Buku yang saya rekemen untuk semua orang bergelar ibu bapa.. dan juga guru. Bagus tips dalam ni ringkas-ringkas tapi padat. Actually, dalam mendidik anak-anak, buku-buku ni panduan dan sumber untuk kita. Pendekatan dan fokus kita kepada anak-anak ni berbeza-beza, anak orang tu mana nak sama anak kita, peel kita pun tak sama emak bapak budak tu. jadi segala neka buku ni sekadar kita boleh baca dan tambah ilmu pengetahuan je.
Ada lagi satu buku lepas ni saya nak beli, iaitu cara tangani masalah anak, saya tak mau sebut anak bermasalah, sebab masalah anak tu masalah kita le kan.. tunggu kalo buku tu dah beli saya roger kat sini. Tapi buku 21 kaedah mendidik anak cemerlang ni boleh sangat kita jadikan panduan dalam kita nak bentuk diri anak-anak. Cara kita nak tangani anak-anak. Murah je buku ni rm19.90 jek, kalau boleh kenyit mata kat tokey kedai buku dapatlah RM19.. hiks, saya tak kenyit mata, maklumlah orang semulajadi ada tarikan.. wakakakaka kata riak kan.. so dengan aura yang ada, mamak itu kasi RM19, cincai.. hahaha ok mamak esok saya mari sini lagi.. Ingat tak hari tu saya ada citer buku Tengku Asmadi ini?
Buku ni boleh geng ngan buku Dr. Fadilah tu, kira ngam la kalau korang baca dua buku ni. Setidak-tidaknya kalau pun kita tak boleh impelement semua teknik ni.. setidak-tidak kita ingat apa kandungan buku ni, kita rasa boleh kawal diri dan kemarahan kita kepada anak-anak. Ini diri saya la.. kekadang memang mudah nak naik angin dengan anak-anak.. rasa geram dan kecewa dengan sikap si abang Najmi, tetapi setidak-tidaknya bila ingat balik ada yang kita baca dalam buku ini, hati jadi reda, tenang sikit, bila memikirkan "memang setiap emak bapak tu ada cabarannya dalam mendidik anak-anak, aku pun sama, ape nak tension sangat ni.. kamonnn normal la tu"
Ok nak citer pasal anak dara teman.. Alesya.. Insya-Allah Alesya dalam proses dibiasakan dengan tudung.. Alhamdulillah.. nampaknya ok.. dia suka je pakai tudung, tak komplen nak bukak ke apa.. Mudah-mudahan... eheheh sayang juga, banyak gaun-gaun dia dibeli dulu kan.. tapi ini arahan bapaknya.. maka ikut je la.. lagi pun benda elok, buat apa nak bantah pun, tapi disebabkan sayang, kekadang saya pakaikan juga gaun-gaun tu, tapi pakaikan dengan legging... ahahaha gasak le...
Muka ceria dapat berjalan-jalan kat the mines...
Sayangkan gaun ni, acik pakaikan ngan legging.. dah rupa anak I**** le pulak.. ahahah gasak je la..
Ni baju masa beli kat medan itu hari, sebenarnya nak simpan untuk raya, tapi disebabkan baju ni ngam-ngam je, kalau simpan raya sure dah senteng.. so pakaikan je la masa kat kenduri anak buah pakcik gebu kat ipoh itu hari, mujur kendurinya kat dewan, ada aircond so dia rileks je.. Tudung biru tu asalkan plain je, tp saya beli riben renda tu, jahitkan kat atas tu..
Model busana muslimah dari Indonesia..hiks..
Susah nak dapat pic dia, tak suka bergambar.. yang dok mencangkung tu tengah berak.. seriusss tak malu sungguh anak teman... ahahhaha
Ni masa amek abang balik dari summer camp, dua-dua rindu each other
So lepas ni tak beli sepit-sepit dah.. mama beli tudung-tudung pulak... :-)
Babah nak duitttttt...
Ini satu langkah kami mempersiapkan puteri kecik ni, untuk menjaga auratnya. Insya-Allah moga berjaya.. Gembira melihat kejayaan sepupu saya didik anak-anak dia menutup aurat dari kecil, abang ipar saya, iaitu abang pakcik gebu didik anak dara dia baru 8 tahun didik jaga aurat dengan sempurna.. Inspirasi kami nak didik Alesya pulak. Sweet giler nengok anak buah pakcik gebu tu, bila ada tetamu datang je, menutup aurat lengkap, siap seluar dan baju t-shirt muslimah kids lagik, sejuk mata nengok..
Insya-Allah, 5/1 nanti Alesya akan masuk tadika.. kami pilih nak hantar ke Dzul Iman walaupun tak segah Children Islamic Center, Genius Aulad, Islamic Montessori, tapi yuran dia boleh tahan rabak poket, kejadahnya yuran tadika sekarang mahei benor??? bisnes sungguh depa. Pernah pengalaman hantar abang Najmi di 3 tadika, masa 4 tahun kat tadika cendiakiawan putrajaya, yuran pun cecah riban juga, pastu 5 tahun hantar CIC, op kos mahei.. pastu 6 tahun hantar ke Smart Reader yang tak berapa smart tu, pun cecah riban juga yuran permulaan tu. Ini pun cecah riban.. kawan saya kat Kedah kata dia hantar anak tadika yuran 400+ mahal giler, saya dengar kata oooo murah sangat.. kat sini nan hado..... kecualilah tadika KEMAS, memang murah la.
Eh ada, kat area rumah saya ada tadika ABIM, tapi maaflah pernah hantar Najmi transit sini dulu sebelum ada bibik, service teruk. so takkan punya nak hantar adik kat sini. So pejam mata je la hantar ke Dzul Iman ni, servicenya macam mana tak tau lagi.. dannn kami takder pilihan pun, tu je tadika 'terbest' yang ada. Ehehehe kecuali nak amek risiko hantar ke CIC, dengan transport mereka, huiii tak nak la.. umur 4 tahun nak naik van travel jauh-jauh... kat tadika ni dekat je, ada jiran yang akan ambil dan hantar dia, kami bayar jiran tu je.. rasa lebih selamat rasanya. Ni tak tau le cemana gayanya nak tadika ni, manja kemain..
5 Komen:
Sangat kiut... : meh lah aunti nak pinjam baju dier... :)
so sweet alesya time senyum kat the mines tu... looks matured...
suka tgk aleesya pakai tudung... nak mula biasakan aliya ngan aina jgk la... akk borong tudung2 comey aleesya katne?? murah tk?
Selly-akak beli tudung baru-baru ni dekat kedai tudung dekat tasik cempaka tu, kat deret kedai yg ada tm, sebelah restoran steak house tu... tak perasan nama kedai, murah-murah, 10 ringgit.. byk choice...
Comel budak tu. Elok sangatlah tu kalau dah dididik tutup aurat dari kecik, insyaAllah t'jaga maruahnya sampai dewasa, kan?
Post a Comment