Wednesday, February 29, 2012

saya audio dan visual...


Budak baru belajar...



Baru ni masa saya pergi kursus, adalah dibuat ujian psikologi dan.. dalam ujian itu untuk kenal pasti saya jenis manusia macam mana.. ada 3 istilah iaitu visual, auditori dan kinestetik  (jangan kagum, sebab saya lupa istilah ni, tapi Doktor pakar psikologi ada sebelah rumah saya, bukan sorang tapi dua.. jadi saya post pic ni dan tulis pasal ni kat FB, dan tag mereka. eheheh jadi penjelasan lanjut mereka komen kat status saya.. Hiks.. kalau saya nak spesifik jenuh mana faham, so saper ada fb saya boleh check pasal jenis ni kat status saya semalam yang ada pic ni.

Ujian psikologi saya buat itu hari menunjukkan saya dominan kepada dua iaitu auditori dan visual. iaitu, jenis manusia yang kena guna kedua-dua belah otak kiri dan kanan dia untuk belajar dan faham. Kata fasiltator tu yang mengejutkan saya, kebetulan saya duduk tepi sekali, tempat laluan dia pegi balik-pegi balik... dan dia pun nampak tangan saya tak reti duduk diam.. pergghhh korang kalau tengok kertas-kertas dan nota saya penuh gambar pokok, bunga, rama-rama, pepatung, kartun garfield... hello kitty.. tulis nama alesya, najmi dengan tulisan fancy-fancy gemuk-gemuk dan saya lorek-lorek motif awat lorat larat segala neka corak. Dan saya pun perasan, ada sesekali fasilitator ni tanya beberapa soalan kepada saya, mujur saya tak lost dan boleh jawab. 

So bila selepas ujian ni, fasi tu bagi contoh saya yang dominan visual dan auditori ni.. Mereka jenis ni ialah tak boleh fokus kalau hanya mendengar, mereka kena dengar, dan dalam masa yang sama mereka kena menulis/melukis, apa saja yang boleh merangsang otak kanan berfungsi.. (otak kanan utk seni-termasuk muzik) dan dengan meransang otak kanan, proses menerima input lebih berkesan. ???? benar sekali ya amat.. dan kata fasi tu dia tanya-tanya saya dalam bengkel tu sebab dia tengok saya 'stil' dengan dia dalam kelas atau melayang, ternyata saya bersama beliau. 

jadi saya faham, patut kenapa saya student tu, kalau cikgu/lecturer mengajar kat depan, aku keja melukis je kat belakang, masa sekolah manjang kena ketuk tangan, atau kena balik kapur, sebab aku asyik melukis.. kejam... rupanya orang macam saya takkan boleh fokus dengan dengar sahaja.. jadi cikgu-cikgu yang mengajar, jangan marah kalau anak murid asyik melukis atau sibuk kaler-kaler nota tulisan dia.. sebaliknya galakkan dia.. kalau bg sokongan lagi cepat mereka belajar. Mungkin mereka kategori saya. Itu sebab sebab ada orang, lelaki biasanya lenggang sehelai sepinggang datang kelas, nota pun tak salin, mereka jenis yang dengar dan faham. Tak payah nak nota-nota, tak payah nak study2. Tapi saya akui, walau tangan saya ligat melukis sana sini, tetapi tangan sahaja, telinga dan otak saya dok fokus dan dengar apa yang diajar. pelik.. 

Itu sebab juga ada orang yang time study tak boleh dengar radio, tak boleh dengar lagu.. saya boleh aje.. sangat konflik kalau sebilik dengan orang yang study kena sunyi2. hahahaha so kenal pasti anak-anak kita ye puan-puan, celah mana depa duduk, jangan paksa depa ikut cara kita.. mungkin tak sesuai dengan dia, akibat jadi lagi teruk. 

Untuk keterangan lanjut, kita harap Dr. Raja K, akan komen kat ruangan komen untuk penjelasan lanjut, atau sile buat satu entry khas mengenai penjelasan teori-teori ini, khususnya kaedah belajar dengan meransang right brain.. best tau.. jadi sila tinggalkan komen banyak-banyak minta dia buat entry khas kat blog beliau.. she read this.. kompem punya.  



3 Komen:

Zareda Norman on 8:40 PM said...

yerlah otak kanan utk kreatif dan otak kiri untuk logik. Zar ni economist mmg bnyk guna otak logik.. Bab bab kreatif ni kurang tapi suka muzik. Dulu mmg tak faham kenapa org hantar anak pi main biola, piano sdgkan anak dia bukan minat pun tapi bila banyak terlibat dengan rakan pembimbing dan belajar sikit sikit ilmu psikologi barulah faham. Guru guru skrg pun dah byk belajar psikologi pemikiran ni..

Anonymous said...

kak sangat tertarik dengan entry akak ni..saya adalah VAK lebih kepada visual & audio..saya tau pun masa jadi trainer PLKN dulu sebab ada gi kursus seblum jd trainer.memang sangat penting untuk tahu anak2 atau adik2 kita org yang macam mana sebab senang untuk pembelajaran depa

ymrk on 8:50 AM said...

kekeek.... pagi pagi adik kat IG ni cakap 'kak raja, pnut cupcake tu sebut akak dalam blog dia' kekekeke...... tak tau nak komen apa.... kene ada soklan.. baru boleh jawab.... pasal blog saya.. kekekekek tu blog main main... tak se-tegar cik Pnut... dan tak lah se-gelemer cik Pnut kita....

mmg betul tuh...intereting mengkaji otak kanan dan otak kiri.... just discover in 80s so mmg banyak benda yang perlu di explore ... NLP is just another concept to understand human behavior... V,A,K and another AUditory Digital ... (Tun Che Det personality dia AuD ni...)AuD ni.. fikir dulu baru dia cakap... macam Introvert punya personality....

pasal anak2 dah komen sikit kat FB cik Pnut... cuma nak tambah sikit... kalau nak tengok dgn mata kasar pun boleh guna concept nih... tk perlu buat ujian bagai..... org visual normally pakai bau terang2 dan satu suit (merah=semua merah, kuning =semua kuning) dan kalau lelaki (tengok rambut, penampilannya..susah sikit sbb kat mesia lelaki ni byk isteri yg sediakan.. so kita kene tgk kebersihan diri dia.. yg org lain tak boleh usik), bernafas ikut dada dan mata sering lihat ke atas ... so, kalau jumpa klien/bos/staff/anak/suami/isteri yg mcm nih... guna lah cara visual nak 'tacle' dia...manakala kalau auditory pulak, pakaian nya warna earth color..tapi suka dengar radio, ceramah, celoteh, dan suka juga bercakap, bercerita..nasihat.. menulis..., bernafas ikut dada, mata selalu statik antara telinga kanan ke telinga kiri (tak meliar sgt macam visual)..yg ni senang sikit.. kita bebel dia boleh dengar baik staff/boss/isteri/suami/anak.. dan kinestetik ni gabungan V dan A tadi... tapi suka pada pergerakan... kalau nak suruh org K ni buat keje, perlu ada sentuhan... baru dia balik semula di bumi nyata kekeke kalau tak cloud nine je..... dan juga main dengan perasaan ....kalau anak jenis ni.. hmmm bersedialah untuk baca doa kita untuk dia (yang sayu sayu) supaya dia dengar sekali.... kekekek kelaka.. sbb experimen ni mmg berjaya..dan kalau nak ajar anak supaya baju/tuala di sidai.. kene pegang dia.... amik baju tu.. letak kat bakul.. tengok jam... kalau takat beleter mmg tak jadi punya...

iskk panjang nak explain... pulak mmg bidang saya ....cuba blog ni jarang2 buka dan update ... kita jumpa kat FB cik Pnut je laa ye.. sbb FB saya pun tak ler active sgt... kekekek..

ada lagi yg interesting ttg NLP nih........
.....
......
..............
.....................
..........................
.............................
.................................

kita juga boleh tahu orang ni bercakap 'benar' i.e dari memory box dia atau dia 'create' out of no where ..... jeng jeng jeng!
.

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino