Masih berbengkel di opis, projek bangunan baru (yang melibatkan library opis-acik punya le tu..)
so haku dah rasa macam engineer dan arkitek lak, dok keliling orang-orang teknikal,
dan kerjaku memeningkan mereka, kejap nak opis belah sini, kejap nak tukar, ruang bacaan belah sana, hahaha sorry.. kita bukan selalu bina bangunan baru, so saya kena fikir lagi 30-50 tahun akan datang???
agar tidak dikeji librarian kemudian hari, saper la librarian bangang tahun 2011 request design library macam ni kan?? hiks..
ok seteret to the point
Nak tanya pendapat, ada sesapa tak pengalaman hantar anak ke tadika/taska ABIM? cemana?? ok tak? Saya dalam misi mencarikan tadika untuk Alesya uhuhu dah besar anak saya noooo dah nak masuk 4 tahun next year. So nak cari yang playchool yg ada kaedah fonik yang digunakan untuk membaca. Hajat di hati nak hantar ke CIC macam Najmi dulu, suka program dan kaedah mental aritmetik (maths) dan kaedah fonik untuk membaca diaorang, Najmi dulu baru umur 4 tahun lebih, dan pandai baca, dan umur 5 tahun dah boleh kira maths (plus, minus)
Dulu saya keja Putrajaya, so takder masalah pagi hantar petang ambil, sekarang saya keja KL, husband pulak pegi keja arahnya lain, CIC terdekat, kat presint 15, tak harap la nak hantar budak kecik ni pegi balik naik van, dah banyak kali terserempak van CIC ni laju kemain.. seriau.. Lagi pun jalan dari situ nak ke rumah saya sunyi, lengang banyak keter laju-laju, dan banyak kemalangan maut masuk suratkhabar kat jalan-jalan situ, dan pulak driver van tu lelaki, huuuuii zaman sekarang biarlah kita ada rasa curiga pada orang, benda jahat nak jadi kejap je.. tak mau la amek risiko. so tak banyak pilihan tadika kat area rumah saya, terbest pun tadika DZULIMAN. Tapi kaedah fonik tak digunakan untuk pembelajaran, which is saya rasa kaedah membaca dan mengeja tu cam ketinggalan je. Ehehehe pepandai je aku..
so mohon pendapat yang membaca ni, bagilah wahyu sikit mengenai tadika ni.. ishkkk fenin la... bila la tokei CIC ni nak bukak seketoi tadika kat umah saya????
10 Komen:
tadi baca yg kak pnut tulis psl BF.
rasa macam baru semalam alesya lahur..tup2 dah nak masuk 4 tahun.sibuk la pulak akak cari tadika utk dia..lagi 15 tahun agaknya sy akan baca kak pnut tgh vari khemah dan catering utk kenduri kahwin ..hehe
Irfa... Insya-Allahhhh aminnnnn.... harap panjang umur sampai ke tahap itu lah
Pnut,
Kalau kat tempat saya, tadika abim, adik beradik tadika kemas je, taunya nyanyi, nasyid.. warna-warna... bile ntah nak ada perubahan....
~jaja~
buatlah pilihan yang terbaik..bila tgk gambar alesya tu keciannnya ..tak sangka boleh comel bila dah besar kan.
wah class pakai samsung galaxy II ..akak tgh kumpul wang nak beli aa
kak, taski aisyah skrg pun bljr guna kaedah biasa, guna buku bacalah anakku tp aisyah by 5 thn thun ni dah pandai, kira laju baca gak lah. (by the way, Dis ni baru dia cukup 5 thn pun).
Saya tak tahu nak komen camne lah kan, tp maybe lah silibus abim ni masih guna yg lama, tp kalau cikgu dia rajin, gigih, sure pelajar dia boleh catch up cepat juga.
Khadijah pun thn dpn hntr situ. Huhu tak tahulah ok ke tak tu, rrisau dia buli org lain je nanti...
based on my experience, 1st kid, I hantar kindi biasa2 je. Well, as expected dia tak well verse membaca especially english. Nak masuk darjah 1, baru kami parent brush up dia. Alhamdulillah skrg nak dekat akhir tahun, dia among top 5 student dlm kelas darjah satunya.
2nd kid pulak, this year 5years. hantar ke Genius Aulad, dgn harapan dia boleh lagi improvise. Tapi sayang, phonix method yg dipelajari di GA tidak memberi apa2 kesan kat dia. Infact, saya find out yg dia hafal buku2 english tersebut. Tunjuk dia word by wording, haram tak tau. So depends on teacher, environment & parent itself jugak. Rasanya hantar kemas pun, if parent rajin kat mengajar dirmh, insyaAllah anak tu akan excel. Ni pendapat saya. Walwahualam.
Sesetengah anak itu, usianya belum pun 4 tahun dan tak pernah belajar di kindi pun dah boleh membaca dan mengira.
Bila di tanya apa rahsia? Ibunya cakap yang anak dia belajar dari CD-CD yang dia beli kat MPH dll yang mengajar cara membaca dan mengira secara pnonic. Sambil itu, Ibunya juga banyak mengeluarkan belanja dengan membeli buku-buku cerita untuk anak tersebut sambil beliau banyak meluangkan masanya dengan mengajar sendiri.
So, tak kisahlah mana kindi pun boleh, dan kita kena renung dan fikirkan sendiri apa yang kita ingin dari anak kita.
Kalau boleh, hantarlah anak awak ke mana-mana kelas seperti Cambridge for English, Kelas mengaji Quran untuk kanak-kanak dan juga untuk Maths, boleh hantar ke Kumon.
Awak boleh mencuba kaedah ini untuk sistem pembelajaran anak awak. Kita tak perlu terlalu terikat dengan 'yang selalu orang buat' sebab ianya tak semestinya berjaya untuk anak kita.
Kalaulah saya masih punyai anak-anak kecil, pastinya saya mencuba kaedah ini, kerana sistem yang kita ada sekarang terlalu mono dan agak ketinggalan. Kalaulah dahulu saya mendedahkan anak saya dengan lebih awal...pastinya dia lebih berjaya dari apa yang dia telah capai sekarang.
terima kasih

Najiha pergi ke DzulIman. Saya rasa bagus la.. lagi pun sepelaung je dari rumah kami.
Cikgu dia bagus dan Najiha absorb cepat. tapi akak rasa tu Najiha la sebab dia memang normal.
Untuk Ali akak mungkin tak hantar ke situ, salah satu sebab rasa macam mahal dan pengalaman di Kafa Dzul Iman yang tidak menyenangkan bagi Najiha.. Akak pun tengah survey Taska untuk Ali... nak tengok Abim Pra tahfiz dekat fasa 2 (ni pengasuh dia yang suggest akak tak tengok lagi)....
Dah pernah htr anak ke Dzuliman, dah pernah htr anak ke islamic Montessori...dan yg latest ke Genius Aulad.
Antara 3-3 tu, yang akak tgk yang bagus, Dzuliman. Anak saya ni kalau chegu bagus, bagus la dia. Najwa dulu Dzuliman, tghari je budak2 6years old ni akan baca Yassin, masa tu dia 4 tahun, lama2 dia pun terikut hafal Yassin tu. Itu saya ingat sampai sekrg. Masalahnya, dzuliman byk sgt hwork dan buku latihan sampai tak terbuat. Itu je saya tak kenan.
Ada sorang komen di atas, anak dia pergi ke GA tp hafal buku. Memang betul, mereka menghafal buku tu. Naik level by level tapi bila baca selain dari buku tu...hampeh.
Post a Comment