Disebabkan takder modal nak membebel. Boring nak citer bangang-bangang macam dulu, ramai mengintai sini, dah tak privacy.. Pakcik gebus kata privatekan aje blog, tapi saya maleh.. limited people je, rasanya blogger ada limit kot. Jadi kang invite org tu, orang tu tak invite kecik ati pulak..
so mari kita share ilmu..
so mari kita share ilmu..
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita..
Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu..Mereka adalah..:
1. Ayahnya ..
Jika seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak anak perempuannya didunia... Dia tidak memberikan sega...la keperluan agama seperti mengajarkan shalat..mengaji dsb.. Dia membiarkan anak perempuannya tidak menutup aurat...Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia saja... Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. .. Duhai lelaki yg bergelar ayah.. bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang..?... Apakah kau mengajarnya shalat dan saum..?..menutup aurat..?.. pengetahuan agama..?.. J ika tidak cukup salah satunya.. maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam..
2. Suaminya..
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya... Bergaul bebas..berhias diri bukan utk suami..tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahramnya.. jika suami mendiam diri walaupun seorang yg alim..dimana shalatnya tidak pernah tinggal.. saumnya tidak tinggal..maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.. Duhai lelaki yg bergelar suami..bagaimanakah keadaan istri tercintamu sekarang..?. Dimanakah dia..? Bagaimana akhlaknya..? Jika tidak kau jaga mengikuti ketetapan syari'at..maka terimalah hakekat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana
3. Abang-abangnya..
Apabila ayahnya sudah tiada..tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pada abang-abangnya dan saudara lelakinya... Jika mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan dari ajaran Islam..tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak... Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan.. jgn hanya menjaga amalmu dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan pertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelimang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat...
4. Anak lelakinya..
Apabila seorang anak tidak menasehati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam.. bila ibu membuat kemungkaran..mengumpat..memfitnah..mengunjing dsb.. maka anak itu akan ditanya dan pertanggungjawabkan di akhirat kelak..dan nantikan tarikan ibunya ke neraka... Duhai anak lelaki.. sayangilah ibumu.. nasihatilah dia jika bersalah atau terlupa..krn ibu juga insan biasa... tak lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr 'kayu api' neraka..jika tidak..kau juga akan ditarik menjadi penemannya.. betapa hebatnya tarikan wanita... bukan saja di dunia..malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat...
Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka... Firman Allah swt.. "Hai anak Adam..peliharalah dirimu serta ahlimu dari api neraka.. dimana bahan bakarnya adalah manusia.. jin dan batu-batu"
Besar peranan dan tanggungjawab orang lelaki ni, dan kita orang pompuan ni kalau dah tahu hukum hakam, pepandailah jaga diri sendiri, jangan kita bebankan mereka-mereka yang tersebut di atas ni dengan dosa yang kita tau tapi buat-buat tak tau..
Baru ni saya jumpa balik seorang kenalan (kat fb), pangkat adik-adik la dengan saya, adik ni dulu rock gile beb... rambut kaler maler... tindik telinga berderet, tindik hidung, smoking, dan maaf cakap, sepanjang saya kenal dia, memang jaraaannngg saya nampak depan mata saya dia bersolat. Saya tak kata dia tak solat ye... cuma saya belum pernah terserempak dia bersolat (kami berlegar dari pagi sampai petang di tempat yang sama, saya kerja dia belajar) jadi kita boleh tau kan, kalau dari time ni sampai time tu waktu solat masuk, dan waktu solat berakhir, dia tak juga berganjak dari melakukan aktiviti dia, sekali dua kita tegur, tapi selepas itu terpulang la. Dan adik ni jenis cakap lepas, dan clubbing2 bagai.
Tetapi apa yang saya jumpa dan geledah fb beliau (selepas dia add saya dulu) saya temui dia yang sangat-sangat lain, Bertudung, (cantik, tutup litup ala-ala wanita timur tengah bertudung) dengan anak-anak yang comel-comel, dan Masya-Allah dia dikurniakan suami yang mampu sara dia (dia tak kerja, suami pun orang senang, tiap tahun bercuti ke luar negara) dan paling saya tidak sangka, status-status adik, sentiasa mengingatkan kita, petikan hadis, dan update cerita beliau dan anak-anaknya. Tidak sangka sama sekali.. Besar kuasa tuhan kan.. siapa anak sangka orang yang modern, pernah lalui zaman-zaman enjoy-enjoy, berubah begitu sekali, malah saya sendiri pulak rasa segan.. malu, sebab saya kira adik ni jauh lebih baik dari saya.
Saya ada hantar msg dan 'jejak-jejak' kasih dengan dia, citer-citer masa dolu-dolu.. dan dia cerita dia kena suami dia masa dia berulang berubat sakit tak tahu puncanya, suaminya ini anak murid pada ustaz yang dia berubat. dan katanya kalau dia sakit, dan tak jumpa ustaz yang berubat dia, mesti tak kenal suami dia sekarang, sakit dia ada hikmahnya, Allah nak temukan dia dengan suami yang akan merubah seluruh hidup dia. Dia kata masa mula-mula dia tak percaya dia akan hidup dengan suaminya sekarang, sebab masa berkawan, suaminya cool je, bimbing dia dalam diam.. (tanpa sedar, contoh belikan baju labuh.. seluar longgar) hadiahkan dia telekung, sejadah, al-quran... lama-lama kata dia, suami dia bagitau, suaminya ada buat solat istikarah, dan kemudian 2-3 malam suaminya mimpikan dia, dan suaminya juga mohon ibunya buat solat istikarah dan ibunya juga mimpikan gambaran yang sama, dan dengan yakin petunjuk dari Allah, dia lamar adik ni, dan adik ni masih blur-blur... tetapi katanya dia terima je.. macam kena pukau pun ye. eheheheh
Tapi kuasa Allah la... Allah dah tetapkan jodoh kita sejak dari rahim ibu kita lagi, tertulis memang jodoh mereka, dan saya happy tengok perubahan dia, dan doakan semoga keluarga dia bahagia dan dirahmati. Bila tengok orang macam tu boleh berubah jauh lebih baik dari kita, terdetik bila lagi aku nak jadi macam tu?? Insya-Allah pelan-pelan kita mulakan. Orang kampung saya kata "better late than never"
0 Komen:
Post a Comment