Wednesday, October 05, 2011

Alangkah Lucunya Negeri Ini & Sang Pemimpi


Hari Ahad malam tu saya ikut dua hero saya pegi gunting rambut.. ehh gunting ke?? macam tak je? depa trim-trim.. dan pakcik gebus ku bukan trim tp manjang berbotak.. i like..botak itu seksi.. macam johan asaari jadi botak dalam juvana itu hari.. encem dan sheksi.. ehh dah nak citer pasal lain kannnn...

ok masa tunggu dua hero ber-trim rambut, saya baca surat Sinar Harian.. Ada berita mengenai PM kita ada majlis kat satu sekolah kat Pekan Pahang... uhuhu dalam berita tu ada tertulis, Sekolah tu sekoalh harian biasa.. tetapi mempunya kemudahan taraf berasrama penuh.. pastu diakhir berita, ada tertulis, pasukan pancaragam sekolah itu akan mendapat peruntukan sebanyak RM500.000.00... WOWWWWWW hebatnya... setengah juta RM akan dibelanjakan untuk pancaragam sekolah. WOWWWWW lagi..  bertuah pemain muzik pancaragam sekolah tu kan?? kelassss....

Tapi sayangnya.. peruntuk membazir saya kira.. sedangkan ada sekolah yang perpustakaan pun tak ada, kalau ada pun orang kata harap buku sumbangan yang tahap kita nak baca pun takder nafsu.. Ada asrama anak yatim tak cukup segala kemudahan lagi. Belum lagi kita tinjau kat hospital-hospital gomen yang daif, yang katil untuk pesakit, tahap-tahap jual kat tokei besi buruk pun tak berapa nak laku dah.. atau mungkin juga laku, sebab besi katil dulu padat dan berat. Ishkkk 500 riban tu, kalau bagi untuk kebajikan pendidikan anak-anak miskin, atau baiki kedaifan hospital pun boleh sangat. Entahlah, harap pemimpin kita ni terbuka hati nak baiki mana patut, agar anak-anak kita nanti tidak menjadi mangsa. :-(

Cuba cari sumber-sumber kenyataan begitu kat suratkhabar 'rasmi' kerajaan yang lain, tak der pulak. wah.. syabas Sinar Harian.

Maleh nak tulis panjang-panjang, kang jadi isu besar. Boring...

Pernah tak korang menonton filem ni?
Alangkah lucunya negeri ini? Ini filem Deddy Mizwar saya kiranya, penerbit yang sama buat Kiamat Sudah Dekat, dan beberapa lagi filem islamik, tapi santai.. saya suka Filem Alangkah Lucunya Negeri ini, penuh dengan sindiran, sinis dan kita kena tengok dengan 'hati' bukan dengan mata dan dengar dengan telinga sahaja, ada ketika kita ketawa lucu, tetapi mesej sangat pedas dan serius disitu. Ada ketika kita hampir nak menitiskan air mata, itulah hakikat realiti kehidupan, tetapi kita di'buta'kan. Kalau ada masa layan la filem ni.



Saya bukan menyanjung karya-karya Indonesia.. saya tak layan pun segala sinetron ngarut bagai.. saya suka filem genre Islamik mereka, selamba dan menghiburkan, yang serius seperti Ketika Cinta Bertasbih, ayat-ayat cinta pun best. Cerita masyarakat yang lain yang saya saya suka iaitu Laskar Pelangsi dan Sang Pemimpi. Ok sebut Sang Pemimpi... saya ada 6 keping dvd ni untuk dijual... Maaf kepada Rudi, kerana dah lama bagi DVD ni, tapi saya aseklah terlupa, sebab simpan dalam laci, sangat2 terlupa... so siapa yang mahu.. please bgtau...



sila tinggalkan pesanan.. Ini cd dari Rudi, yang kerja kat kota Jakarta, terima kasih pada Rudi kerana tolong belikan, saya belum bayor lagi dah lama ooooo.. so siapa mahu, harganya RM20-self pick up.. kalau nak minta pos, tambah RM 5 ek.. first come first serve ek..

i tellll uuu kalo korang sedih tengok laskar pelangi.. anda sangaaattt patut menonton Sang Pemimpi.. kerana ianya lebihhh syahdu.. menyentuh jiwa... tetapi jangan bimbang, pengarah ni tak 'paksa-paksa' anda menangis macam Rashid Sibir, dan Rosyam Nor buat, tak!! tanpa sepatah dialog pun korang boleh meleleh air mata...

p/s-dvd ni tinggal lagi 3 pcs....
p/s lagikkkkk semua sudah sold out menjelang beberapa jam selepas entry ni dipublish, dan setelah status di FB.. hampunnnn....

7 Komen:

Anonymous said...

Wat masa ni nak elak segala mala yg menyebabkan nanges2 ni...huhuhuh

Anonymous said...

akak nak ek. sebab anak-anak akak suka sangat cerita laskar pelangi. Ni sambungannya ke?

kak iza

Pnut on 1:49 PM said...

mush-eheheheh kdg2 menangis tu best...

kak iza-dah sold out la kak...

~adeQ~ on 2:48 PM said...

kak, 'makan dalam' citer ni...Tq share kak.

noor on 3:42 PM said...

Saya nak beli satu... mcm mana nak hubungi... dan bayar?
-noor-

Pnut on 3:55 PM said...

Adeq-sharing si caring maaa ehehe

Norr-dah abeh la... sorryyy.... tunggu next time kalau ada lagi saya info

Aini Razali on 1:46 PM said...

memang best citernya.. sindiran yg sinis dan tajam.. byk kelakar.. tapi kesudahan agak tergantung. apa jadik ngan muluk? anak2 pencopet itu?

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino