Wednesday, February 08, 2012

Teknik Mendorong..


Alhamdulillah, masih bernafas lagi apabila bangun pagi tadi, maka boleh la teman update ini blog. Syukur padaMu.

Saya nak berkongsi satu blog ilmu yang menarik yang saya kira korang semua WAJIB!! tengok dan amalkan.  Saya pun dah amalkan sedikit-sedikit, sebab kekadang lupa. Banyak membaca, input banyak tetapi kekadang tak terbuat. Ilmu parenting ni bukan ilmu atas kertas, dia ilmu praktikal, dapat ilmu dan amalkan. tapi kalau dah ada ilmu tapi tak amalkan pun tak guna juga. (<--ini kutukan buat diri sendiri) di atas kertas tekankan ibu bapa kena sabar, cakap lemah lembut dengan anak-anak, peluk dan usap anak-anak... 

part peluk dan usap tu Alhamdulillah, rasa belum ada sehari pun yang saya tak peluk anak-anak dan peluk suami, setidaknya pagi sebelum ke tempat kerja, dan malam sebelum tido mesti peluk-peluk semua insan tersayang, ok 10 markah disitu buat diri sendiri.. tepukk tangan semua.... tapi part lemah lembut dan sabar tu, hat ni masih dalam keadaan memperbaiki diri, sebab kekadang bila 4-5 kali suruh hero kecik pegi solat, pegi mandi, banyak beno 'iklannya' masuk kali ke 5 tu, pitching dan tinggi, tune pun dah lari. ok, 2 suku markah je kat situ. 

Ok saya nak berkongsi blog Analisis Hadith Psikologi blog ni dibangunkan oleh team pengkaji hadis, Puan Ainon, boss PTS tu. Banyak kupasan menarik sangat dalam blog ni yang kalau korang tak pegi tengok, tak baca dan tak kaji, sangatlah satu kerugian. Blog gossip, forum gossip, hiburan nengok gak.. (yes it's me) tapi blog ni lagi best. Baca blog hiburan/gossip wat suke-suke boleh la... tapi kupasan, cerita dan kisah-kisah dari hadis kat blog tu Masya-Allah... best sangat-sangat. 

Lagi satu blog yang super duper best... ialah blog cikgu khairulaniza. Cikgu ni dah ikuti bengkel untuk menangani anak murid corot teknik Nabi Muhammad, dan sedang mengaplikasi untuk anak-anak murid beliau, pegilah baca dan anda sure akan seronok membaca pengalaman cikgu ini dengan pelajar-pelajar kelas corot dia.

Saya nak kongsi apa yang telah saya baca kat blog team pn. Ainon tu. puji dan nyatakan impak.. puji pada perbuatan.. dan kesan akibat perbuatan tu.. katakan anak kita hari ni buat latihan bersungguh kat rumah, kita kena puji tindakan dia tu, kata bagus, kalau macam ni berterusan pasti dia akan berjaya dalam peperiksaan, no negative input, macam "baru hari ni nak rajin, patut dari dulu rajin," atau "hari ni buatlah, esok belum tentu" uhuks... harap jangan le saya selalu lupa benda ni. Insya-Allah buat masa ni, hat ni saya ingat, cuma lupa part kena saberrrr tu.. bab sabar tu tipis sikit, cepat beno roh jahat menjelma jadi mode mak tiri sikit.. sabaq je la..

Kadang-kadang membaca coretan blog cikgu yang saya  sebutkan tadi, mengundang sebak, bukan apa, saya terharu ada cikgu yang mengambil inisiatif sendiri, ikuti kursus dan teknik menanangi pelajar corot, biaya sendiri, dan sedang mempraktikkan kepada anak muridnya, dan bukan satu tugas mudah kerana cikgu ni mengajar BM iaitu subjek wajib lulus SPM, besar cabaran dia. Kadang-kadang fikir, kasihan kepada anak-anak yang dikelas corot, tahap pemahaman mereka berbeza, dan kalau ada cikgu yang betul rajin dan dedikasi, mereka boleh berjaya, tetapi kalau tidak dipedulikan terus, mereka akan terus tersisih. Kasihan... sedangkan mereka boleh berjaya kalau kita pandai cara untuk membantu mereka untuk berjaya, ini lah peranan cikgu, dan peranan kita-kita semua.

Orang dewasa yang jangan mudah menghukum anak-anak yang agak ketinggalan. Kita kena ingat, kadang-kadang anak-anak yang kita kata ketinggalan ni akhlak mereka lebih baik dari anak-anak yang cemerlang. Jadi kita sebagai orang dewasa, cukup-cukup sibuk bertanya anak orang tu anak orang ni, periksa dapat nombor berapa? duduk kelas apa?? itu zaman emak-emak kita 30 tahun dulu beb. Tau tak secara tak langsung pertanyaan-pertanyaan kita tu membuatkan budak-budak stress tanpa kita sedar, atau kita sedang menciptakan budaya, mesti dapat nombor periksa yang bagus, baru orang respect, baru emak bapak bangga. Kasihan diaorang kan...

ok nak share petikan dari blog team hadis Pn. Ainon..

Konten Ayat Pujian Nabi Muhammad

Apabila Nabi Muhammad memuji perbuatan yang baik, beliau menerangkan impak yang dihasilkan oleh pebuatan baik itu. Ini adalah ciri utama yang terdapat dalam ayat-ayat dorongan yang beliau ucapkan kepada orang biasa-biasa apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang luar biasa.

Contoh konten ayat pujian Nabi Muhammad itu dapat dilihat pada hadith di bawah ini:


Ibnu Umar menceritakan, pada suatu masa beliau dan orang-orang lain sedang hendak melakukan sembahyang di masjid. Pada waktu itu kedengaran seorang lelaki berkata, "Allahu akbar kabiran, alhamdulillahi kathiran, wasubhanallahi bukratan wa'asila." Selepas selesai sembahyang, Nabi Muhammad bertanya kepada orang-orang yang ada, "Siapakah tadi yang membaca ucapan itu?" Lelaki itu menjawab, "Saya, ya Rasul Allah." Lalu Nabi Muhammad berkata, "Saya kagum dengan kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu." Dalam laporannya itu, Ibnu Umar berkata, "Semenjak saya terdengar Nabi Muhammad berkata begitu, saya tidak pernah lupa mengucapkan kata-kata itu." - catatan peristiwa ini ada dalam rekod koleksi hadith-hadith autentik Muslim.
Dalam teks hadith di atas ayat pujian yang Nabi Muhammad berikan kepada lelaki itu adalah: "Saya kagum dengan kata-kata itu. Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu."

Dua impak yang disebutkan oleh Nabi Muhammad adalah:


1. "Saya kagum...."

2. "....Pintu-pintu langit dibuka kerana kata-kata itu."

8 Komen:

MUHSINA on 5:46 PM said...

Nice one pnut....thank you for sharing. Janganla memprivate blog ni. Susah nak baca artikel2 best2 mcm ni.

Dah la Blog MakAndeh kena private. Frust sangat

Zareda Norman on 7:31 PM said...

Bagus bagus.. Sharing is caring

mama4A's on 9:50 AM said...

terima kasih kak nas... saya mmg suka! dlm usaha perbaiki diri sbg mama utk 4A's... teruskan berkongsi yer.. :)

Puan Ainon Mohd. on 11:04 AM said...

Terima kasih banyak-banyak kerana sudi mempromosikan blog rasmi kami...

Semoga cikpuan mendapat bahagian pahala daripada daya usaha ini. Amin....

Kay Aniza on 7:20 PM said...

Terima kasih juga kerana mempromosikan blog saya. Terima kasih juga kerana seronok membaca cerita-cerita anak didik saya. Tulisan cik Puan juga menarik dan santai. seronok membacanya.

Pnut on 9:16 AM said...

Keluarga Muhsina, Intan-mungkin satu hari nanti tetap akan private juga, byk beno pengintai kat sini, judgement org berbeza-beza kepada kita, boring..

Zar-tq

Selly-Insya-Allah kalau ada info menarik akak tulis lagi kat sini..

Pn. Ainon dan Khairulaniza-tidak sangka 'subjek' utama dalam entry kali ni singgah ke sini.. terima kasih kepada kalian berdua..

Anonymous said...

Pergh..Kak Pnut,
akak mmg blogger terhebat..Dpt kunjungan dan komen dr Pn Ainon Mohd dan Pn Khairulaniza.:)

-shahid

Pnut on 11:18 AM said...

Shahid-erkkk akak pun tatau dari mana diaorang tau.. malu den..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino