Thursday, November 03, 2011

Cerita Alesya


Budak kecik ni dah growinggggg!!!!! Kejap je kan?? As i said before, sekarang dah survey-survey tadika dah, next year dah 4 tahun, daripada dia duduk saja kat rumah ngan bibik tonton sinetron. (yes sejujur mana pun bibik kalian, usahlah pecaya dia jujur dan ikhlas nak kerja dengan penuh dedikasi tanpa menonton sinetron) saya fikir secara logik, Alesya ni kekadang 'drama' dia menakjubkan, marah-marah dengan penuh emosi, dan keluar perkataan yang kami tak sebut pun kat rumah. Nak kata duduk kat taska tidak, jadi dari mana kah munculnya perkataan atau aksi-aksi dramatik itu? Ok, tak salah tau curiga pada maid ni, dari pengalaman saya dengan beberapa orang bibik ni. Kan..kan... jiranku cik raja dan kak zah?? sebaik mana pun kita ngan depa, kean simpan rasa sangsi dan curiga, baik untuk kita agar kita percaya mereka 100%

Ok lupakan kisah bibik, kita bukan nak update pasai bibik pon. Nak citer anak dara teman ni... Dah suka melawa-lawa. Sekarang dah pandai pilih baju sendiri, pastu comot sikit nak tukar baju. Tapi disebabkan saya ada satu je anak dara, bongsu dan rasanya memang tak der adik lagi dah. Saya memang suka dia kemas dan rapi sentiasa, tapi idak le sampai tahap, baju comot sikit, kena milo ke, terus nak tukar baju. itu Over dik... tapi sebab saya dah didik dia, rambut, mesti kemas, walau berambut panjang. Agaknya dia pun selesa, rambut bertocang dan bersepit sentiasa, dan kalau ada rambut berjuntai-juntai, dia pun sendiri rimas.

Pastu dia juga sudah memasuki fasa-fasa duduk depan cermin, dan bercakap-cakap dengan segala memek muka depan cermin, ahahaha saya selalu leka tengok momment tu. Ralit je,

Ni masa kat airport nak hantar mama, baju barbie tu pilih sendiri, dan pesen tocang dia nak buat camtu.. sebab nak pakai sepit tu.. dah ada taste nak mix and match.

 Ni baru lepas mandi, baju seluar pilih sendiri, dan cekak rambut panjat amek sendiri.
Dah makan membesarkan.. Sikit hari lagi saya akan merindui momment ni semua. So buat masa ni enjoyyyyy!!!

Saya masih lagi berbengkel. So wahyu-wahyu untuk saya update blog tidak begitu turun, maka pasrahlah dengan apa update yang ada...

3 Komen:

- GC - on 9:58 AM said...

pandai alesya mix & match. suka lah anak pompuan, boleh beli skirt, dress, cekak, sepit.. haha..

HappyIrfa on 11:41 AM said...

cakap depan cermin tu biasa bagi anak dara..siap wat dialog yg tak menahan tu.hahha

Aini Razali@ Ainor on 12:41 PM said...

kak, ade bakat grooming.. makin cantik.. tak sangka dulu kecil sangat...

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino