Al-Fatihah buat insan penghuni Jannah..
Saya ikuti blog Annisa dan Annur ni dah lama, sehinggalah ayah mereka melancarkan kempen Hope 2 Walk baru-baru ni, ramai sukarelawan membantu, anda boleh membaca kempen ini- HOPE 2 WALK kat sini. Ianya belum tentu kepastian, tetapi satu usaha yang kita boleh sama-sama membantu, dan tiada yang mustahil andai ada keizinan Allah Taala. Annisa dan Annur ada anak celebral Palsy, kes hampir sama seperti ATIQ WAZIQ yang bukunya saya dah beli dan baca, walaupun saya tak der anak istemewa, tapi saya baca untuk baca pengalaman pahit dan manis 'pengembaraan' ayah dan ibu Atiq berubat anak mereka, buku yang memberi inspirasi dan harapan kepada ibu bapa lain yang mempunya anak yang sangat istemewa yang Allah utuskan. Subhanallah..
Namun, hasrat dan hajat ayah bonda Annisa tidak kesampaian, kerana, pagi ini anakanda Annisa telah kembali menemui pencipta kita semua. Al-Fatihah buat bidadari syurga, saya ni toksah kira, dari tadi dah berapa kali menitik air mata, bila terkenangkan anak ini. Annisa.. berjalan dan berlarilah anak di Jannah, moga segala yang Annisa tinggalkan didunia ini terus ditinggalkan.. segala kesakitan, pandangan jahat manusia.. bahagia dan tenanglah di syurga sana, bertuah ibu bapa ini kerana ada sudah satu anak menanti mereka di sana.
Sesungguhnya Allah tahu yang terbaik buat hambaNya.. kempen yang dilancarkan untuk bantu 2 anak ini sudah pun ramai yang mengetahu, Alhamdulillah saya juga sempat juga menitipkan sedikit sumbangan, dan berdoa agar ramai orang akan menyumbang juga.. kalau pembaca blog ini yang keluar masuk derma 10 ringgit sorang tu, beratus/ribu juga boleh dapat sehari... saya merayu, andai ada rezeki yang lebih, titipkan seringgit dua buat mereka, andai itu pun tak mampu dilakukan, berdoalah agar usaha mereka berhasil. dan selalulah beringat dalam hati kita tentang hadis ini
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda’ r.a. bahwasanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
(Shahih Muslim no. 2733)
Insya-Allah selalu ingat dalam hati kita hadis ni, kita takkan kedekut berdoa untuk orang lain. Kalau nampak ada orang kereta rosak tepi jalan, dan kita tidak mampu menolong, kita boleh berdoa, "Ya Allah Kau utuskan hambamu yang jujur dan ikhlas untuk membantu mereka yang dalam kesusahan itu, kerana aku tidak berdaya menolong mereka" yakinlah, kalau pun bukan mereka itu menolong kita kalau kita susah nanti, tapi ALlah juga utuskan orang lain membantu kita sebagaimana doa kita kepada mereka hari ini.
Semoga harapan kedua ayahbonda mereka ni untuk berjuang terhadap Annur tidak akan luntur, redhalah pemergian Annisa, tetapi bangkitlah semula, berjuanglah untuk Annur. Saya doakan Allah permudahkan urusan kalian, dan kalau kejayaan Annur dapat berjalan satu hari nanti.. itu adalah kejayaan dan berkat doa kita semua, sama-sama kita berusaha. Mungkin ada yang sinis, alaahh anak dah begitu apalah diharap nak boleh berjalan, ramai anak-anak CP lain terbaring juga tak dapat berjalan pun. SILAP besar!!!
Atiq Waziq membuktikan, dengan rawatan terbaik, kaedah terbaik, adik Atiq boleh berjalan!!! Subhanallah, kunfayakun.. Kalau Allah kata jadi,, jadilah ia.. kita sebagai hamba berusahalah. Kalau kita yang anak normal pun kerja keras, hantar anak pegi tuisyen, beli itu ini meransang minda anak-anak, untuk apa? untuk anak kita berjaya, begitulah ayah ibu yang ada anak istemewa ni, berusaha dan terus berusaha, bukan depa nak anak depa jadi enginneer, doktor, lawyer... dapat berjalan dan urus diri sendiri pun sudah cukup memadai... Umpama kata bapak Atiq Waziq dalam buku dia, "dapat lihat anak istemewa ni hisap air melalui straw pun adalah satu kegembiraan"
Moga ada sinar untuk mereka
"Ya Allah tolonglah mereka ya ALlah, kau lembutkan hati hamba-hambaMu yang lain untuk menderma, dan kau murahkan rezeki orang-orang yang memberi derma kepada mereka-mereka, kau turunkah rezeki buat orang-orang budiman ini rezeki mu dari segenap penjuru, dari laut, darat, langit, bumi.. kau keluarkan dan curahkan kepada orang-orang bermurah hati berganda-ganda. Aku hambaMu yang lemah, hanya doa-doa kami semua sahaja yang mampu kami berikan, selain sedikit bantuan yang mereka perlukan, selebihnya kami berserah dan bertawakal kepadaMu ya Allah, sesungguhnya kami hambaMu hanya merancang, berusaha, seterusnya kami berserah kepadaMu, kau makbulkan doa kami semua ya Allah"
Sebak sangat-sangat.. saya berpisah dengan Najmi 4 hari, dari semalam hingga Sabtu dia pegi Summer Camp je pun, saya berjurai-jurai air mata, terkenang-kenangkan dia, inikan berpisah MATI.. Ya Allah kau kuatkan hati mereka yang kau uji ini.
Please spread the kempen guys... kat FB punya, please check Hope 2 Walk, and klik like, so kita adalah sebahagian dari mereka. Kejayaan mereka, adalah kejayaan kita.
Bantulah MEREKA
Thursday, December 22, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 Komen:
al fatihah...
insyaallah...
Br je dgr MHI pg tadi psl mereka..Allah lbh mengetahui segalanya..alfatihah buat Annisa..semoga dia lbh tenang di sana..
dah nangis, tak tau nak tulis apa...
Al-Fatihah buat adik Annisa...
Saya pun ada baca buku Atiq Wazif... Remarkable journey...
Post a Comment