Wednesday, March 28, 2012

dah update lorrrr


Saya sudah hampir melupakan, saya ada blog. atau sebenarnya saya ingat, tetapi pura-pura hilang ingatan. Banyak benda saya nak updatekan, tetapi malas menguasai, bila roh rajin ada encik sibuk pula mari. Sudahnya terperuk la entry-entry yang sepatutnya mengambil ruang-ruang kosong di sini. Saya dah banyak kali ditanya pembaca blog ni kak pnut bila nak update blog? terbaru pagi tadi ada seseorang dari kementerian dot-dot yang datang bertugas di sini menegur saya yang tengah tapau makanan, selamba je dia cakap "kak pnut kan?? naper akak tak update blog?" wahhh terpana saya, sungguh hebat skill kamu. hiks..

Saya cerita point by point supaya fokus penceritaan saya tidak lari. Sebab umum khalayak mengetahui, bab menyimpang dari tujuan asal memang kepakaran saya, dari nak cerita pasal kucing mati tercekik dodol, saya boleh mulakan dari proses bapa kucing mengorat emak kucing, dia beranak, nama apa, sekolah nama,.. pusing sana sini baru nak masuk cerita bab telan dodol, baru nak masuk bab dodol, cerita pulak asal susul dodol tu.. kan?? contoh terbaik, perenggan ini. ada berapa ayat-ayat tak perlu semata saya nak ceritakan, yang entry kali ini berbentu point sahaja. Itulah saya!!

*Cerita pitching di RTM*
Alhamdulillah lulus peringkat pertama, tunggu panggil kedua pulak, kalau lulus juga, Insya-Allah telemovie pertama saya akan keudara entah bila. ahahahaha syukur, setidak-tidaknya usaha pertama saya membuahkan hasil sedikit. Kemudian seterusnya ada beberapa proposal juga menyusul. Doakan ya...

*adik saya maksu wani sudah bertunang*
Cantik tak mini pelamin tu, sile katakan cantik, tolong jaga hati saya ya.. ini hasil ciptaan saya, ai kan berbakat.. kreatif... opss riak pulak.. tak baik docerrrr kata Alesya. Insya-Allah majlis nikah dan kenduri akan dilangsungkan pada November nanti. Nanti saya jemput ek.. ini adik bongsu kami, lepas ni tak kenduri dah.. Jadi kami bukanlah nak buat besar-besaran, tapi nak menjemput saudara mara, rakan rapat, sekadar nak berkumpul sanak saudara, jiran-jiran dan kawan-kawan lama.. 

*ibu mertua saya sudah kembali ke rahmatullah*
pada tarikh 19 March yang lalu, satu-satunya ibu kepada suami saya, pakcik gebu, telah kembali ke rahmatullah. Katanya dia anak yatim piatu, jadi saya kena belai dan manjai dia. :-) dia memang suka bergurau. Insya-Allah sebagaimana dia melayan saya dengan baik, saya pasti lebih lagi melayan dia dengan baik, pahala banyak dari dia saya boleh kutip senang-senang je. Umpama bonus point kat tesco, beli barang sikit dapat point.. gitulah dalam rumah tangga, buat ini untuk suami dapat point, buat ini kat anak dapat point. saham besar tu. Dan kehilangan arwah ibu mertua amat dirasai, kerana di tangan ibu itu, walaupun dia sudah nyanyuk dan uzur, tetapi dia ada satu senjata mustajab. iaitu DOA. Janji Allah tu, antara doa yang makbul ialah doa ibu kepada anaknya. Kini kami berdua, dan anak-anak arwah yang lain sudah tiada senjata itu. Moga restu ayah dan emak mertua semasa hayat mereka tetap menjadi bekalan kami. Rumah tangga yang direstui, anak cucu yang diwarisi, moga berterusan berkat dan rahmat. Al-Fatihah buat arwah. Untuk abang Najmi, mama bangga, sebab abang Najmi dua kali ikut solat jenazah untuk opah. dan belajar banyak benda baru. Abang dah besar, kena belajar semua itu.

*Glamour*
Sejak saya bertukar ke sini, opis ini yang tempat yang penting dalam Malaysia ni, saya glamour uols... ada je pegawai-pegawai dari jabatan/kementerian yang datang bertugas akan tegur saya, erkkk yg baca blog ni la.. tengkiuuuuu ouls... bajet popeler sat noooo... tp best juga, sebab dapat kenal kawan-kawan baru.. saya suka... tegurlah, Insya-Allah saya sedia melayani anda. Kepada yang belanja saya itu hari.. siapa ye.. maaf nama terlupa.. keji sangat kan.. dah orang belanja lupa nama pulok... ye la saya terkejut, tengah que nak bayar harga makanan kat kantin, tetiba sorang mamat ni datang, terus potong que.. wah gua rasa panas je... tetiba dia cakap kat cashier tu, saya bayar ni.. wah tetiba feeling ada secret admirer gitu.. pastu mamat ni cakap, kak pnut kan? saya baca blog akak, ingat nak pi cari akak kat bawah, tapi segan pulak, tetiba je, tengok akak tengah beli makanan ni, sajer ni nak tunjuk hero.. wahh boleh tahan pembaca blog akak ye.. gerek cam aku jugak.... ahahahha i like...

tetiba saya rasa nak stop tulis sampai sini.. sekian terima kasih.



7 Komen:

faiz said...

salam, tahniah kat maksu. untung hubby dia dpt makan kek selalu. he..he.... pelamin cantik. saper x tau, pnut kan dari dulu bab deco2 ni memang terror.

LiTtLe^m3 on 12:28 PM said...

comelnya mak su... yeay.. akak update :) mudah2an sentiasa diberi idea olehNya utk terus mengarang dan menghasilkan skrip yg bagus.

Irfa on 2:42 PM said...

alfatihah utk mil kak pnut
dan selamat bertunang utk maksu
lawa la pelamin itu :)

Aini @ Ainor Razali on 2:52 PM said...

hahaha tak boleh blah ayat nak stop tu hahaa...

pB on 11:54 AM said...

cantik pelamin tu

AuntieYan on 11:40 AM said...

Salam P-Nut,

Ingat lagi ke dengan makcik ni???
Ha..ha... lama sungguh Kyan tak mai melawat P-Nut, bukan tak ingat...ingat sokmo, tapi nak buat macam mana kan? bukan kata nak update blog sendiri, nak buka laptop pun dah malas sejak dua menjak ni

Takziah dan Al-Fatihah buat rtuah mak Meor.

Tahniah buat Maksu...bertuah badan tunang dia dapat isteri seorang usahawan.

Lastly.....ni Kyan nak com sikit..muaaaaahhhhhh!!!!!

My Life My Journey.. on 10:09 PM said...

Adik Pnut rupa lebih krg sama, maniss..:)

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino