Tuesday, October 11, 2011

Kecil tapi besar.


Pagi-pagi kat radio Sinar ada topik baru motaivasi Dr. Fadilah Kamsah. Topik baru ni best, Kecil Tapi Besar. Benar kata Dr. Fadilah, benda yang sama saya selalu tanamkan dalam diri sendiri. Kekadang kita rasa kecil atau sikit je kita bagi, sumbangkan.. tetapi memberikan impak yang besar kepada orang lain. Kadang-kadang hanya dengan sebaris doa kita titipkan kepada mungkin tidak luak apa-apa, tetapi bila ramai-ramai kita berdoa dan bermohon, Allah makbulkan doa-doa kita, dan mungkin doa itu memberikan satu harapan, atau perubahan kepada seseorang. Kecik peranan kita, tapi besar impak kepada orang lain.

Kata Dr. Fadilah, katakan kita duduk kat kampung, kalau kita nak pegi pasar, sambil jalan tu tanya jiran kita, ada saper nak kirim apa-apa ke, saya nak pegi pasar.. menolong orang membeli barang kiriman pun sudah besar pahala kita dapat, kecil saja bantuan tapi besar impaknya. Saya suka la, actually macam Dr. Fadilah tu sendiri pun walau cuma 5 minit lebih kurang (atau kurang dari itu) dia bercakap, memotivasi orang dalam kereta dalam perjalanan nak pegi keja, tetapi dia memberi impak kepada saya, selalu dengar pesanan dia, berbaktilah kepada kedua ibu bapa kita, besar manfaatnya, berpelukan beberapa saat, atau minit dengan suami/isteri kita, hormon badan yang akan wujud akan mencambahkan kasih sayang kedalam aliran jiwa kita.
Ok ni pun benda kecik tp besor gak... sikit-sikit lama-lama jadi bukit juga.. saya simpan syiling ni ada satu giant mug sangat besor sorang teman bagi kat saya, kawan ni dulu pakwe dia bagi.. ahaha pastu break, dia nak buang semua hadiah bf dia bagi, hahaha dari dia buang, saya minta giant mug tu buat nak simpan syiling. Ni syiling yang beberapa bulan disimpan, dah penuh sangat, dan duit singgit dan duit lima henget. So jumaat lepas, bibik minta kirim duit ke indon, so saya usung duit dan syiling ni sekali, simpan, huh banyak juga.. ehehe kecik-kecik simpan, lama-lama jadi besar...



Ini pun sama, saya minta kawan adik saya, maksu tu tolong semaikan pokok daun palas.. Macam pokok hiasan yang macam kipas tu kan?? tapi ni anak pokok je ni.. nanti dia akan membesar lebih tinggi dari kita tau... dan kita akan ambik daun muda (pucuk) yang dijadikan sarung ketupat palas.


gelak orang kampung tu, tak pernah-pernah orang kampung depa tanam pokok palas, semua main tumbuh sendiri je.. tetiba saya minta semai.. eheheh, kecik je bagi depa apa sangat pokok palas yang merimba belakang rumah, depan rumah, merata ada.. tetapi bagi saya ni duk kl ni, besar giler pokok ni pada saya, sebab susah nak dapat daun palas kat kl, kecuali time raya, itu pun tak semua tempat ada jual, kalau ada pun mahal giler.. so kawan maksu semai 3 pokok, tapi hanya 1 pokok ni je hidup, 2 lagi mati.. dan satu-satu ni saya sayang sangat2.... dijaga betul, cukup siram, siap letak baja.. perghhh kalo orang kampung adik saya tau, mesti geleng kepala, gila ape dia ni pokok palas siram dan letak baja, kat kampung siap dibuang-buang sebab semak..




Ni dah keluar tunas-tunas baru.. sukanya... happy sangat..



Suka la sangat....

3 Komen:

sitinaminah02 on 3:09 PM said...

daun palas tu ada setengah orang tak kenai tu. laki saya lah tu. mujuq kawin dengan org kg cam saya. haha.

Angah on 3:28 PM said...

setuju kak.. benda kecik je tapi impak besar pd orang yg terima tu kan...wah haros pelok laki sokmo2 nih hiks

Norasikin on 6:25 PM said...

mana dapat anak pokok nie? Boleh saya beli? Nak sesangat..

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino