Wednesday, March 07, 2012

Happy Birthday Abang Najmi


Semalam actually birthday abang Najmi. Dah big boy.. 11 tahun sudah. Alhamdulillah. Mencabar juga mendidik dia yang dah mula nak masuk alam remaja ni. Kekadang sepatah kita tanya, berpuluh patah dia menjawab, hilang sabar, memang macam nak jadi mak tiri.. tenyeh-tenyeh je. Tapi masih kontrol, marah macam mana pun, kena kawal amarah juga, takat bising mulut, perkataan yang terbit sehabis mungkin di jaga, mulut mak dia ada daulat.. sebolehnya masa marah tak mau tersebut benda-benda negatif. Moga selalu ingat.

Bila lihat keliling kita segala neka masalah sosial, remaja yang kekadang jijik nengok. Baru ni tengok kat fb, remaja berso-SIAL kat bilik hotel, pegang arak, jantan bersepah kat belakang dia, boleh marah orang tegor pic dia, katanya diaorang cuma nak mabuk-mabuk, bukan beromen. Aku rejam kang budak ni.

Ngeri kan? Mudah-mudahan, anak-anak kita tak termasuk golongan tu, mudah-mudahan anak-anak kita tergolong dalam golongan yang berguna dan yang penting iman mereka terpelihara.

Untuk Abang Najmi, masa sehari sebelum birthday mama tanya, nak kek tak? kata dia tak mau.. ape kek-kek macam pompuan. Orang lelaki tak main le kek-kek birthday ni. Opssss.. dah bujang anak mama, tak layan kek-kek birthday. So korang yang anak masih kecik-kecik ni, sambutlah birthda anak-anak korang puas-puas masa depa kecik ni, kat tadika ke.. dah beso gini tak mau dah kek-kek.. tak mau sambut birthday day. Rock beb.. Dia kata mau pizza. Mama kata ok nanti mama beli, tapi nak pizza mama buat katanya. ahahah mama baru nak malas-malas, nak main beli je. Tapi anak dah terdidik makan air tangan emaknya, tetap akan minta air tangan mama juga buatkan, walau tak sedap mana. Alhamdulillah.. begitulah peel anak bujang saya. Macam mana pun, makanan emak dia masak juga dia mahu.

So semalam, saya prepare juga makanan kesukaan bebudak ni.. tekak itali. depa suka spagethi. jadi saya siapkan spagethi carbonara (ni favourite depa, tiap minggu buat pun suka, terutama Alesya memang suka pasta) dan buat juga sos biasa spagethi, merah tu, sebab bibik tak makan sos putih tu.. dalam bekas tutup kuning tu, nasi goreng pagi semalam, yang sampai petang tak abeh di makan.


dan permintaan birthday boy nak pizza. dohnya jadi crunchy sebab biasa saya guna tepung roti, tapi semalam maleh nak pegi bakeri shop, jadi guna aje tepung gandum, hasilnya rangup lak jadinya..

suka pulak depa pizza rangup.. haiishhhh saya suka lembut-lembut.. mozarela cheese block tu pun tinggal secoet.. jadi pizza kurang cheese, pastu selongkar peti ais, jumpa cheese keping-keping tu, ntah apa brand, beli lama tapi tak guna sebab tak sedap.. then saya pecah-pecahkan tabur, eh elok pulak dia mencair..

So abang Najmi, Happy Birthday.. Mama doakan abang berjaya dunia dan akhirat.. Abang kena faham, mama dan babah bertegas selalunya untuk kebaikan abang, Babah terutamanya kalau bab agama tiada kompromi... kalau tak siap kerja sekolah babah boleh tolerate lagi.. tapi kalau tak solat, memang babah naik angin, mama tak boleh bantu. Selalu ingat, solat itu WAJIB tidak boleh tidak jangan ponteng. ok mama dan babah dan adik sayang abang...

Oh ya nak promosi ek.. sesapa nak beli cloth diapers, dan barangan kanak-kanak yang lain boleh like page cik wani.. boleh berurus niaga dengan beliau.. Wani, banner tu nanti tunggu ajid tolong boh...

like page CIK WANIE sile kan.. jangan memalu...

4 Komen:

ieda on 11:25 AM said...

zaman remaja sgt mencabar...11 tahun ok lagi.tunggu masuk 14 nanti..sabar jelah...hihi.
happy birthday abang najmi...jadi muslim yg terrrrbaik ok..

MA on 8:43 AM said...

Happy Birthday Abang Najmi. Cabaran bila nak masuk remaja ini ialah diorang akan lalui fasa kekeliruan sikit sbb half way budak kecik dan half way nak jadi bujang..so kena banyak bersabar dan guide dia dengan baik dan tenang...ini juga fasa curiosity ttg diri dia dan opposite sex, this is when they start developing feelings/ perasaan suka to girls..hahaha...pengsan mak dia nak handle nanti...

MA on 8:45 AM said...

Sambung sikit - so Pnut kena layan semua soalan2 dia nanti sbb dia curios. Better dia tanya kat mak pak dia sendiri dari dia belajar dgn kawan-kawan..kang byk ajaran songsang yang dia dapat nanti...:P good luck!

Anonymous said...

Happy Birthday abang najmi!!!

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino