Sakit hati kan??? Kalau tiap hari baca paper, tengok ada je baby yang kena buang merata-rata, dibuang ibu kandung sendiri, kurang ajar betul la.. Bangang sangat, unka pun sayang anak dia.. Baru ni sorang mangkuk ayun warga vietnam yang yang projek dengan jantan mana tah, mengandung, pastu bungkus anak dia ikat ketat, dengan harapan anak tu mati, tapi itu tidak berlaku. Panjang umur baby tu, dapat diselamatkan, tapi pompuan bangang yang buang baju kerja dia sekali sekalik polis serbu kilang depa kerja, dan akhirnya dapat tangkap pompuan tolol tu..
Hari ni ada pulak jantan tinggalkan anak dia kat shopping complex. Comei giler budak tu, umur dah setahun lebih, comei sangat-sangat..
Kadang-kadang kita selalu terdetik, kenapa lah orang yang takder hati perut ni, buat projek anak secara haram, mudah je mengandung, mudah pulak sepanjang mengandung, tak payah check-check up... beranak pun dalam jamban pun orait, tetapi itu semua kerja ALlah kan? siapa kita nak persoalkan??
Entah sampai bila masalah buang bayi ni nak selesai. Tapi saya rasalah kan, puncanya baby-baby yang dibuang ni kebanyakan dari hubungan warga-warga asing yang bersepah merata ceruk.. apesal kerajaan kita biarkan warga asing bersepah ni??? pelik la.. tak takut ke satu hari nanti mereka makin ramai, ramai dan ramai, kemudian tuntut hak kewarga negaraan?? itulah yang termaktub dalam sejarah kita, suatu ketika dahulu.. jangan kita lupakan.
Kadang-kadang tak percaya, pegilah ke Jalan Masjid India, saper bersepah kat sana, warga asing je bersepah, sampai kita naik takut. Saya minta mahap le kalau sensorang nak pegi bershopping ke Jalan Masjid India, walau kat situ sorga kain, tudung bagai. Mesti ai nak pegi dengan pakcik gebus, gile penakut saya. Baru ni nak pegi beli kain dan tudung kat situ (tudung Hajra, my peberet) pakcik gebus maleh pegi awalnya katanya pegi la sendiri..ahahah biasalah orang lelaki kan rimas bini dia bersoping... tetapi last-last dia ikut juga, sebab dia tau bini dia memang penakut, walau badan kecik sikit dari peti ais dua pintu, tapi penakut sangat-sangat. Pastu pi dengan laki yang gagah perkasa pun saya takut-takut...
Dengan jenayah sekarang gila-gila psiko punya orang-orang jahat.. sembelih, tikam, bakar, humban dalam gaung.. kreatif dan inovatif trend penjenayah sekarang, inovasi baru dalam dunia penjenayahan bikin kita takut je. Paper semalam ada berita budak umur 7 - 11 tahun yang mencuri di kuarters kerajaan di putrajaya, tu diaaaa menakutkan.. seram ek.. lagi kasihan ibu bapa bebudak ni, sure tertekan, dan kecewa. takut la kan...
Ok nak citer pasal drama pulak...
Sofiyya, Jiwa & Lara.
Dah abeh dah.. tapi ending cam besa, ampeh sangat... Ending Sofiyya tu boleh la tahan juga tak le ampeh sangat, tapi Jiwa dan lara memang ampeh gila.. bak kata mat jan dalam komen status saya kat fb pasai ending Jiwa Lara yang ampeh, katanya dalam jiwa dan lara tak der polis.. Zaman bunuh ramai orang tapi polis takder mai siasat pun.. Jimat belanja, tak payah bayar pelakon extra jadi polis. hahhaha
tapi citer Sofiyya tu nyesal pulak rasanya follow.. ahhahaha nyesal kemudia takder gunanya sapinat. Lembab dan slow gile, citer tu pada saya boleh abeh 13 episod je.. tapi dibuat amat meleret tu yang jadi sampai berpuluh episod.. gilak bosan... dah macam sinetron dari seberang, dan sinetron filiphina je.. atau telenovela brazil lak.. ahahahah. Ilyas lembab, Kamal lembab.. yang agresif Fiona dan Muiz je. Lain semua lembab.. Dannnn yang paling lembab ialahhhhhhh Sofiyya.... next year kalau ada anugerah watak dalam drama paling lembab, watak Sofiyya boleh dinobatkan. Sorry kalau pengarah, penulis skrip atau penerbit terjumpa blog ni dan baca... haha ramai setuju sebab dalam status friendlist saya, ramai dok update benda yang sama.. ahahahah
dannn drama baru yang saya follow sekarang ialah Tentang Dhia. Oh ya.. sebelum tu, terima kasih kepada semua pengupload drama-drama melayu online, membolehkan orang macam saya menonton drama-drama bersiri ni. Ok tentang Dhia ni saya suka baru dua episod tonton, jalan cerita awal-awal ni cam ok, tak meleret, tapi kita tau flow dia. Asalnya malas follow sebab tak berapa suka Nora Danish tu, dia belum hebat berlakon, tak best sangat, tapi oklah bagi peluang la kat dia, tapi tarikan Adi Putra tu membuat saya nak nengok.. dannn tidak menyesal, sebab sinematografi dia kelass... shot kamera dia cantik dan superbbbb... dannn pemilihan lagu-lagu dia best...
sebut bab pemilihan lagu best ni.. saya suka sekali tonton suria di cordoba, selain jalan cerita dia best, menambah rencah menjadikan dia lebih best lagik ialah pemilihan lagu-lagu dia memang best.. setiap babak yang ada, mesti ada pemilihan lagu yang kena dengan babak dan sesuai, membuatkan kita feeling lain macam.. ahahahaha.. momment yang kita tonton, dan lagu yang bermain semasa momment kita sedang tengok membuatkan babak itu masyukkkk.. Contoh drama dengan pemilihan lagu yang baik lagi ialah Nora Elena. Ada pengarah asyik ulang-ulang lagu yang sama dalam filem/drama mereka, contohnya Lagenda Budak Setan, sampai naik cemuih.. tapi bagi penonton berjiwa macam saya yang suka 'meresap' semasa menonton, saya suka lagu-lagu lain dimainkan untuk babak-babak tertentu.. contoh pengarah yang pandai buat macam ni ialah arwah Yasmin Ahmad, lagu-lagu dalam filem dia mesti best-best.
contoh babak ni, tengok minit ke 4-6 minit tu.
Babak tu babak Dr. Roziah yang dok mengorat Tengku Huzir tak dapat-dapat, dan buat macam-macam untuk tarik perhatian dia, dia baik, cuma bertepuk sebelah tangan le pulak.. eheheh kemudian babak dia pegi hantar makanan kat Huzir.. keluar lagu ni...
Lyla-Bernafas tanpa mu.. (hahaha carilah lirik sendiri, tapi memang kena dengan babak)
Kemudian part Suria bawa Mak Jah pegi makan, beli barang.. di mana Mak Jah hilang kasih sayang anak dia.. Suria tak der emak... dia layan Mak jah macam emak dia, dan Mak Jah layan Suria macam anak.. keluar lagu Hal Terindah-seventeen.. best gila...
terus feeling sebak-sebak gitu, sebab lirik lagu tu dah cukup menggambarkan situasi yang sedang berlaku...
bestttt.. i likee
4 Komen:
tak tengok pun ending sofiyya tu macam mana. dah tengok drama nora danish tu, ako macam tak sesuai ja bawak watak budak nak amek spm. haha. nora danish nmpak lawa pakai tudung dalam tu.
tettt.. depa yg mengandung anak haram ni takdak pun kes kena darah tggi la, kencing manis la. senang betui depa.
takde ke nak tengok anak pak ajis di Istana Budaya?....
psl buang baby tu pun sy rasa bkn kerja org kita tp warga asing.kalau vietnam+bangla = anak kuaq mcm muka melayu.pastu org tuduh melayu buang anak.kalau mmg ada bukti tu takpa la.boleh la terus dakwa.Allah bg depa senang beranak sbb sakit beranak depa x mengampunkan dosa depa,kak.
salam,
kat england ni kebanyakkan yg buang bayi berlaku ada masyarakt asian - Paki dan beng ali.
Di daerah midlands- manchester dan yorkssire ada banyak kes..
kalau kat pakistan berlambak.. dia hantar rumah anak yatim, dia org akan jadi ejen bela budak ni, pastu dah umur najmi boleh jadi hamba.. babu rumah..
Post a Comment