Gadget baru...
hari Ahad nan silam, kitaorang pegi berjalan-jalan ke The Mines, tujuannya bibik nak belikan hp.. nak bawa balik indon.. ada org kirim dan dia nak beli untuk cucu dia.
pastu nampak Courts lelong barang-barang letrik, termasuk perabot, tv yang kena tarik, dan depa buat lelongan, kena bid la... saya tak amek port sangat. Pegi ngan anak-anak sedara Along dan Syazwan, bebudak ni kalau cuti-cuti memang selalu lepak kat umah, so mana kami pegi, angkut semua berdoyon-doyon pegi.. ehehehe
So masa nak balik dah, tetiba diaorang ni pegi lepak kat tempat depa lelong-lelong tu. tengok orang bid-bid barang.. then saya ternampak, ada kotak oven, yang tertera rega oven FABER RM199.. biar betik.. saya tanya budak jual tu, ni baru ke second hand. kata dia baru, ni display unit, reganya RM400++ tapi diaorang nak lelong, kena bid la nanti.. huhuhu maleh saya nak tunggu. Tapi tak putus asa, saya tanya le, boleh suruh 'brader' mc tu buat bid oven ni sekarang saya mahu la.. budak jual tu pegi tanya-tanya.. tetiba dia cakap, kalau akak mau, boleh beli ni, tak payah bid.. huh sukeee.. terus mahuuu. Memang teringin nak beli oven macam ni, walau dah ada satu oven besor untuk baking kat umah. tapi saya nak cari yang macam ni, sebab boleh panggang ayam, golek-golek.. eheheheh sukerrr... itu hari tengok kat yummy, rm340++ brand butterfly.
Oklah display unit, masih baru, cuma penuh kesan cap jari orang je la.. eheheh tapi virgin la kiranya... balik tu terus pakcik gebus suruh buat lemon rosemary chicken.
Lemon rosemary ciken tak cukup tempoh perap, semua gelojoh nak try..ahaks, tak leh tunggu esok, dah malam ni.. eheheh post kat fb, orang komen aiikk memalam memanggang?? ahaks...
seksi kan??? suka sangat, sebab elok masak, dan api pun elok panas... membakar dengan cun...
Okeh ni projek mengabehkan stok bahan bakeri.. ehehehe. tapi idak le bakor ngan oven baru.. oven lama, oven yg baru beli ni. memang untuk panggang memanggang jek...
Actually, kat dalam peti ais ada serbuk badam hancur tu, berkurun lamanya dari tahun lepas.. ehehehe pastu cooking choc bar ada banyak lagi belen buat berniaga choc chip itu hari, tepung red rose ada sebungkus lagik, belen badam, corn flake pun banyak lagik...choc chip, brown sugar, badam cincang, ahhaha dah siap semua bahan, tetiba tengok telur ada sebiji jek, belasah je la.. kang dalam resepi saya taruk 2 biji, sebab sedap algik kot kalo 2 biji. so saya maleh nengok benda tu berbaki-baki kat bakeri kitchenku.. so saya hentam belasah je la apa boleh bikin. Post kat fb.. Angah lak tanya resepi.. nak habaq lagu mana pun tak tau, saya hentam kromo je semua ni... Angah ni resepi biskut ape nama pun tak tau.. agak takder sukatan sebenar-benarnya, ni agak-agak je la.. tp cakap betulllll laris giler, anak-anak penakan kat rumah, budak-budak ni, babah dan bibik punya suka.. depa belasah krup krap.. krup krap... memang rangup bebeh... dengan rasa rangup corn flake, badam.. semua hadoooo
ok resepi biskut takder nama..
eh kita letak biskut krup krap je la... semua bahan ni korang try la ek.. saya hentam-hentam je. tak der sukatan tepat.
biskut krup krap
1 cawan butter
1 1/2 cawan brown sugar
2 biji telur
1 cawan tepung red rose
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan oat (mesin halus) sukat oat dulu then baru blend.
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikabonat
cooking choc (parut) erkkk ni tak timbang banyak mana, tapi agaklah kalau korang parut dapat secawan ,
1/2 cawan serbuk badam hancur
1 cawan chop chip.
1/2 cawan badam cincang (goreng dulu tanpa minyak)
sikit esen vanilla, sikit esen capucino (hahah tak der korang letak esen vanila udahler)
Cornflakes secukupnya
Cara :
1. Pukul gula dan butter.
2. Dah kembang, masukkan telur satu persatu
3. Masuk esen vanilla dan capucino (kalau ada)
4. Campurkan tepung redrose, baking powder, soda bikabonat, tepung jagung, oat, serbuk badam atau kalau guna serbok koko, tambah serbuk koko sekali, satukan semau ni dalam satu bekas, dan gaul rata.
5. masukkan adunan no.4 di atas, berselang seli dengan parutan chocolate, badam cincang dan choc chip.
6. masa nak kepal kecik-kecik, baru gaulkan dengan cornflakes yang diramas mesra..
tips
*tips no. 6 ni, jangan gaulkan cornflake sekalik gus dengan adunan tepung tadi. cara dia, ambillan dalam dua genggam tepung, dan gaul dengan ramasan cornflakes.. then cucuk-cucuk le dengan cornflakes ke cemana cara pun.. janji jangan sampai cornflake tu lembik dalam adunan, buat sikit-sikit..
*(boleh gak pakai tepung gandum, tp tak rangup kot, red rose ni tepung khas untuk biskut)
*(saya rasalahkan. seeloknya, nisbah 1 cawan custor sugar, dan 1/2 cawan brown sugar, atau sebaliknya lagi best kot, sbb beat brown sugar dengan butter, tak berapa nak cun) kalau tak suka manis, boleh kurangkan, sebab sukatan ni agak manis.
*choc bar parut tu, kalau korang tak suka sgt rasa coklat, dan tak suka manis, 1/2 cawan pun dah ok kot, ok kalau tak der, tambah 2 sudu besar serbok koko pun orait, tapi brown sugar tu kurangkan la.. jadikan 1 cawan jek)
ok angah selamat mencoba.. kalau best sile roger.. tp kompem best, ada rasa cornflakes, badam... coklat...
Lasttt ni alesya dengan abang wan dia, wan ni haku rasa salah bidang. Amek engineering, patutnya dia amek pendidikan awal kanak-kanak, giler sabar, gigih melayan alesya, nak tengok cd la.. dia lak siap enjoy nyanyi dan tepuk-tepuk tangan nyanyi nursery rythm, dia lak layan alesya baca buku Barney, tengok upin ipin.. main 'kington' (badminton) dengan Alesya, makan ngan budak kecik tu.. layaannn je.. sedangkan saya pun leh jadi mak tiri kekadang ngan peel budak kecik ni.
tengok kat the mines, nak abang wan je... dan abang wan pun jatuh saham, awek tak ngorat, ingat ayah ahhahaha
Tuesday, November 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 Komen:
Tima kasih kak pnut I lap uuuuu..ujung minggu ni akan ku coba itu beskot.
kat umah pun 1 oven utk panggang memanggang, 1 oven utk baking membaking..
Itu oven faber pun angah guna. Yg besau 55 liter. api dia memang even..cantik je walupun tak pakai kipas. Hat kecik zanussi la utk panggang memanggang
assalamualaikum kak pnut, saya baru beli oven faber macam akk tu, nak panggang ayam seekor cam man asetting dia dan berapa lama nak panggang? thank u in advance.
ดูหนังออนไลน์ กับหนังออนไลน์ที่คมชัดเต็มระบบงทั้ง 4K HD สนุกง่ายๆ กับ NiNoKuni นิ โนะ คุนิ ศึกพิภพคู่ขนาน (2019)
Post a Comment