Thursday, October 06, 2011

budak sekolah sekarang stress?


Pelajar stress???

Stress la dah cipta sistem pendidikan nak sangat bebudak dapat A deret-deret.. nak sangat budak kena lulus periksa baru akan berjaya dalam hidup.. Budak yang tak pandai, tak dapat banyak A, asek kena sisih, kat sekolah kena bebel, kat rumah kena bebel. Tension la bebudak tu. tengok punca dia, sekolah, peperiksaan dan keluarga. Kemonnnnn la... udah-udah le tetapkan budak ada masa depan ialah budak yang dapat UPSR 5A, dapat PMR berkecah A, dan bersusun juga A dalam SPM, barulah budak baik, pandai, akan berjaya dalam hidup.



Harap-harap ada cikgu yang muncul sebagai wira tidak didendang...  akan menyelamatkan anak murid keciciran dari terus tercicir dan terpesong terus.


Hahaha lepas ni buat pulak ujian kat cikgu-cikgu pulak, entah-entah, dari tinggi kesan stress ni kat cikgu dari anak murid.. Ye la.. cikgu-cikgu kena paksa dengan GURU BESAR yang gila nak kejar prestasi sekolah.. Siang malam cikgu kerja.. Pagi mengajar kat kelas macam biasa. Petang kena buat kelas tambahan... Malam je ada masa nak semak kerja anak murid, nak bermesre dengan keluarga. Cikgu bandar kurang sikit kot, pasai ramai bebudak bandar ni mak pak bagi tuisyen bagai.. cikgu kat kampung-kampung, yang memang emak bapak harap cikgu je yang tekun dan dedikasi mengajar anak-anak murid depa, kompem stress. Rileks ek cikgu.

Zaman sekarang ni, kita kena terima hakikat.. Pelajaran itu memang penting, tidak dinafikan.. ilmu wajib dituntut.. tetapiiiii bidang ilmu tu banyak.. bukan ilmu matematik, sains, geografi, je yang menentukan hidup masa depan budak-budak. Banyak cabang ilmu lain. Mind set kita kena tukar. Cuba tengok bangsa lain, cina terutamanya, diaorang akan hantar anak-anak mereka ke pelbagai cabang ilmu, muzik, seni dan lain-lain. Itu sebab depa boleh hidup senang, walau tak lulus PMR pun. Kita tengok sekeliling kita la.. ramai je dikalangan kawan-kawan, anak-anak sedara, adik beradik kita, berapa ramai yang dah dapat ijazah, tapi masih lagi belum ada kerja yang sesuai dengan kelayakan mereka.

Persaingan kerja kuat, sebab ramai orang berpendidikan tinggi, IPT swasta bersepah, tak hanya kita ada lambakan graduan IPTA, sekarang semua orang mampu belajar kat IPTS, PTPTN ada maaa... So please la.. kalau kita tengok anak-anak kita, setelah kita beri terbaik, hantar tuisyen, guide bagi latihan, cukup segala usaha kita, tetapi anak kita tidak juga mampu memberikan kita berderet A, jangan la kita stress kan dia.. tengok la kecenderungan dia, potensi dia, kita sebagai emak bapak ni la pikul tanggungjawab untuk menentukan masa depan mereka.

7 Komen:

Angah on 3:19 PM said...

sesetengah ibu bapa sekarang lebih taku anak tak dapat 'A' berbanding takut anak-anak tak solat dan tak pandai mengaji..huhuhu..

Irfa on 4:51 PM said...

semalam tengok rancangan apa tah lupa la pulak.anak2 felda generasi ke 2..generasi pertama mmg susah tapi generasi ke2 dah senang.yg saya suka tu ada sorang pemuda tu dia belajar tinggi tp last balik tolong ayah ternah lembu..income sebulan rm10k ..perhhhhhhhhhh.
kemahiran dia belajar dulu siap boleh buat mesin utk hancurkan daun kelapa sawit utk bg lembu makan

Saliza on 6:48 PM said...

Pnut,
mmg betul la cikgu ni stress.
Masa kat Jengka dulu, GB langsung tak nak terima hakikat ada budak yg mmg bab pelajaran hancur tp dalam sukan amat berbakat.so, cikgu la yg pressure sbb GB nak % tinggi..

Mmg sistem pendidikan kita ni terlalu exam oriented sgt..

Tukar menteri pun sama aje tak ada beza pun..

Anonymous said...

Salam. Ina setuju berjuta2 persen! Sampai bila nak stress semua2 ni... Kesian paksa bdk yg x minat & x boleh...last2 cikgu jgk yg disalahkan sbb katanya x ada skill nak tarik minat bdk2 yg x pandai tu. Imagine dr sek rendah sampai ting 5 dpt keputusan x lulus @ nyawa2 ikan je lulus. x kan semua cikgu dr sek rendah smpai ting 5 x ada sorg pun yg ada skill. Pastu duk paksa jgk2 buat tuisyen kat bdk2 tu pagi, ptg, siang, mlm. Bdk x datang, kena rotan sbb ponteng. Semua paksaan dr pihak atas, kalau x, nanti kena report sek x buat apa2 utk tingkatkan prestasi. Dah, sampai bila??? -ina paka-

ieda on 7:05 PM said...

sesapa yg berminat nak jadi kaunselor tu mmg elok sgtla meneruskan cita2 tu...good prospect for business in future....ramai org dah stress.

btw..pg tadi sepagian mengadap cerita indonesia tu...best.

Anonymous said...

Sampai skrg masih fikir tang bila nak guna subjek Statistik tahap pecah kepala dulu, Add math dan kimia yg jadi subjek wajib nak masuk U dan terpaksa repeat paper masa kat U...Kalaulah dulu rajin belajar menjahit tentu laa ni dah pandai jahit baju sendiri...huhuhuh

Anonymous said...

setuju la sesangat..... kesian budak2 n cikgu2. anak i yg br sebulan skolah kat sini, nangis2 tak nak gi skolah sbb stress!

Related Posts with Thumbnails
 

~ Sharing is Caring ~ Pnut Online~ Menulis Sejak 21 May 2001 ~ Cerita Apa Saja~ Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino