BF-tu pada kaum bapak yang baca blog ni tak tau apa itu bf, mohon maklum, bukan boifren, bukan best friend, bukan breakfast ek...BF tu breastfeeding. Atau bahasa manisnya versi bahasa melayu DBP, menyusu badan, atau bahasa tak senonoh, menetek.
terbaca blog Sarah Kids meniti perjalanan menyusukan baby, memang indah dan menyeronokkan, menarik, dan interesting, walau ada blog lain yang menulis benda-benda yang sama, tapi kekadang boring, dah terlebih eksen dapat ekslusif breasfeeding baby, macam orang lain yang tak menyusu badan tu berdosa besar. Cara penulis blog ni menulis interesting dan sempoi, menarik minat orang lain.
Serta merta saya pun terkenang kenangan manis dan mencabar saya menyusukan Alesya dulu-dulu, dan kisah-kisah menyimpan Susu Untuk Alesya semua kisah-kisah mencabar ini saya coretkan Journey Alesya. Mungkin perjalanan orang yang mengandung full term, dan baby ada kat sebelah selepas beranak tak la mencabar mana, tapi bagi emak-emak macam saya yang berpengalaman lahirkan anak-anak prem ni.. yang 30 minggu dah keluar jengah dunia, agak-agak, banyak mana sangat susu badan yang ada? 30 minggu tu ikut kiraan orang-orang kampung, mengandung 7 bulan. Kalau ikut teori manusia, 7 bulan, susu ibu baru nak menjadi, tapi kuasa Allah tak terjangka kan? Walaupun 7 bulan dah keluar anak-anak saya, tetapi Alhamdulillah, dua-dua budak ni merasa menyusu badan sempurna macam baby lain masa dalam pantang, dan beberapa bulan selepas mereka lahir.
Cuma masa si abang dulu, ilmu menyusu badan saya tak begitu tinggi, lagi pun masa tu teknologi dan gajet menyusu badan tak begitu meriah macam sekarang. Lagi pun masa tu kami baru setahun kawin, bajet sangat limited nak beli gajet-gajet susu menyusu bagai ni. tetapi syukur.. si abang tetap merasa sepanjang dia di NICU HKL, susu-susu saya tetap sampai ke hospital, walaupun saya kat rumah dia kat NICU. Cabaran kami masa tu, saya kat rumah berbekal pump pureen murah beli RM80 henget masa tu camni la sebiji, (kredit kepada tuan punya gambar, saya tanya pakcik google je)
Dengan pump ni je saya mengepam siang malam, masa tu tak kenal pun pump madela cemana.. uhuhu. Berterusan mengepam, kemudian masa dah kena masuk balik wad, bersama baby, saya kurang guna pump sebab bagi Najmi direct feeding, budak bukan main kalo minum banyak, tak sempat susu jadi lagi, dia kelupur nak susu lagi. Jadi tak der buat stok susu pun. Bila dia keluar wad 42 hari, saya cuti lagi nenen direct je.. ehehe susu tak banyak, tapi masa tu tak mau bagi susu formula lagi, maka kerja budak ni bergayutttt je menenen. Hahaha bagus juga, mama leh excuse, duduk riba anak menenen jek. Pastu tiba masanya saya kena balik kl, dan tinggalkan Najmi kat kampung dengan emak, masa ni berpisah la kami, dan masa inilah dia minum susu formula, sedih sangat, misi tidak berjaya.
Masa Alesya, pump ni amat berjasa, sebab seminggu pertama Alesya lahir tu dia tak diberi minum susu, cuma dimasukkan drip-drip je.. segala neka antibiotik, vitamin disalurkan masuk melalui segala urat dia.. Kat celah mana dia nak min
Sedihkan tengok dia masa ni... ni saat kritikal dia ni... Masa ni dia dah mulai diberi minum sikit je, ada la dalam 3ml kot.. bayangkan kalau kita buh ubat dalam syringe (betul ke aku eja ni wei??) 3ml banyak mana kan?? pastu up sikit ke 5ml.. ye la usus dia belum matang, doktor takut usus dia pecah kalau susu masuk lambat dihadamkan.
Saya kat rumah, keja saya mengepam tiap 3 jam... kumpul banyak-banyak kat rumah hantar ke hospital, ni peti ais kat hospital, baru dihantar, sebab kat rumah dah penuh sangat, bawa separuh pegi kat hospital, yang bawah tu, susu alesya juga, itu stok yang sebelum batch atas tu dihantar, belum luak diminum budak ni. Memang mengejutkan sangat nurse-nurse kat situ, sebab saya sorang je mommy prem kat situ yang paling banyak stok susu. Siap nurse suruh bagi petua kat ibu lain, masa tu toksah kira, segala petua saya buat nak bagi banyak susu.
Satu bekas tu, Alesya boleh minum sampai 5-6 kali.. eheheh dia minum sikit je kan, so sepanjang 90 hari dia di NICU memang dia fully minum EBM.
Sebenarnya nak BF baby, bagi saya niat tu kena mulakan dari awal, sejak mengandung lagi pasang niat, sebolehnya nak bf baby, selagi boleh. Insya-Allah itu aura positif pertama. Itulah yang saya tanamkan dalam diri. Cari ilmu penyusuan sebagai persediaan, jadi kita tak cetek ilmu. Bila kita tanam dalam diri, susu kurang ni... susu kurang nanti anak tak cukup susu, itu negatif... uhuhu maka itu membuatkan production merudum (ini saat-saat saya lalui semasa stok susu Alesya abeh, mungkin saya negatif masa tu, so susu memang terjejas teruk)
Kalau saya lahirkan anak 7 bulan pun dapat juga menyusukan anak berbulan-bulan... orang yang lahirkan anak full term, atau lebih dari 30 minggu tu, Insya-Allah susu korang ada, cuma mungkin ilmu pengetahuan tidak betul cukup untuk production susu, macam saya dulu sehari dua lepas bersalin memang takder susu, tetapi nenen membengkak pada hari ke 4 dan ke 5, dan minta tolong nurse bantu pum, Alhamdulillah hospital putrajaya full support, ada bilik pump, dan nurse amat dedikasi bantu kita mengepam, siap beri sokongan moral lagi... "boleh kak.. boleh, akak dapat sesudu pun takper, saya pegi hantar ke nicu sekarang juga"
Suami pun kena bagi sokongan, ini amat penting, encik laki mak la tukang tulis label, tukang susu susu, tukang angkut stok-stok susu segar dari ladang. Masa Najmi, kami duduk Cheras, nak dekat Kajang dah, tapi rutin pakcik gebu, pagi keluar rumah awal, bawakan stok susu, pegi NICU, HKL hantarkan susu, kemudian patah balik ke opis dia di Jalan Raja Chulan, petang sampai rumah 6.30, rehat kejap, kang lepas Isya' bawa lagi saya ke hospital, lawat baby sambil menyusukan anak. Masa Alesya pun macam tu, saya pun sama, bila dah sihat boleh drive sendiri, dan Alesya boleh menyusu, saya berulang alik sehari 3-4 kali ke hospital menyusukan dia, kekadang siap lepak kat lobi hospital je, sebab maleh balik, kang datang balik tak der parking, sebab nak direct feeding ngan dia.
Dah masuk keja, bincang dengan bos, minta izin keluar opis bila nak pegi menyusu, biasa saya akan call nicu, bila next feeding Alesya, bial nurse cakap baru je bagi, kang lagi 2 jam, saya cakap tunggu saya datang, nak dia hisap direct, biasa saya akan pegi sekitar jam 11 pagi, dan kemudian 1 tghari. kang petang balik keja pukul 4.30, kekadang dah sampai pukul 4.30 nurse kata baru je bagi, saya balik dulu, mandi solat, kemudian datang balik menyusukan dia. Bila kenangkan balik, baru terasa, eeeiii renyahnya hidup macam tu, tapi itulah yang berjaya menghasilkan Alesya dapat menyusu badan sepenuhnya masa tu. Stok susu saya kumpul pun banyak, sehingga masa dia keluar dari wad pun, susu masih banyak, dan kami bawa balik rumah, dalam masa yang sama saya terus simpan stok, masa tu walau susu badan makin berkurang, tetapi stok yang sedia ada mencukupi tanpa formula milk.
Andai la saya ni sihat tak der masalah, pertama yang saya ingin buat lagi sekali dalam hidup saya ialah mengandung dan melahirkan anak cukup bulan. Saya yakin, kalau saya ada peluang itu, takkan saya sia-siakan. Kalau saya melahirkan anak 7 bulan pun susunya ada, walau tak mewah, tapi boleh bertahan, kalau saya dapat full term mengandung, nekad saya satu, nak menyusukan anak selagi terdaya. Tetapi apakan daya, risiko saya tinggi kalau nak mengandung lagi, kalau ikut nekad saya, nak redah je, tapi pakcik gebu kata cukuplah, dia tak mau tanggung apa-apa risiko akan berlaku, sayang juga dia kat bini gebu dia ek. ahhaha tetiba..
Jadi.. ibu-ibu dan bakal-bakal ibu, selagi termampu, menyusukanlah anak kerana ia amat bermakna.. seronokkkk sangat... Kalau kenangkan memang susah dan leceh, macam saya dulu, pegi outstation, bawa pump (pump pureen tu je) bawa bekas susu, tumpang simpan kat kitchen hotel, bekukan, travel bawa balik. Naik kapal terbang, mintak pramugari tolong simpankan. Berusahalah kita untuk menyusukan anak kita, jangan tewas dahulu sebelum kita sedaya upaya mencuba, kalau kita dah buat bermacam usaha, tetapi tidak berjaya, bermakna Allah tidak izinkan juga nampaknya, usaha kita setakat itu sahaja, takkan nak biar anak kita meraung berlapar. Tetapi bagi saya, walaupun dah bagi formula milk, tapi tetap usahakan juga pump dan bagi anak hisap direct, mana tau kuasa Allah, dapat kembalikan susu badan.
6 Komen:
emm,zah juga ibu yang menyusukan kak p'nut...maaflah jika ada entry yang mengguris rasa :)
setiap ibu ada kenangan manis dan pahit..apapun cara janji ia kembali kepada fitrah..
p/s :sll baca blog akak tp silent reader je..
p-nut,
Masa anak kembar akak yang sulung lahir tak cukup bulan, akak memang tak dapat menyusukan dia jadinya akak terpaksa bagi susu soya untuk bayi tak cukup bulan. Sedih tau. Bila dapat anak ketida dan keempat, akak nekad dan dapat menyusukan diorang sampai 4 tahun. Tapi bercampur dengan susu formula jugalah. Alhamdullilah.
kak iza
Thumbs up kak!!! memang setuju sangat2. Semua ibu nak yang terbaik untuk anak2 dia kan. Angah pun BF semua anak. Alhamdulillah ada rezeki derang.
Ibu2 yang dah cuba selama mungkin utk BF anak pun angah salute jugak.
Cuma sedih ada ibu yang susu membuak2 tapi taknak bagi anak atas alasan leceh..tapi apa hak kita untuk kondem dia kan..itu pilihan dia..
doakan angah berjaya BF Riefqi sampai 2 tahun jugak mcm abang ngan kakaknya..Aminnn
Kak, doakan saya dpt deliver baby full term pulak kali ni ya.. AMin.
"...walau ada blog lain yang menulis benda-benda yang sama, tapi kekadang boring, dah terlebih eksen dapat ekslusif breasfeeding baby, macam orang lain yang tak menyusu badan tu berdosa besar..."
setuju part yg ni..apapun..kena sederhana lah kan..
btul kak.asalkan niat kita utk menyusu anak, mesti sentiasa ada rezeki anak. itu juga yang saya sematkn di hati utk menyusu anak kedua lps gagal utk anak pertama.
Post a Comment