membakar karbohidrat sebagai bahanapi(betul ke aku eje).... so,ape jadi dengan lemak2 dalam badan kite? Ia akan maintain dalam badan kite,,,plus,kite makan lagi lemak,lagi la bertambah....kan3? Jadi,bile badan kite membakar lemak sebagai bahanapi ataupn tenage,automatik la lemak dalam badan kite akan berkurang dan menyebabkan!!! Kite lebih hensem dari dulu"
ni lagi satu, saya petik dari blog dia juga.. thanks adik Dzul
KETOSIS adelah 1 proses dimane badan menggunekan LEMAK sebagai punca tenaga...asalnye badan kite menggunekan CARBOHYDRATES.... Bayangkan keadaan ni, kite sekarang ni gemuk...kenape gemuk? sebab banyak lemak dalam badan..nak kurus macam mane?mestilah dengan hilangkan lemak? macam mane nak buat tu kalau badan kite menggunekan CARBOHYDRATES sebagai punca tenaga...hanye CARBOHYDRATES yang akan dibakar dan lemak akan terbiar macam tuh saje..
Sebab tuh kite tukar badan kite drpd menggunekan CARBOHYDRATES sebagai tenage menjadi LEMAK sebagai tenage...jadi,tu la ketosis...bile kandungan CARBOHYDRATES kite rendah,badan akan mengesan kekurangan CARBOHYDRATES dan badan akan membakar LEMAK sebagai punca tenage.
TANdA2 KETOSIS BERLAKU
-Nafas berbau
-pening untuk permulaan
-Strong urine
-Tenaga bertambah
-selera makan berkurang
Ok, dah faham... so proses nak laksanakan...
1. First, study dulu konsep diet ni, apa bendanyan dan macam mana ia berlaku. faham dulu.
2. Listkan senarai makanan yang mana boleh makan, mana tak boleh.
3. CUBA DULU-Penting niiiii jangan terus baca ni, then decide esok terus nak mula.. meh sini nak tampor sedas dulu. Kalau gelojoh camtu, kompeeemmmm sekerat jalan je la mengkomer... pastu ketaq lutut, pastu baham nasi goreng, baham teh tarik.. yennnaaadeyyyy..nehiii bettttii nehiiii,
4. Dah faham tu, dah tau apa boleh makan apa tak boleh, baru start slowly.. kalau biasa breakfast nasi lemak penuh dengan lauk sotong, paru bagai kan?? kita turunkan taraf dia.. cuma amek bihun 4-5 sudu.. (bihun kategori makanan yang rendah low carb dalam keluarga mee, keow teow tu), pastu tengahari biasa sepinggan nasi penuh, buat seminggu, kurangkan, sikit demi sedikit, biar perut slowly terima cara kita (at this point, for sure dah lose 1-2kg dah) bagi masa seminggu dua minggu dulu.
*edit sikit, saya kata bihun tu terendah, tapi bukan rendah.. kalau amek suku pinggan bihun tu dah cecah 20g++ dah.. so kalau nak amek pun takata 2-3 sudu je kot.. tp baik makan nasi kalau dah tahap tu dah carb dia.
*edit sikit, saya kata bihun tu terendah, tapi bukan rendah.. kalau amek suku pinggan bihun tu dah cecah 20g++ dah.. so kalau nak amek pun takata 2-3 sudu je kot.. tp baik makan nasi kalau dah tahap tu dah carb dia.
5. set kan date, ok esok nak mulakan, kuatkan azam, tanam tekad, dan bayangkan 3-4kg mesti dinyahkan in 2 weeks ni. Set, 2 minggu untuk mulakan atkins, kalau kuat semangat, teruskan la sampai 3 minggu atau sebulan, but tell u, bagilah sedikit kemaafan dalam diri, diantara tempoh tu, bagi lah sehari 'hari raya' untuk diri sendiri, (tempoh hari raya sebaiknya selepas 2 minggu) boleh jadi tekanan perasaan tengok orang minun teh tarik, makan nasi... jadi kita ubah sikit atkins diet, mengikut tekak dan cara orang malaysia.
Ok.. next entry sat lagi saya cerita apa boleh makan, apa tak boleh.. sabar bebeh....
*edit lagik... Tijah kalo nak diet atkin, oat tak boleh maaa oat tinggi carb bebeh...
*edit lagik... Tijah kalo nak diet atkin, oat tak boleh maaa oat tinggi carb bebeh...
11 Komen:
nampaknye kena buat jugak ni..kasut dah beli..tp x lari2 lg..grrrrr
mee hun leh makan eh...bagus2...
skang ni dok pk pepagi nak makan apa...takkan nak bedal telur hari2...muak wehh...
saya dah start. boleh kurangkan je dulu takleh avoid terus sbb kang takut pening. tapi try gak la x makan after 7. lapar sgt kalu minum oat sikit. tak timbang lagik sbb takot tapi suar ada sikit longgar. hikhik.
nanti dah berjaya kita selebret laksa nakkk?
bagus atkin ni... kak rose turun 6kg in 42 days.. skrang x buat dah tp menten ngan jalan 10,000 steps/day.. nak kena bli pedometer nih!
menarik kak...saya nak cubalah..
salam Kak Pnut...
trima kasih syer Atkins Diet nih...
garenti saya pon nak join sekaki.. mcm seronok plk.
Ada betulnya kita ni patut kurangkan karbohidrat utk badan dpt bakar lemak dgn sempurna.. Patut lah selama ni diet saya x menjadik. haha!!
panjangnyaaaa.....tak baca lagi...baru scroll...ptg satg mai lain..tak lama g boleh pakai kebaya la pnut no.nak gak ikut tapi tunggu lepas p siam...pi sana mana leh tak makan nasi.lauk2 sedap belaka.
saya pun tgh buat diet nie
pnut oo pnut...
kacang kuda high protein, tapi info carb ngak ada si...
saya pun sedang mengamalkan diet yang best ini...dan untuk pengetahuan semua, kena baca info banyak2, jgn pakai buat je. Diet not suitable for diabetes and liver disease. Dan tak rekemen untuk dibuat long term..
note : saya dah turun 3.5kg dalam masa 10 hari. tu pun ada cheating2 sebab susah nak cari non carb food bila keluar..
saya pun buat diet nie.. loss 5KG dalam 7 hari..
I bru nak mulee lahh . green tea boleh amalkan ke
Post a Comment