Monday, March 29, 2010

Beli buku di Pesta Buku


ALhamdulillah, Jumaat lepas, rezeki anak-anak yatim yang dapat dikumpul ialah hampir RM500, terima kasih pada yang menyumbang, ada yang tak sms, tup-tup masuk je duitnya... so buat masa ni saya tutup dulu open bank in duit tu..bahaya, sebab duit anak-anak yatim tu saya dah keluarkan semuanya, yg ada skrng adalah duit saya je.. so kalau ada yang masih berminat nak derma bolehhh tapiii saya mohonlah sms dan bgtau jumlah yang dimasukkan.. sebab takut ooo termakan harta anak yatim....dosa besooo ngeri lah saya... semua ni amanah ni...terpikul di bahu saya.. thansk juga yang sms dan direct jumpa saya di PWTC beri sumbangan, terharu, dengan niat murni kalian.

Jumaat tu, saya tak sempat beli banyak buku sebab kekangan masa. saya beli apa yang patut je..InsyaAllah nanti saya akan surf beberapa buku, dan akan mintak tolong supplier yang sering berurusan rasmi dengan saya untuk bekalkan buku.

Saya perkara saya insaf lagi ialah, bila kita berniat baik, Allah permudahkan urusan kita. Saya terlupa bawa troli untuk memborong buku, awalnya saya jinjing semua buku0buku di beli, beratnya..tp saya kuatkan semangat, fikri pahala dan keseronokan anak-anak ni bila terima bahan bacaan ni, memang berat jinjing ber-beg-beg buku. Kemudian saya berjumpa seorang blogger popular ni..eheheh Puan H, dengan bantuan dia, saya tumpang letak buku-buku yang dah diborong di booth beliau bekerja, kemudian Allah utuskan Hazwan menelefon saya untuk beri bantuan.. Sebaik sahaja baca entry blog, Hazawah yang berkerja kat PWTC terus call saya tanya ada apa bantuan saya perlukan?? pucuk dicita ulam mendatang, harus saya minta troli kan? Hazwah pun susah payah turun usung troli yang berat tu naik eskalator lagi.. tima kasih..tima kasih..

Jadi dengan adanya troli rileks sikit saya pilih dan masuk buku dalam kotak. Saya beli set buku latihan untuk murid darjah 1-6, ustazah dari Baitul Sakinah dah sms saya berapa jumlah murid, saya beli satu set untuk semua murid. Beli juga set ala mainan monopoli (tp permainan berkisar tentang solat, wuduk) menarik.. harga asal ialah RM89, kemudian pesta buku punya price ialah RM62, tp tokei india muslim tu baik hati, bila saya cakap saya nak beli untuk anak yatim, kata dia 50 cukuplah, kasi saya modal balik, kemudian dia kutip beberapa naskah buku dari kedai dia untuk kasi saya.. Percuma.. Alhamdulillah.

Sempat juga saya jumpa kak Sri Diah, orang kuat Karangkraf ni..kak Sri dah jadi boss beso untuk satu anak syarikat Karangkraf tahniah kak.. cayalah... Kak Sri minta saya tulis satu buku (motivasi) dan saya sudah ada idea apa nak tulis..Insya-Allah kak Sri nanti kita bincang lagi. Lama tak jumpa kak Sri, jeles dia dah selim melim... serius..kurus sangat dah... aduiii dalam pic ni org amek gambar tu tak berapa terrer, tu nampak macam saya amat gumuk kan??? heheh salahkan orang lain memang best..


dan inilah yang saya beli untuk diri sendiri.. mmg tak sempat saya belek buku untuk diri sendiri, cuma ni je sempat beli..


Buku kembara Atiq Waziq tu, adalah kisah benar yang ditulis olah bapa Atiq, kisah anaknya yang mengalami Cerebral Palsy. Menarik sangat anak ni, macam mana kedua ibu bapa memberikan semangat dan dorongan kepada Atiq.. kuat semangat betul.. Buku ni terbitan Galeri Ilmu, pada ibu-ibu yang ada anak istemewa ni boleh la baca buku ini. boleh layari website galeri ilmu.. Jiey-maybe boleh tlg promote pasal buku pada kawan-kawan Jiey yang ada special kids tu, berguna baca pengalaman parent dia.

Dua CD yang saya beli itu ialah dari penyanyi Nasyid favourite saya iaitu Zain Bhika, Zain Bhika ni memang sedap dan syahdu je lagu-lagu dia. Selain Yusuf Islam, Zain Bhika memang sedap-sedap lagu dia.. carilah mmg best, terngiang-ngiang di telinga lagu Flower is Red-nyanyian dengan kanak-kanak..cute gile lagu tu..nanti saya upload letak kat blog ek..

2 Komen:

Hayati on 9:41 PM said...

Amboi, kurus betul Sri Diah. Dulu masa gebu, dia memang cantik tapi sekarang lagi cantik. Nampak dia kecik sangat. kalau bergambar sebelah kak yati pun mungkin dia pun akan kelihatan begitu kecik dan orang yang ambik gambar tu pun mesti tak pandai juga, pnut kan?

Irfa on 1:58 PM said...

salam kak pnut..
lama x masuk sini,rindu nak tahu apa citer akak n family..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino