Wednesday, October 12, 2011

Kisah Zhang Da-Wira dihati ayahanda


Pernah baca kisah Zhang Da?? Siapa budak ni? saya terbaca kat facebook, ada orang share-share, so saya google cari info pasal budak ni, tapi sayangnya semua cerita yang ada adalah versi bahasa indonesia. Tak der jumpa versi Malaysian.. ke aku bangang menggali?? ahahaha maka dengan penuh berlagak, biarlah saya menjadi orang pertama nak citer pasal budak yang sangat LUAR BIASA ini versi bahasa melayu sepenuhnya.. eheheh kalau dah ada ampunkan hamba ye..


Ini kisah lama, tapi saya yang lembab dan ketinggalan baru nak citer kat blog.. bapak punya lembab siot seorang pustakawan ni. Budak ini sangat istemewa kerana pada 27 Januari 2006 (2006 hokay, makcik gemuk ni baru nak citer, ampeh sangat kan?) ok pada tarikh tu, budak luar biasa ini telah dipilih antara 9 orang akan menerima penghargaan dari kerajaan negara China, didalam berjuta-juta rakyat China budak ini terpilih. Kenapa dia terpilih? Meh kita soroti..


Zhang Da
Anak ini sangat luar biasa dan istemewa kerana bakti dan jasanya kepada ayah dia, perhatian tidak berbelah bagi dalam menjaga dan merawat ayahnya, kerja kuat, dan pantang menyerah.

Sejak dia berusia 10 tahun (tahun 2001) ibu dia telah meninggalkan dia bersama ayah dia, kerana tidak tahan hidup miskin dengan suaminya dan tidak tahan menjaga ayahnya yang sakit terlantar ketika itu. Sejak dari itu hiduplah anak luar biasa ini dengan ayahnya yang tidak boleh bekerja, tidak boleh berjalan dan kesakitan.

Situasi ini memaksa dia seorang anak yang berusia 10 tahun (baya abang Najmi yang suka merengek, main, merajuk, main seperti kanak-kanak lain) budak umur 10 tahun ini, memikul tanggungjawab yang bukan kecil. Dia juga ke sekolah, tetapi dia juga mencari wang belanja untuk menanggung ayah dia, dan juga membelanjakan duit untuk ubat-ubatan ayah dia. Kenyataan hidup memang pahit, di kala anak-anak seusia dia, yang seperti anak-anak kita tidak dibebankan dengan tanggungjawab sebesar itu, Zhang Da menjalankan tanggungjawab yang kita tidak pernah jangka anak seusia dia akan lakukan, dan inilah membezakan dia dengan anak-anak lain... Dia tidak menyerah!!!

Hidup perlu diteruskan. Dia tidak melakukan kerja-kerja jahat untuk meneruskan kehidupan. Sewaktu majlis anugerah berlangsung, Zhang Da ditanya itu jawapannya "hidup perlu diteruskan". pagi dia akan ke sekolah, dari rumahnya hendak ke sekolah dia akan melalui hutan-hutan kecil, makanan dan sarapan dia saban hari cuma daun-daun dihutan, biji-bijian, dan buah-buahan yang dipetik sepanjang perjalananya ke sekolah.


Itulah yang dilaluinya setiap hari, dan sehingga dia mencuba makan semua jenis daun, rumput, dan sampai dia tau mana yang tekaknya boleh makan, mana yang tidak sesuai untuk lidah dan tekaknya. Pulangnya dari sekolah sebelah petang, dia akan berkerja ditempat memecahkan batu-batu besar, dan mendapat upah dari pekerjaannya itu, dan pendapatan itulah yang menyara dia dan ayahnya, itulah wang yang akan digunakan untuk membeli ubat-ubatan ayahnya, dan juga membeli beras.

Menjalani hidup 5 tahun sehingga tarikh dia dianugerahkan anugeran tertinggi negara, badannya sihat dan kuat. Zhang Da merawat dan menjaga ayahnya sendirian pada usia 10 tahun. 10 tahun ok.... kita yang berpuluh tahun beza dari dia, belum tentu dapat pikul tanggungjawab tu.

Dia akan mendukung ayahnya ke bilik air, mandikan ayahnya, membawa ayahnya ke hospital, memasak, membuat bubur, memberikan ubatan kepada ayahnya, setiap hari tanggungjawab itu dilakukan.. (Ya Allah menulis ni membuatkan air mata saya gugur, besarnya jasamu anak oi)

Disebabkan ubat yang mahal, jarak hospital yang jauh, pada usianya 10 tahun itu, dia beli buku teks ubat-ubat terpakai, dan belajar mengenai ubat-ubatan untuk ayahnya, dia juga belajar menyuntik ayahnya untuk memasukkan ubat-ubatan ke tubuh ayahnya. Boleh kita lakukan itu?? Sendiri jawab la kan?? Dia belajar dari nurse di hospital untuk menyuntik ayahnya, dan 5 tahun dia lakukan itu pada sejak usia dia 10 tahun.

Pada hari penganugerahan tertinggi negara China, yang dihadiri oleh barisan menteri, artis dan tokoh negara mereka, malah semua badan korporat juga ada, Zhang Da ditanya oleh pengacara, "Sebut saja apa mahumu, mau sekolah di mana? apa yang kamu rindukan dalam hidupmu, berapa belanja yang kamu perlukan sehingga tamat pengajian kamu? Nanti besar mau masuk universiti mana? di sini ramai orang ternama yang boleh membantu kamu, saat ini ratusan juta orang sedang menyaksikan di televisyen, mereka boleh membantu kamu?


 Zhang Da diam.. dan tidak menjawab apa-apa, dan ditanya sekali lagi oleh pengacara.. "sebut saja, mereka akan membantu kamu"

Setika Zhang Da diam, dan kemudian menjawab dengan suara bergetar dan tersekat-sekat.

"AKU MAHU IBUKU KEMBALI. KEMBALI KE RUMAHKU. AKU BOLEH MENJAGA AYAH, AKU BOLEH MENCARI BELANJA SENDIRI, AKU MAHU IBU KEMBALI"

Saat diungkapkan kata-kata ini seluruh hadiran terharu, dan ada yang menitiskan air mata. Tidak terjangka itu yang keluar dari bibir anak luar biasa ini. Kenapa dia tak memohon bantuan untuk ubatan ayahnya, kenapa tak minta bantuan untuk menyara hidup dan untuk bekalan masa depannya dan ayahnya? 

Mungkin inilah sesuatu yang dipendam oleh Zhang Da bertahun lamanya sejak hari pertama ibunya melangkah pergi meninggalkan mereka. kerinduannya tidak bertepi, tapi tiada siapa bertanya dan dia tidak pernah meluahkan, tetapi apabila ditanya dihadapan ratusan juta orang, Zhang Da mungkin berfikir ada antara penonton itu ialah ibunya, dan dalam hidupnya dia cuma mahu ibunya kembali.

 


Walaupun dia bukan dari kaum sebangsa kita, atau seagama dengan kita, tetapi apa yang dia lakukan cukup mulia, dan mungkin inilah yang disebut dalam Al-Quran, di akhirat nanti, ada sat puak yang akan 'tergantung' tidak ke neraka dan tidak juga ke syurga. Kemuliaan budinya amat mengharukan.

Nahhh.. kalau saat korang baca ni tak sedih, tolong la pi hospital check otak korang, kot-kot urat saraf yang menghantar gelombang sedih ke otak korang tak berfungsi. Sebak giler, saat pertama kali saya baca kisah Zhang Da ni, saya menangis terharu. Sebak gila (ok at least saya confirm otak saya normal)


"Original source : kompas.com"

11 Komen:

Nurul on 12:30 PM said...

OH..saya pernah terbaca tentang zhan da ni. Seorang anak yang tabah dan baik. betul kata kak pnut, kita yang dewasa ini pun belum tentu lakukan apa yg telah dia lakukan dan harapnya apa yg zhang da impikan akan tecapai...pedoman untuk diri sendirik

:|: TinTa Kibod :|: on 2:19 PM said...

Allahuakbar...
sedih sangat..
perasaan yang terpendam sekian lama...ahhh..
*speechless

Aini Razali on 5:15 PM said...

kak, smpai menitis air mata ni. tapi, tapikannn.. akak bikin spoil, kerna menghentikan air mata saya ni dari terus kluo ngan kata2 lawak akak di penghujungnya.
oh! semestinya otak saya normal. baru tadi cek... cek sendiri tau! takde jumpa doktor pun...

Angah on 5:34 PM said...

aduhai..pnut....ko buat ayo mata aye menitik di petang hari ini..

ieda on 9:03 PM said...

OOO...SARAF SAYA MASIH OK SEBAB AYAT2 TULISAN MERAH TU BUAT AIR MATA SAYA BERGENANG.

Ida on 10:49 AM said...

Ok. Otak wa normal sebab sebak baca entry ni. Memang dia seorang yang luar biasa.

anisfauzan on 12:06 PM said...

kak pnut nk share blh? huhu bergenang air mata teman....

Nic on 4:29 PM said...

kak pinut.. dia jumpa balik ke emak dia.. mmemang sedih.. lagi2 pada masa skearang kat msia ramainya kanak2 kena bunuh, dera, rogol etc

Irfa on 5:01 PM said...

kak..saya masih normal.tak perlu ke spital check..mmg nanges sorang2 depan pc..tapi belum tahap melalak la

nqr on 4:59 AM said...

sedih okeyyy..nangeh kita ni kak pnut!

Channon on 3:33 PM said...

berapa umur Zhang Da sekarang? Ada cerita terbaru tak?

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino