Bantuan RM100 untuk pelajar sekolah.
Banyak bunyik la orang bagi duit RM100 ni.. Komen cikgu-cikgi kat FB, ada mak bapak tak pernah nampak batang hidung time mesyuarat PIBG, time amek report kad anak pun busy tak leh mai amek, tapi tang nak amek duit RM100 hat tak pernah nampak muka tu mai awal.
Hat mak pak pi amek duit pulak.. komplen sekolah lembab, buang banyak masa tunggu kat sekolah sebab lamba agihkan.. Ada pulak tak reti bersyukur, kata manalah nak cukup 100 nak beli barang sekolah anak, ishkkk nama pun bantuan, bantu agak-agak la.. Bulan-bulan main kutu beli barang kemas zhulian, bayor sebulan 30 henget boleh pulak.. baik 30 henget sebulan simpan dari bulan 1 sampai bulan 12, bapak lebih dari cukup nak beli barang sekolah anak. Paling tak boleh blah, main kutu pinggan mangkuk.. kelassss kooo set pinggan mangkuk vantage, corell.. tak koman-koman... sebulan 50 henget, senang je labur, sekalik time nak bukak sekolah ngeluh keluh kesah resah gelisah.. nyampah tauuu...
Pada yang agak sedar diri macam makcik sapinat ni.. tengok pinggan mangkuk best..best meleleh ayaq lioq... tapi bila pikiaq, kalo aku pakai pinggan beli sabun daia percuma pinggan pun kalau dah masak sedap-sedap le juga kan?? wakakaka.. tapi respect pada orang yang tiap bulan la simpan agihkan pendapatan, yang ni bayar kutu, yang ni simpan untuk duit sekolah anak... wa tabik lu!!! camni le orang-orang yang berwawasan.. makcik saving gak... simpan.. tetiba nampak lemari ke... nampak kabinet gantung-gantung hat lawa terus lupa diri... amat tak senonoh.. erkkk ngata orang dia pun sama.. eh tapi saya tak merungut tau.. dapat bantuan banyak mana pun saya syukur, bonus setengah bulan ke... tader bonus ke.. saya redha je. tak banyak bunyik, syukurlah kita ada kerja, ada orang terumbang-ambing keja tetap takder, jangankan bonus, gaji pun sangkut-sangkut..
Dan tidak terlambat, nak ucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang anak-anak mendapat 5A, tahniahhhhh buat korang... Saya pulak suspen, tahun depan Abang Najmi dah darjah 5, lagi satu tahun akan darjah 6.. haduiiii kalau dia tak tingkatkan lipat gandakan usaha dia, terbabas ko anak oiiii, mak dia yang cuak... walaupun saya bukan nak sangat dia kejar 5A tu, tapi tak mau dia rileks abeh, santai-santai sampai tak rasa bersalah kalau tak dapat 5A. At least, nak dia lebihkan effort, usaha sungguh, then tak dapat 4,5 A pun puas hati sebab dia dah berusaha, ini dak le, esok exam ini malam dia bantai lena. Exam ke tak exam ke, petang tetap main bola macam biasa, dan malam bantainya tengok tv juga.. Sabor je daku...
Eh sekolah dah start cuti, seronok giler sebab jalan tak jammed.. yahooo...
Hari ini Najmi ada pegi ke kelas basic fotografi.. saje suka-suka suruh dia belajar amek gambar secara berilmu.. Mudah-mudahan dia mendapat ilmu baru hari ni, dan akan dimanfaatkan. Tadi call dia, kat kelas, enjoy je dia belajar, kelas ini untuk teenagers... tapi ada juga sorang dua yang dah dewasa tapi join sekali. Tapi dia paling muda kot, 10 tahun. Saje nak bagi dia pendedahan, saya nak tau potensi dia, ke arah mana, cuba nak salurkan dari kecik apa dia suka.. tak jumpa lagi 'jiwa' dia kat mana, so selagi itu, saya tak boleh berhenti menggali... eheheheh galiiiii kata kak ogy...
2 Komen:
Ok per Rm 100..boleh beli beg sekolah, pensel colour 32 batang lagi, segala mala alat tulis..baju sepasang, kasut sepasang. Hok beli kasut adidas, bag swan pakai gi sekolah tu mmg aaaa tak cukup...
Bersyukur...ai pasrah jer lah
alhamdulillah, ada manfaatnya. cuma jenuh la ni dok kat sekolah tunggu wakil politik dtg nak agihkan duit tapi tak muncul2 lagi sebab sedang menghadiri masjlis yang sama di sekolah lain. Huhuh... pala dah pening cam nak pitam ni. Nasib baik bukan guru kelas. Jadi, lepak je di bilik guru sambil buat planning untuk kelas tambahan dan do some blogwalking
Post a Comment