Betul kan?? kalau semua orang patuh pada undang-undang.. terutama peraturan jalan raya, tak der la kemalangan berlaku dan polis boleh rileks sikit.
tengok video ni
Tak pasti dalam video ni siapa yang salah, samaada, 3 motor yang gerak ke depan tu dah berjalan sebelum lampu bertukar hijau, atau kereta yang melanggar.. tetapi mengikut komen-komen di youtube, saksi kejadian mengatakan bahawa, kereta yang melanggar itu mengejar lampu kuning yang saat-saat akhir nak bertukar merah, manakala yang 3 penunggang motor tu pulak, lampu belum hijau dah gerak, logik juga, sebab beberapa saat selepas mereka bergerak, baru motor lain di laluan yang sama bergerak. Saya pun tak pasti...
Tapi yang pasti kejadian itu tidak berlaku sekiranya semua mengikut peraturan. Kereta itu patut berhenti apabila lampu sudah kuning, dan kalau agak tidak boleh melepasi simpang itu, berhentilah, dan penunggang motor itu tidak bergerak melulu, kerana lampu belum hijau, dan kalau dah hijau pun toleh dulu, pastikan tiada kereta lain yang bodoh untuk merentas.Ini lah contohnya kita buat peraturan tetapi langgar peraturan. padahnya begini.
Baru-baru simpang 4 kat atas flyover jalan nak ke Alamanda rosak, dua hari lampu tu rosak, so sepanjang dua hari kami melalui jalan tu masa kami kebetulan lalu dua kali, dua kali juga kemalangan berlaku, kereta langgar motor. Ini pun contoh, kalau dah lampu rosak, kita ikut la peraturan dari kanan macam kat roundabout.. bertolak ansur, kalau ada kereta dari kanan dulu, beralah, dan kalau rasa boleh lepas baru lintas, dan bukan tak kira..tak kira aku nak lalu korang kena berhenti, itulah yang terjadi. saya sendiri pun takut nak melintas kat area situ masa tu sebab semua kereta laju-laju, tapi nak tak nak, enjut sikit-sikit, slow-slow, dan bagi kereta yang boleh bertolak ansur, dia pun akan slow tiap kali bertembung dengan kereta lain. tu namanya give and take di jalanraya... itu jalan bukan lu punya apak punya jalan maaa...
Dan seorang kawan opis saya dulu suaminya kemalangan kes macam ni la, kereta gelojoh, langgar lampu merah dan langgar suami kawan saya ni.. actually mungkin masa dia meluncur lampu masih kuning, tetapi jalan kat putrajaya yang tengah-tengah presint 2 tu kan ke lebar?? jadi dari jarak sebelah sini nak ke seberang sana, berapa saat kena ambil baru sampai seberang sana, tu yang bila kita sampai kat tengah2 simpang lampu dari arah lain dah hijau, dan orang dah mula jalan, kita masih kat tengah tu.. so ingat lah kalau jalan kat area presint 2 tu hati-hati, banyak tragedi berlaku..
Sama la macam kat highway, baru ni kami balik kampung masa raya cina, bayangkan dari putrajaya jam 6ptg, pukul 10 malam, kami belum melepasi tanjung malim pun, 4 jam beb... masa ni tengok ramai la petualang jalan raya nak cilok masuk lorong kecemasan, dan mereka ni menyebabkan penunggang motor terpaksa guna laluan tengah-tengah, dah la sesak, bahaya semua orang. Mereka yang guna lorong kecemasan semasa jammed di highway bagi saya sangat pentingkan diri sendiri, dan mereka tidak layak menjadi penghuni bumi.. ahahah padan muka... mereka layak dok kat planet mana-mana yang menggunaka udara sebagai pengangkutan utama (ada keeee???)
Samalah macam peraturan, hatta nak beli ayam uncle bob kat pasar tani putrajaya tu, kena beratur beb.. tetiba ada orang sesenang selamba je dok tepi, terus order, apekah tidak nampak umat lain beratur?? dengan me?? oh noooo pelisssssss...... gua sound terus.. "cik beratur cik," malu la ko kat situ... Baru ni saya kan cakap ada masuk kelas kan?? kelas tu mula jam 6ptg, tapi sampai 6.30 kelas belum mula, sebab ada pelajar belum sampai, gua pegi sound management tu, "dik kenapa kelas belum mula, kami dah sampai," katanya tungg kejap ada yang belum sampai, saya sound "masalah orang yang lambat itu masalah mereka, jangan membuang masa orang yang datang awal, tidak adil la.. kerana orang lain lambat, orang yang datang awal membuang masa tunggu orang lain, masalah orang tidak ikut waktu itu masalah sendiri bikin, saya nak mula la, orang yang lambat biarlah lambat," hah saya tak peduli, kalau saya rasa saya betul, saya akan bagitau. So tak sampai 2 minit kemudian, kelas pun bermula, dan orang yang lambat-lambat itu tiba hampir jam 7. Saya boring orang yang ikut time ni.
Macam tu juga, kalau saya berjanji nak hantar cupcakes/cakes ni. kekadang janji sekian masa, sekian tempat, dan biasa tempat pertemuan tu dekat-dekat rumah pengorder, dari rumah ni saya dah sms dah gerak, so boleh agak kan saya sampai tempat dia pukul berapa. Alih-alih saya sampai terpaksa tunggu orang yang nak ambil kek, yang katanya rumahnya 5 minit je dari tempat pertemuan, tetapi saya terpaksa tunggu kadang-kadang hampir setengah jam. Kadangkala saya gerak keluar hantar kek sekaligus.. janji 2-3 orang di dua tiga tempat, kalau dah stuck kat tempat pertama setengah jam, janji dengan orang lain dah berubah, dan effect orang lain. tetapi anggap asam garam la.. adat orang berniaga gitu la.. kalau takat lambat 5-10 minit saya ok lagi la.. tp kalau lama sangat pakcik gebuku ni hangen ni puting beliung...hahahaha
5 Komen:
ohh.. sy pun tengok eksiden ni kat yutiub.. betul2, kalo ikut undang2, insyaallah benda2 camni boleh di elakkan..
*masuk jamban public pun kena beratur, takleh potong Q, ini hatta nak beli kat uncle bob kan
Org yg x ikut peraturan ni mmg cap ayam tambah lg peaturan itu dia ygbuat dan dia yg inggkar.. Mmg cap telur tembelang terus
psal jalan tepi (kecemasan) tu saya pernah buat. alhamdulillah bila jumpa moto bagi laluan kat depa dulu... dan saya harap saya takkan buat lagi.
erm kat Kl boleh dikatakan ramai give n take tapi kalo kat segamat jgn haraplah...
yg eksiden tu mmg puncanya dari kereta yg langgar lampu...salah sorang penunggang motor tu patah kaki & adalah pesakit kawan saya.
kat area2 rumah saya ni selalu jugakla saya cilok esp kat traffic light..hehe...tapi dgn berhati2 jugak la kan...kat pekan tak berani nak buat mcm tu...jalan sibuk & ramai lagi mat2 motor & drebar2 kereta yg lebih hebat mencelah..takut gak tersadung dgn depa.
yg langgar tu sy knal sgat dgn dy.. pkrja kat mahkamah syariah melaka.. lepas kmlgn dy trauma n x pernah dh drive krete lgi.. tpi xde lah nk sbelahkn dy.. sbb mmg salah dy...
Post a Comment