Sekarang saya mempunyai kesukaan baru. Drama Tentang Dhia. Sukalah.. I like.. Nora Danish sangat santekkkk bertudung... Mudah-mudahan.. Allah bukakan hidayahnya untuk dia betul-betul bertudung. Mana tau kan.. tengok Diana Amer, Irma Hasmie.. dan Wardina... Wardina islamik sekarang, kita pun belum tentu boleh jadi macam tu.. sama macam Sham Kamikaze tu. Tengok kat FB Sham tu, sejukkk atiiii...
Ni wardina.. santekkk kan?? tapikan.. kening dia tu cukur ke?? atau original kening dia terbentuk cantik begitu? kalau original, wah best giler.. cantik sangat.. tapi kalau cukur. hurrrrrmmmm.. no komen...
Eh kata nak citer pasal drama Tentang Dhia kan? saya terbaca tajuk asal drama ni, Zikir untuk Dhia, tetapi saat akhir ditukar jadi Tentang Dhia, simple buat nice. Again, drama amek nama perempuan lagik... boring la tibi tiga suku... asek-asek nama pompuan.. asek-asek nama pompuan je..
Dannnn palinggg saya suka Tentang Dhia ni, ialah sinematografi dia.. superbbbbb shot kamera cantik.. i ikeeeee, nengok sawah padi terbentang... alahai teringat kampung halamanku nun di Kedah sana... terasa dekat dihati..
Nora Danish.. akak doakan ko akan pakai tudung juga satu hari nanti.. udah-udah ye dik, sheksi mekshi.. awak cantik.. lagi cantik kalau bertudung...
Cute kan dia..cantikkkkk....
Sheksi Nora Danish, tak leh lawan Pasah Sendat lagik.. gila berani mati minah ni.. nanti-nanti kita share pic Pasah yang sheksi tu.. cisss sangat bodoh itu pompuan.
ok abeh citer drama-drama laghooo belako.ehehehe..
Nak citer pasal si abang Najmi ni... Aduhai anak bujang hamba.. result akhit tahun dia, tidak begitu menyeronokkan. Tahun depan dah darjah 5 dah abang oi... Walaupun saya liberal dan tidak menganggap kejayaan akademik tu ukuran sebenar-benar kejayaan akan datang, sebab percaya, semua orang boleh berjaya dalam hidup kalau rajin berusaha dan kita kenal pasti potensi lain dalam diri anak kita kan?? tetapi saya tak mau dilihat terlalu cool sehingga tak kisah kalau pencapaian dia menurun. Nak kata saya dan babah dia marah-marah sebab keputusan peperiksaan agak merosot hujung tahun ini, tidak juga, lebih kepada kecewa. Kecewa kerana dia kurang berusaha, dan sebenarnya kami kecewa dengan kami berdua juga, tidak begitu bertegas, dan atas dasar, tak mau pressure-pressure dia, kami cool, dia belajar ikut keselesaan dia.
So tahun depan memang terpaksa jadi mak pak tiri bab belajar.. Kena lipat gandakan usaha. Sebenarnya dengan effort dia dan saya rasa tipikal anak-anak lelaki baya-baya dia pun macam tu juga kot.. rileks, main-main dan main... bila sembang dengan kawan-kawan yang ada anak pompuan, citer anak depa rajin buat latihan, siap abeh buku latihan keluaran ni, minta beli buku ni pulak. bila target dalam 5A, tapi tercicir satu A, frust dan azam nak buat lagi, beza oooo anak lelaki... dia tak der perasaan!!!! selamba je... siap golek-golek baring lagik. Masa dekat nak exam, dia sibuk dengan latihan kawad kaki tunas kader remaja sekolah, untuk pertandingan kawat kaki. balik rumah penat, tertido.. buku kemana tah.
Tetapi respect juga, dalam pada dia tak study, dia masih boleh dapat B pada subjek-subjek yang susah. Cuma sistem sekolah dia ni mengambil kira 5 subjek sahaja, subjek lain buat hiasan je.. walaupun dia berderet juga A untuk subjek lain, tetapi dasar sistem sekolah dia hanya kira per 500 sahaja markah, maka subjek lain sekadar ada periksa je la.. tak adil kan?? itulah yang kita emak bapak kena perjuangkan... untuk subjek Bahasa Arab, dia dapat 95.. tahniah untuk dia sebab cikgu dia kata, tak ramai budak dapat bahasa Arab A.saya pun tak sempat nak tengok apa lagi subjek yang dia dapat A semalam. Semalam masa tengok slip periksa dia saya dah penat sangat, balik opis pukul 9 malam oulss... sampai rumah mandi bagai 10.30 baru nak rehat, masa tu tengok slip result dia dah nampak bantal je.
Malam ni baru nak 'post moterm'. Bukan senang kan nak menjadi emak bapak ni, tambah anak dalam proses nak menjadi remaja ni, dah jadi remaja lagi kuat tekanan dia. Ada kawan saya, anak baru form 1, dah mula pening dengan disiplin anak, bergaduh, ponteng.. Ya Allah jauhkan perkara negatif kepada anak-anak kita, takut la saya.
Sekolah pun sebenarnya kena kreatif dalam memberikan pengikrafan kepada anak-anak ni kan? Saya sembang-sembang dengan kawan-kawan opis ni, ada sekolah-sekolah anak-anak diaorang ada memacam hadiah, (kalau keja putrajaya dulu, pi balik semua anak-anak sekolah kat putrajaya juga) kat opis ni dari segala ceruk anak-anak mereka sekolah, ada kawan cerita, ada sekolah anak dia bagi hadiah pencapaian nombor 1-5 dalam kelas, ada juga yang bagi hadiah untuk 25 pelajar terbaik dalam darjah kelesuruhan. Walaupun kata kawan ni, hadiah tu cuma sijil dan novel je. tetapi budak-budak suka dan ibu bapa lagi gembira tengok anak naik pentas terima hadiah. Ada sekolah yang bagi penghargaan kepada pelajaran mendapat markah tertinggi 1-3. hadiahnya cuma sijil je kata kawan ni, tetapi kegembiraan itu tidak dapat diukur kan?
Sebagai persediaan awal untuk tahun hadapan kami akan hantar si abang Najmi ke Summer Camp ni. Dia tak der masalah disiplin, atau terlalu nakal, average jer... cuma kami nak dia ada sikap tanggungjawab, bila dia sedar tanggungjawab dia sebagai anak, sebagai khalifah Allah, Insya-Allah mudah-mudahan dia akan lebih mudah dibentuk.. Aminnnn mudah-mudahan... Jom hantar anak-anak kita sesama jomm leh kita jumpa kat sana nanti.
8 Komen:
kak...kening ori.adik bradik die memam jenis kening gitu.kalo dekat2 nampak la gak liar2 tu...wallahuaklam..ni pon saya dgr dari kawan kpd kawan y kawan dgn adik die.hahaha..die kata memang kua eh kening lebat terbentuk...kalo salah salah dari mulut dan pendengaran saya la ye kak
hmmm...sama je pnut. Nun kat rumah tu, sama je golek2 depan tb, takde perasaan langsung dengan exam, buku, praktis ...
This year, saya gorilla. Next year, saya akan jadi gorgon...hopefully masa UPSR, saya jadi kingkong je...hopefully....
kak pnut,
saya penah terbaca status wardina, dia cakap kening dia takde dia cukur@bentuk2kan..mmang tue semulajadi katanya..sebab dia buat status tue ramai yang tanye dia cukur kening ker..:)
tahniah utk abg najmi, bahasa arab adalah antara bahasa yang susah untuk dipelajari, terer la dpt 95 :)
Pnut: Anak lelaki mmg style macam tu...selamba badak ajer... i dgn anak I Abang dulu pun macam tu. Kita tahu dia ada potensi tapi bab selamba rock dia tu ajer yg tak menahan...now dah kat kolej, pepandai la dia nak adjust diri macamana. Najmi tu boleh dibentuk lagi tu...
2. Summer Camp ni yg Dr Hassan Ali punya. I hantar my kids masa umur 9 dan 7 tahun dulu...tapi masa tu tempat tido daif yang amat. Kat sini gak yg budak mati kena patuk ular senduk kalau tak silap a few years ago. Program dia okay, tapi execution dia hampeh ( time tu lah, now mungkin dah banyak improvement). But it is good exposure to the kids lah.
OK i dah klik tgk kemudahan dia... Dah so much better now...
Ada pernah sekali Wardina jadi host rancangan apa ntah, a few years ago. Dia kata dia cukur jgk kening dia sbb serabut antara 2 mata tu. Jenis yg kening hampir bersambung. Ustaz tu kata, haa.. pilih nak dosa ke nak biar serabut.. Tapi dia tak defensive la, kira dia admit la dia salah.. Tak igt la rancangan apa, sbb dah lama.
nak tau kening ori ke tak..tgk kat area atas kelopak mata. kalo bengkak, mmg cukur la tu dan kalo tgk bersih tak dak serabut ( even sket) bulu kening tu..mmg sah cukur or cabut
sbb, zaman2 jahil dulu ai pun cabot bulu kening
Post a Comment